1mdb Belum Dapat Serah Saman Kepada Jho Low 5 Individu


 Siti Fatimah
Kesemua defendan tak berada di alamat terakhir masing-masing KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum dapat menyerahkan writ saman AS$3.7837 bilion kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, ahli keluarga dan rakan sekutunya.
Pada 6 Julai lepas, 1MDB dan empat anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited, memfailkan saman terhadap Jho Low, ayah dan ibunya Tan Sri Larry Low Hock Peng dan Puan Sri Goh Gaik Ewe, kakaknya May Lin, adik lelakinya Taek Szen serta rakan sekutunya Eric Tan Kim Loong.
Seorang peguam Tetuan Skrine, yang mewakili 1MDB, berkata pihaknya cuba menyerahkan writ saman kepada kesemua defendan namun gagal kerana mereka tidak berada di alamat terakhir masing-masing.
Beliau berkata, berdasarkan writ saman itu, alamat terakhir keluarga Jho Low ialah di Pulau Pinang manakala Tan di Kepong di sini.
“Mahkamah kemudian menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 14 Sept ini untuk mengetahui status serahan writ saman berkenaan,” kata peguam itu ketika dihubungi pemberita melalui aplikasi WhatsApp selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nor Afidah Idris hari ini.
Berdasarkan writ itu, 1MDB menuntut US$661 juta daripada Jho Low dan masing-masing US$41 juta, US$397 juta, US$608 juta dan US$1.9 bilion daripada Jho Low dan Tan serta US$325 juta daripada Jho Low dan ayahnya.
1MDB Global Investments Limited pula menuntut US$630 juta daripada Hock Peng, Jho Low dan Tan serta US$2 juta daripada Taek Szen, Jho Low dan Tan.
Plaintif turut menuntut US$3.5 juta daripada May Lin and Jho Low serta US$1.695 juta daripada Goh, Jho Low dan Tan berhubung pembelian barang kemas serta keuntungan rahsia selain US$25.5 juta daripada Jho Low, Tan, Hock Peng dan Taek Szen.
Penyataan tuntutan plaintif mendakwa mereka dimanipulasi oleh sekumpulan individu termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan Jho Low untuk memfasilitasikan penipuan yang berskala besar dan berjangka panjang, menyebabkan berbilion-bilion ringgit telah dilesapkan.
“Semasa melaksanakan penipuan tersebut, pelbagai pecah amanah dan pelanggaran tugas fidusiari telah dilakukan oleh Najib, ahli-ahli lembaga pengarah dan pasukan pengurusan kanan plaintif-plaintif.
“Dana dan aset kesemua plaintif yang telah dipindah kepada defendan-defendan telah dilesapkan dengan pengetahuan kesemua defendan secara pecah amanah dan pelanggaran tugas fidusiari,” menurut penyataan tuntutan itu.
Plaintif mendakwa Najib telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukan beliau untuk melindungi dirinya serta menyembunyikan penipuan terhadap mereka antara lain bagi menghalang usaha menyiasat dan membongkarkan bukti berkaitan penipuan serta salah laku terhadap plaintif di Malaysia.  – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/1mdb-belum-dapat-serah-saman-kepada-jho.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Didedahkan Najib Hubungi Jho Low Ketika Mesyuarat Lembaga 1mdb

Mahkamah Didedahkan Najib Hubungi Jho Low Ketika Mesyuarat Lembaga 1mdb

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 162 hits
August 12 2021 Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur diberitahu bahawa ahli perniagaan Low Taek Jho menerima panggilan telefon dari Perdana Menteri Najib Razak semasa mesyuarat ahli lembaga pengarah 1MDB pada tahun 2009 Bekas pengarah strategi ko...
Jho Low Hadir Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1mdb Mahkamah Diberitahu

Jho Low Hadir Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1mdb Mahkamah Diberitahu

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 144 hits
freemalaysiatoday com August 12 2021 3 10 PMSeorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho menghadiri salah satu mesyuarat ahli lembaga syarikat 1MDB 12 tahun lalu atas jemputan KUALA LUMPUR Seorang beka...
Jho Low Adalah Bos Sebenar Najib Berlakon Kata Bekas Ceo 1mdb

Jho Low Adalah Bos Sebenar Najib Berlakon Kata Bekas Ceo 1mdb

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 137 hits
Perbicaraan 1MDB melibatkan Najib Razak semalam diberitahu usahawan dalam buruan Low Taek Jho mengambil alih peranan ketua pegawai eksekutif dalam kawalan syarikat dana negara tersebut selain menambah bekas perdana menteri itu terpaksa berd...
Jho Low Serah Telefon Bimbit Ketika Najib Di Talian Saksi

Jho Low Serah Telefon Bimbit Ketika Najib Di Talian Saksi

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 148 hits
satuberita myBy August 13 2021 GAMBAR ARKIBMAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah menyerahkan telefon bimbitnya kepada bekas Pengerusi 1Malaysia Development Be...
Kematian Covid 19 3 Kali Lebih Tinggi Bagi Individu Belum Divaksin

Kematian Covid 19 3 Kali Lebih Tinggi Bagi Individu Belum Divaksin

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 181 hits
JAKARTA Kadar kematian akibat jangkitan Covid 19 dalam kalangan penduduk di Jakarta yang belum menerima suntikan vaksin didapati tiga kali lebih tinggi berbanding individu yang sudah divaksin Data terbaharu itu dikeluarkan oleh Kementerian ...
Vaksinasi Walk In Di Ppv Ums Legakan Individu Belum Terima Janji Temu

Vaksinasi Walk In Di Ppv Ums Legakan Individu Belum Terima Janji Temu

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 251 hits
Program vaksinasi secara walk in memberi kelegaan kepada individu yang masih belum menerima tarikh janji temu Bernama KOTA KINABALU Inisiatif pusat pemberian vaksin Universiti Malaysia Sabah mengadakan program vaksinasi secara tanpa janji t...
Jpj Keluar Saman Rm300 Jika Tidak Perbaharui Lesen Selepas 30 September

Jpj Keluar Saman Rm300 Jika Tidak Perbaharui Lesen Selepas 30 September

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 236 hits
Zailani menyampaikan bantuan bakul makanan kepada pemandu bas sekolah di Terminal Bas Lembah Sireh Kota Bharu hari ini Jabatan Pengangkutan Jalan akan terus menyaman sebanyak RM300 kepada pengguna jalan raya sekiranya didapati gagal memperb...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Crisis Management 101

Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Agar Agar Pandan Santan Segera

Siri Vivo V30 Adalah Hadiah Yang Sempurna Untuk Hari Ibu

Refacing Vs Replacing Cabinets Cost Breakdown For Your Kitchen

Siapalah Punya Kerja

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin

In Focus As Malaysia Corruption Dragnet Widens Pm Anwar S Political Payback Threatens To Hurt Business Sentiment