Jho Low Kini Dikenali Sebagai Constantinos Achilles Veis Di China


Ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dilaporkan sedang menetap di Shanghai dan menggunakan identiti palsu untuk mengelak dikesan pihak berkuasa. (📸 ©malaysiakini.com) klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt) Laporan: Jho Low kerja untuk China, kerugian Malaysia jauh lebih besar Ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, dilaporkan dilihat di Shanghai dan didakwa sedang bekerja dengan kerajaan China sebagai “pakar strategi di belakang tabir”.

Wartawan penyiasat Bradley Hope dan Tom Wright berkata Jho Low menggunakan pasport palsu Australia dengan nama Greek, Veis Constantinos Achilles untuk menyembunyikan identitinya semasa bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

“Dia tinggal di kawasan kejiranan mewah di Shanghai yang dikenali sebagai Green Hills, dalam sebuah banglo dengan kereta-kereta mewah, dan berulang-alik 15 minit ke pejabatnya di Pusat Kewangan Shanghai,” dakwa mereka dalam surat berita “Whale Hunting” malam tadi.

Pada tahun 2023, Hope menolak dakwaan bahawa Jho Low berada di Macau, dan menyatakan dia percaya bahawa ahli perniagaan itu sebenarnya dikenakan tahanan rumah di Shanghai.


Hope dan Wright merupakan penulis buku terlaris Billion Dollar Whale dan sebelum ini adalah wartawan The Wall Street Journal.

Pada bulan Mac, mereka melancarkan satu sistem ganjaran menggunakan "meme coin" untuk mengesan keberadaan Jho Low dan mendapatkan maklumat mengenainya.

Individu yang memberikan maklumat yang disahkan sebagai benar oleh moderator akan menerima ganjaran dalam bentuk token $JHOLOW, bergantung kepada nilai dan kepentingan maklumat tersebut. Kerugian jauh lebih besar Dalam ulasan lanjut, surat berita itu turut mendakwa bahawa kerugian sebenar yang ditanggung oleh Malaysia akibat penyelewengan 1MDB adalah jauh lebih besar berbanding jumlah yang diakui kerajaan, iaitu mencecah RM76.5 bilion.

“Seorang pegawai kanan telah mengesahkan jumlah ini berdasarkan siasatan dan penelitian dalaman mereka: AS$7.65 bilion (RM32.48 bilion) telah dicuri daripada 1MDB, dengan Jho Low secara peribadi mencuri kira-kira AS$2.5 bilion (RM10.61 bilion).

"Jumlah kerugian ekonomi akibat penipuan ini – kos sebenar kepada Malaysia – adalah sekitar AS$12 bilion (RM50.95 bilion), iaitu hampir keseluruhan saiz 1MDB semasa kemuncaknya (AS$13 bilion atau RM55.20 bilion).

"Perjanjian inisiatif Jalur dan Laluan (Belt and Road Initiative) yang korup dan terlebih bayar yang ditandatangani (bekas perdana menteri) Najib Abdul Razak bagi menutup skandal 1MDB (yang didalangi Jho Low) menyebabkan Malaysia menanggung kerugian tambahan sebanyak AS$6 bilion (RM25.48 bilion). Sebahagian daripada wang itu mungkin telah dicuri, dan tidak mustahil Jho Low turut menerima sebahagiannya.


"Ini bermakna jumlah kos langsung 1MDB kepada Malaysia mencecah sekitar AS$18 bilion (RM76.43 bilion). Kos tidak langsung mungkin lebih teruk lagi (termasuk kesan kepada pinjaman, reputasi, dan sebagainya),” tulis mereka. Impak akibat 1MDB Siasatan antarabangsa terhadap skandal besar 1MDB – yang terus memberi kesan besar terhadap landskap politik dan kewangan Malaysia – menganggarkan sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion (RM16.8 bilion) telah diseleweng dari dana milik kerajaan itu antara tahun 2009 hingga 2013.

Skandal ini – yang sering digelar antara penipuan kewangan terbesar dalam sejarah moden – masih membawa kesan undang-undang dan politik yang signifikan di dalam dan luar negara.


Pada 30 Mei lalu, bekas pegawai Goldman Sachs, Tim Leissner, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah di New York atas peranannya dalam skandal 1MDB.

Goldman Sachs memainkan peranan utama dalam penjualan bon bernilai AS$6.5 bilion bagi pihak 1MDB dengan bantuan Jho Low.

Namun, sebahagian besar dana tersebut telah diseleweng ke dalam akaun bank luar pesisir dan syarikat kosong yang dikaitkan dengan Jho Low, yang berasal dari Pulau Pinang.

Pada Mei, sebuah mahkamah di Luxembourg mengarahkan bank swasta Edmond de Rothschild Europe membayar denda €25 juta (RM120 juta) sebagai penyelesaian kes jenayah berkaitan pengubahan wang haram dan kesalahan menyembunyikan maklumat melibatkan 1MDB.

Daripada jumlah yang diselewengkan daripada 1MDB, kira-kira AS$472.5 juta (RM2.2 bilion) telah dimasukkan ke dalam akaun di Edmond de Rothschild Europe.

SOURCE: malaysiakini.com

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaup2date.blogspot.com/2025/07/jho-low-kini-dikenali-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jho Low Kerja Untuk China Kerugian Malaysia Jauh Lebih Besar

Jho Low Kerja Untuk China Kerugian Malaysia Jauh Lebih Besar

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 160 hits
Malaysiakini nbsp Ahli perniagaan yang menjadi buruan Low Taek Jho atau Jho Low dilaporkan dilihat di Shanghai dan didakwa sedang bekerja dengan kerajaan China sebagai pakar strategi di belakang tabir Wartawan penyiasat Bradley Hope dan Tom...
How Finding Jho Low In Luxury Shanghai Enclave Seems An Impossible Task

How Finding Jho Low In Luxury Shanghai Enclave Seems An Impossible Task

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 120 hits
FUGITIVE financier Low Taek Jho or Jho Low wanted in connection with the 1Malaysia Development Bhd scandal is allegedly residing in the upscale Green Hills compound in Shanghai according to investigative journalists Bradley Hope and Tom Wri...
Jho Low Mewah Di Shanghai Malaysia Menanggung Derita

Jho Low Mewah Di Shanghai Malaysia Menanggung Derita

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 133 hits
Sementara rakyat Malaysia bergelut dengan kos sara hidup subsidi disemak semula dan cukai diperkenalkan demi kelangsungan fiskal negara dalang rompakan terbesar negara Jho Low sedang menikmati hidup mewah di luar negara Lelaki yang mencuri ...
Puad Wants Jho Low Back From Shanghai Whether Bear Faced Or Ox Footed

Puad Wants Jho Low Back From Shanghai Whether Bear Faced Or Ox Footed

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 172 hits
Umno supreme council member Puad Zarkashi has demanded that Malaysian authorities bring back fugitive financier Low Taek Jho or Jho Low regardless of whether he looks like a bear or walks like an ox The call came hot on the heels of claims ...
Tak Selesa Orang Asing Ambil Gambar Anak Luahan Puteri Aishah Sebagai Ibu

Tak Selesa Orang Asing Ambil Gambar Anak Luahan Puteri Aishah Sebagai Ibu

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 180 hits
Anak kecil umpama kain putih dunia pun belum mereka kenali Sebab itulah ibu bapa menjadi pelindung utama Dalam dunia yang serba terbuka dan penuh media sosial ini kadang kadang batas privasi anak boleh terlepas pandang Begitulah juga yang d...
Bukan Sebab Saya Biasa Amp Bangga Nauzubillah Syasya Rizal Kongsi Video Termakan Daging B Bi Sebagai Pengajaran

Bukan Sebab Saya Biasa Amp Bangga Nauzubillah Syasya Rizal Kongsi Video Termakan Daging B Bi Sebagai Pengajaran

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 167 hits
Bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal menegaskan tujuan dia berkongsi termakan daging khinzir ketika bercuti di China baru baru ini adalah bertujuan sebagai peringatan untuk diri sendiri Kongsi video termakan daging khinzir sebagai p...
Tanpa Gajet Di Tangan Anak Ini Pilih Al Quran Sebagai Teman Perjalanan

Tanpa Gajet Di Tangan Anak Ini Pilih Al Quran Sebagai Teman Perjalanan

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 151 hits
Di saat majoriti kanak kanak zaman kini lebih terpesona dengan dunia digital dan gajet di tangan muncul satu figura kecil yang mematahkan stereotaip itu dengan tindakannya yang cukup menyentuh hati Sebuah video yang dimuat naik oleh penggun...
Aspirasi Pahang 1st Angkat Kelestarian Sebagai Teras Pembangunan Jamin Masa Depan Seimbang Berdaya Tahan

Aspirasi Pahang 1st Angkat Kelestarian Sebagai Teras Pembangunan Jamin Masa Depan Seimbang Berdaya Tahan

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 155 hits
KUANTAN Pahang diibarat Paru Paru Semenanjung dengan lebih 57 peratus kawasan diliputi hutan bernilai RM17 bilion yang menjadi sumber air utama dan khazanah biodiversiti negara Demikian kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ism...
Pantun Kurang Ajar Paling Pedas Tapi Berhemah

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir

Kecelaruan Permainan Internet Di Kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi Dan Kesihatan Oral

Pinjam Buku Di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor

A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Van Kelvin Runtuh Dada Chord

Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalkan Budaya Pelajar Cemerlang Dalam Menjalani Kehidupan Dan Urusan Mencari Rezeki

Resepi White Macadamia Cake

Printing Botol Sticker Label Vs Silkscreen Tips Pilih Yang Paling Ekonomi Berkualiti

Data Analytics For Business Decisions

Nsfc Tekad Sekat Jdt Berita Harian

Liga Super Tfc Jinakkan Penang Fc 3 0