Jibril Jb Salted Egg Butter Chicken Lagenda Tiba Di Larkin
Untuk warga Johor yang sudah lama mengidam rasa Butter Chicken atau Salted Egg yang autentik, ada berita gembira! Anda tidak perlu lagi mengembara jauh ke cawangan JIBRIL di SS15, Publika, atau Bangi.
Kini, JIBRIL telah membuka cawangan baru di Larkin, Johor Bahru, dan membawa bersama menu lagenda yang telah lama dinantikan oleh penggemar setia mereka.
Suasana Eksklusif Yang Memukau Di JIBRIL
Mengunjungi JIBRIL ini bukan setakat menikmati makanan, tetapi juga tentang merasai pengalaman yang unik dan menarik.
Cawangan JB menampilkan pintu masuk tersembunyi yang begitu unik – sebuah rak buku raksasa!
Melangkah masuk, anda akan disambut dengan suasana interior yang terinspirasi dari speakeasy dari era lampau, menjanjikan pengalaman kuliner autentik dan eksklusif.
Menu Istimewa Yang Menanti Di JIBRIL
JIBRIL memahami setiap orang mempunyai selera yang berbeza. Oleh itu, mereka menyediakan menu pelbagai pilihan yang dirancang khusus untuk memuaskan keinginan kuliner yang luas.
Dari hidangan utama yang mengenyangkan hingga pencuci mulut yang manis, setiap hidangan di wujud dari cinta mereka terhadap seni kuliner. Antara hidangan yang popular adalah:
Salted Egg Butter Chicken: Sebuah hidangan signature yang harus dicuba. Ayam yang disalut butter yang kaya dengan rasa telur masin, mencipta kombinasi rasa yang memukau.
Ayam Butter Masak Merah: Ayam yang dilumuri dengan sos butter khas JIBRIL dan pes tomato, mencipta kenikmatan maksima dan hanya boleh didapati dicawangan JIBRIL JB.
Crab Platter: Pilihan istimewa bagi pencinta seafood, dengan pilihan sos Salted Egg Butter atau sos cili yang pedas dan berkrim.
Salted Egg Croissant: Croissant yang baru dipanggang dengan inti telur masin yang meleleh, suatu pengalaman rasa yang luar biasa.
Minuman Eksklusif JIBRIL: Dari Potter 2.0, Mocktail Onde-onde, hingga Mocktail Mango Cheesecake, setiap minuman menawarkan keunikan tersendiri.
Fasiliti
JIBRIL JB bertempat di bangunan luas dua tingkat yang dapat menampung sehingga 140 tetamu pada bila-bila masa menjadikan restoran ini sempurna untuk segala jenis upacara, dari family dinner hinggalah ke acara korporat.
Untuk mereka yang mengutamakan privasi pula, mereka juga menyediakan Bilik VIP untuk makan malam romantis tak terganggu bersama si dia.
Servis Penghantaran Makanan
Bagi yang tidak dapat mengunjungi kami secara langsung, JIBRIL juga menyediakan layanan pengantaran makanan melalui laman web (www.jibrilss15.com), ShopeeFood, Grabfood, Foodpanda, dan Bungkusit.
Kini, dengan hadirnya JIBRIL di Larkin, Johor Bahru, pengalaman bersantap yang luar biasa hanya beberapa mnit saja dari rumah anda. Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keajaiban masakan yang ditawarkan dan suasana eksklusif untuk pengalaman yang pasti menjadi kenangan.
Whatsapp
Media Sosial: Facebook | Instagram | Tiktok
Alamat: No. 51, Jalan Geroda 2/1, Pusat Perdagangan Larkin, Larkin Jaya, Larkin
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (12:00PM – 12:00AM)
The post JIBRIL JB | Salted Egg Butter Chicken Lagenda Tiba Di Larkin appeared first on Mai Singgah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.maisinggah.com/jibril-jb/