Jika 40 Ahli Parlimen Umno Masuk Bersatu Bersatu Jadi Umno Atau Umno Akan Menguasai Bersatu




Sehingga ini, apa yang dikatakan mengenai dakwaan ada 40 Ahli Parlimen UMNO akan menyertai Bersatu masih lagi bersifat khabar angin dan desas-desus.


Ia boleh jadi betul atau mungkin kekal sebagai khabar angin buat selama-lamanya.


Tetapi, dalam konteks negara kita, khususnya berkaitan politik, banyak khabar angin selalunya akan menjadi kenyataan.


Ini kerana, bukan saja pokok bergoyang kerana ditiup angin, kerapkali juga pokok bergoyang disebabkan ada orang yang sengaja menggoyangnya.


Dalam erti kata lain, sesuatu yang dikatakan khabar angin itu sebenarnya sengaja dilambung ke pengetahuan umum untuk dijadikan perbualan masyarakat sebelum ia benar-benar menjadi kenyataan.


Sebab itulah, banyak khabar angin berakhir dengan kejadian yang betul-betul menjadi kenyataan.


Berkaitan 40 Ahli Parlimen UMNO akan menyertai Bersatu,  lebih-lebih lagi yang memulakan bicara mengenainya adalah Penasihat Khas Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, A Kadir Jasin, maka tentu sukar untuk kita mengatakan ia sekadar khabar angin kosong semata-mata.


Ia mungkin satu lagi pokok yang sengaja digoyang dan akhirnya betul-betul menjadi kenyataan.


Ketika ini Bersatu mempunyai 14 Ahli Parlimen (termasuk Mustapa Mohamed), manakala UMNO ada 48 Ahli Parlimen.


Jika kemasukan 40 Ahli Parlimen daripada UMNO itu betul-betul menjadi kenyataan, apa akan jadi kepada Bersatu yang hanya ada 14 Ahli Parlimen saja?


Adakah Bersatu yang bertambah besar dengan memiliki 54 Ahli Parlimen itu nanti akan bertukar menjadi UMNO atau UMNO akhirnya akan menguasai Bersatu?


Dalam kedua-dua keadaan itu, masih selamatkah kedudukan Bersatu sebagai salah satu komponen Pakatan Harapan dan sediakah PKR, DAP, Amanah terus berkongsi kerajaan dengan Bersatu yang majoriti Ahli Parlimennya sudah dikuasai oleh UMNO yang merupakan musuh mereka sejak sekian lama?


Kalau pun kerajaan sedia ada terus kekal, apakah pula nasib menteri dan timbalan menteri daripada Bersatu yang ada sekarang?


Masihkah mereka kekal sebagai menteri atau sebahagian besar menteri daripada Bersatu nanti akan diwakili oleh majoriti Ahli Parlimen yang asalnya daripada UMNO? (ShahbudinHusin 28/10/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/10/40-ahli-parlimen-umno-masuk-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
40 Ahli Parlimen Umno Jumpa Dr M Dijangka Masuk Ppbm A Kadir Jasin

40 Ahli Parlimen Umno Jumpa Dr M Dijangka Masuk Ppbm A Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 573 hits
JOHOR BAHRU Kira kira 40 ahli Parlimen Umno dikatakan berkemungkinan meninggalkan parti itu dan menyertai PPBM Ahli Majlis Tertinggi PPBM Datuk A Kadir Jasin berkata mereka dikatakan berpotensi berbuat demikian kerana sudah beberapa kali me...
Wujud Usaha Lamar Ahli Parlimen Umno Sertai Bersatu Dakwa Annuar

Wujud Usaha Lamar Ahli Parlimen Umno Sertai Bersatu Dakwa Annuar

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 439 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa hari ini mendakwa memang terdapat usaha melamar ahli Parlimen UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia Beliau berkata lamaran tersebut datang dengan pelbagai cara termasuk aj...
Kerana Menidakkan Anwar Ahli Parlimen Umno Dipancing

Kerana Menidakkan Anwar Ahli Parlimen Umno Dipancing

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 406 hits
KENYATAAN MEDIA 1 Kenyataan Datuk A Kadir Jasin bahawa 40 ahli Parlimen UMNO akan menyertai PPBM adalah usaha terdesak pimpinan parti berkenaan untuk menutup kekurangan mereka yang hanya ada 13 kerusi di Dewan Rakyat 2 Ini banyak dipersoalk...
Dap Tak Setuju Ph Terima Ahli Parlimen Umno Lompat Parti

Dap Tak Setuju Ph Terima Ahli Parlimen Umno Lompat Parti

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 441 hits
DAP tidak bersetuju dengan tindakan mana mana parti komponen Pakatan Harapan menerima Ahli Parlimen UMNO yang mahu melompat parti Pengerusi DAP Tan Kok Wai berkata tindakan menerima Ahli Parlimen UMNO disifatkan sebagai amalan tidak sihat a...
Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed Sertai Bersatu

Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 617 hits
Astro Awani Mustapa menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad PETALING JAYA Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia selepas keluar dari UMNO pada 18 September...
Orang Melayu Ada 16 Juta Kenapa Tun Nak Sangat Ahli Umno Masuk Ppbm

Orang Melayu Ada 16 Juta Kenapa Tun Nak Sangat Ahli Umno Masuk Ppbm

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 519 hits
Tun Mahathir mengajak ahli Umno sertai Bersatu Tun kata Umno sudah hilang pedoman untuk membantu Bangsa Melayu Pernah sebelum pilihanraya dulu Tun berkata ahli Umno menyokong pemimpin yang korup penyamun dan pelbagai lagi malah tidak keterl...
M P Umno Jika Nak Masuk Bersatu Masuklah Satu Demi Satu

M P Umno Jika Nak Masuk Bersatu Masuklah Satu Demi Satu

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 482 hits
HANGPA JANGAN LA MSUK BERKUMPULAN NAMPAK SANGATLAH KALAU NAK MASUK MASUKLAH SATU DEMI SATU TUA DIAAAAA MAHADHIR DAH BAGITAHU CARA NAK MASUK UMNO SHHHHHH JANGAN BISING LAAAA MASUK LA SATU DEMI SATUUUUU Pak Karamu Saya tak pernah panggil pemi...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Part Iii Tempat Solat Beli Beras

Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia