Jho Low Amat Rapat Dengan Keluarga Najib


Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low amat rapat dengan keluarga bekas perdana menteri itu selepas beliau mengenali anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz.
Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, berkata Jho Low mulai rapat dengan keluarga Najib sejak beliau mengenali Riza Shahriz semasa zaman remaja mereka dan semasa berurusan dengan ahli perniagaan itu beberapa kali, yang beliau (Jho Low) sendiri memaklumkan bahawa beliau rapat dengan keluarga berkenaan.

Loading… “Dalam pengetahuan saya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sangat rapat dengan Jho Low kerana saya perasan Jho Low kerap menerima panggilan daripada Datin Seri Rosmah tetapi butiran perbualan mereka tidak pernah saya ambil tahu,” katanya ketika membacakan penyataan saksinya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.
Amhari Efendi, yang ketika itu bertugas di Bahagian Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Riza Shahriz yang memperkenalkan Jho Low kepada ibunya, Rosmah.
“Riza Shahriz juga memberitahu bahawa Datin Seri Rosmah tidak mempunyai halangan untuk Jho Low rapat dengan keluarga mereka,” katanya yang memberi keterangan pada hari ketiga perbicaraan kes Najib yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.
Amhari Efendi, yang merupakan seorang daripada saksi penting pendakwaan turut memaklumkan bahawa Jho Low sering memberitahunya bahawa beliau banyak kali berjumpa dengan keluarga Najib dan lebih tahu rancangan yang telah disusun oleh keluarga Najib yang perkara tersebut kadangkala berada di luar pengetahuannya sendiri sebagai pegawai khas kepada bekas perdana menteri itu.
Menceritakan mengenai perkenalannya dengan Jho Low, saksi pendakwaan kelapan itu berkata pertemuan pertama mereka berlaku dalam tahun 2007 iaitu sebelum beliau bertugas sebagai pegawai khas kepada Najib.
“Saya mula mengenali Jho Low yang saya panggil Jho semasa saya menjadi pegawai khas kepada Menteri Unit Perancang Ekonomi (EPU) iaitu Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi.
“Pada masa itu, Mohd Effendi mempunyai seorang pegawai komunikasi bernama Dennis See. Dalam satu urusan kerja Mohd Effendi di Pulau Pinang, Dennis telah mengajak saya untuk keluar berjumpa dengan seseorang yang sangat rapat dengan Najib, yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Menteri Pertahanan,” katanya yang turut memaklumkan bahawa Dennis juga memberitahu bahawa Jho Low sangat rapat dengan keluarga Najib.
Amhari Efendi, yang memegang jawatan sebagai pegawai khas Najib selepas Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada April 2009 berkata beliau telah berjumpa dengan Jho Low di sebuah restoran di Georgetown dan semasa pertemuan itu, beliau mendapati cara Jho Low bercerita berkaitan keluarga Najib seolah-olah ahli perniagaan itu berada dalam inner circle keluarga Najib dan Rosmah.
Sebelum itu beliau menjawat jawatan sama semasa Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri.
“Pada hari pertama saya melapor diri sebagai pegawai khas TPM pada September 2008, Jho Low ada menghubungi saya melalui pesanan ringkas yang mengatakan ‘Bro, saya dengar anda berada di Pejabat TPM, tahniah dan kita akan saling berhubung,” katanya.
Amhari Efendi, yang kini tidak bekerja turut memaklumkan bahawa mengikut fahamannya, maksud Jho Low ialah mereka akan selalu berjumpa dan selalu berhubung disebabkan beliau (Jho Low) sendiri rapat dengan bossnya iaitu Najib.
“Saya pasti Jho Low mendapat tahu saya mula bertugas di pejabat TPM daripada Najib sendiri atau Rosmah kerana beliau memang rapat dan kerap berjumpa dengan mereka berdua (Najib dan Rosmah),” katanya.
Dalam pada itu, Amhari Efendi berkata beliau telah ditemu duga oleh Najib sendiri di kediamannya di Jalan Langgak Duta bagi jawatan pegawai khas TPM, yang ketika itu disandang oleh Najib.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/09/jho-low-amat-rapat-dengan-keluarga-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1mdb Trial Jho Low Flooded Najib S Ex Aides With Emails In Bid To Contain Fallout Deny Role In Scandal

1mdb Trial Jho Low Flooded Najib S Ex Aides With Emails In Bid To Contain Fallout Deny Role In Scandal

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 349 hits
In this document in paragraph seven it stresses how Jho Low played no role in 1MDB even though he happens to be the main planner concerning confidential 1MDB dealings Fugitive financier Low Taek Jho sent hundreds of emails to Datuk Seri Naj...
Pegawai Khas Najib Akui Pertemuan Sulit Dengan Jho Low

Pegawai Khas Najib Akui Pertemuan Sulit Dengan Jho Low

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 359 hits
Pegawai Khas Najib akui pertemuan sulit dengan Jho LowOleh September 04 2019Biarpun sebelum ini bekas PM Najib Razak berkali kali menafikan kenal Jho Low atau usahawan Cina itu menguruskan kewangannya bekas Pegawai Khas Najib Datuk Amhari E...
Najib Beri Jho Low Mandat Urus Bailout Hutang 1mdb Dan Src

Najib Beri Jho Low Mandat Urus Bailout Hutang 1mdb Dan Src

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 235 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak mempunyai pengetahuan dan telah memberikan mandat kepada ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low untuk merancang dan menguruskan usaha bagi menyelamatkan kerug...
1mdb Trial Jho Low Was Najib S Alter Ego Prosecution Says In Opening Statement

1mdb Trial Jho Low Was Najib S Alter Ego Prosecution Says In Opening Statement

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 252 hits
Najib during one of his court appearances File Photo KUCHING Datuk Seri Najib Razak s 1MDB trial started today with the prosecution saying that it will prove that fugitive businessman Low Taek Jho is the alter ego of the former prime minist...
Jho Low Was Najib S Unofficial Special Advisor Court Told

Jho Low Was Najib S Unofficial Special Advisor Court Told

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 228 hits
Most of the time I would be informed by Najib that the instructions given by Jho Low were approved by him and Datuk Azlin also noted to me that Jho Low s instructions once confirmed by Najib must be followed up A former special officer to N...
Hanya Najib Dan Jho Low Ada Gambaran Penuh Percaturan 1mdb

Hanya Najib Dan Jho Low Ada Gambaran Penuh Percaturan 1mdb

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 292 hits
KES 1MDB NAJIB Hanya Najib Razak dan Low Taek Jho yang ada gambaran penuh percaturan berhubung urus niaga 1MDB pada masa itu kata bekas pegawai khas Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini Memberi keterangan dalam perbicaraan jenayah...
Najib Jho Low Palsukan Dokumen Terima Wang Derma Arab

Najib Jho Low Palsukan Dokumen Terima Wang Derma Arab

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 296 hits
Najib Razak dan Jho Low didakwa cuba menutup skandal 1MDB daripada terdedah antaranya dengan membuat dokumen palsu bagi menunjukkan kononnya Najib menerima wang dari penderma Arab Sedangkan ia didakwa berpunca daripada 1MDB Perkara ini diny...
Najib S Ex Aide Says Took Us 200 000 From Jho Low To Buy Property Yet To Pay It Back

Najib S Ex Aide Says Took Us 200 000 From Jho Low To Buy Property Yet To Pay It Back

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 363 hits
A former special officer to Datuk Seri Najib Razak said fugitive financier Low Taek Jho gave him US 200 000 as a bridging loan for a home purchase in Kota Damansara in 2010 the High Court heard today Datuk Amhari Efendi Nazaruddin revealed ...
Najib Knew Jho Low Long Before I Did Says Accused S Ex Aide

Najib Knew Jho Low Long Before I Did Says Accused S Ex Aide

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 191 hits
KUALA LUMPUR A witness told the High Court here yesterday that Low Taek Jho or Jho Low was already familiar with Datuk Seri Najib Tun Razak and his family long before he himself came to know the fugitive businessman Najib s former special o...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Effective Market Research On A Budget

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Kerana Rasuah Rm100 Pekebun Kena Denda Rm10 000

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Buasir Otak Tv Buang 4 Huruf Belakang Jadi Jenama Telefon Be Like

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Menangkan Jackpot Di Game Jekpot88 Di Berbagai Permainan

Tukar Lesen Memandu Malaysia Ke Lesen Nsw Australia