Jijiknya Tak Sangka Jam Tangan Lapan Kali Lebih Kotor Berbanding Tandas Kajian
Jam tangan berfungsi kepada pengguna untuk melihat waktu semasa dengan mudah. Berikutan kecanggihan teknologi, jam tangan juga digunakan bagi tujuan mengira kecergasan pengguna ketika melakukan sebarang aktiviti. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya pengguna mengenakan jam tangan dalam tempoh masa yang lama.
Namun begitu, tahukah anda bahawa jam tangan mengandungi kekotoran malah lebih kotor berbanding tandas?
Perkara ini telah diperakui melalui satu kajian yang dibuat oleh Tic Watches dan mendapati bahawa jam tangan adalah lapan kali lebih kotor berbanding tandas.
Kajian tersebut telah melibatkan 10 jenis jam berbeza untuk mengesan bakteria dan kuman yang terdapat dalam setiap jenis jam. Hasil kajian tersebut, didapati bahawa setiap jam mempunyai purata tiga kali lebih kotor berbanding mangkuk tandas.
Menurut kajian, jam tangan lelaki jenis bertali kulit adalah paling kurang kotor kerana pengesan tersebut hanya merekodkan 3.3 kali lebih kotor berbanding mangkuk tandas. Rekod ini juga menyamai rekod ‘Smartwatch’ dengan tali plastik yang hanya merekodkan 3.3 kali lebih kotor berbanding mangkuk tandas. Jam jenis ini juga sering digunakan oleh pengguna kerana terdapat kemudahan untuk mengakses telefon dengan hanya melihat di jam tangan.
Gambar Sekadar Hiasan via HardWareZone
Bagi jam yang paling kotor menerusi kajian tersebut ialah jam kecergasan yang digunakan bagi mengesan kadar kecergasan ketika melakukan sebarang aktiviti. Jam ini kebiasaannya dipakai ketika bersukan bagi mengira kadar langkah, jarak yang dilalui dan juga kadar nadi bagi setiap pengguna. Sudah pastinya, peluh yang dikeluarkan akan meresap ke tali jam tersebut menyebabkan jam tersebut tercemar dengan bakteria. Jam jenis ini telah direkodkan mempunyai 8.3 kali lebih kotor berbanding mangkuk tandas.
Gambar Sekadar Hiasan via pikbee.one
Menurut kata Daniel Richmond, Pengarah Urusan Tic Watches, pengguna tidak akan membersihkan jam mereka seperti mereka membersihkan tangan mereka.
Sama ada anda memakai jam tangan setiap hari, atau hanya pada waktu kerja, satu perkara yang pasti ialah anda tidak membersihkannya seperti mencuci tangan
Perkara ini dianggap sebagai faktor jam tangan direkodkan menjadi lebih kotor berbanding mangkuk tandas. Tidak semua pengguna yang menyedari mengenai bakteria yang terdapat pada jam tangan mereka. Perkara ini kerana kebanyakan orang cuba mengelakkan jam mereka daripada terkena air sehingga menyebabkan pembentukan bakteria.
Sumber: The Sun UK
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/06/24/jijiknya-tak-sangka-jam-tangan-lapan-kali-lebih-kotor-berbanding-tandas-kajian/