Jersi Away Serba Hijau Klasik Kini Rasmi Diperkenalkan Manchester United Untuk Musim 2023 2024
Selepas gambar tertiris yang kita tengok berminggu-minggu lalu kini telah disahkan betul apabila Manchester United telah mengumumkan jersi kit away terbaru dengan warna serba hijau klasik bersama jalur putih.
Pengumuman ini dibuat menerus perkongsian di laman sosial milik pasukan tersebut termasuklah di Twitter dengan memaparkan beberapa pemain yang mengayakan jersi tersebut antaranya daripada Martinez, Luke Shaw dan pemain baru yang dibawah masuk Mason Mount.
Jersi terbaru ini akan digunakan pakai ketika away game untuk musim 2023/2024. Jika dilihat design atau reka bentuk jersi ini seakan klasik dan mengimbau di masa ketika penubuhan kelab Manchester United dimana menggunakan jalur menegak ikonik.
Reka Bantuk Ikonik Dan Klasik Untuk Jersi Away Manchester UnitedKit away terbaru ini diinspirasikan daripada jalur menegang yang biasanya digunakan oleh kelab sebelum-sebelum ini disamping menggunakan warna hijau klask.
New travel essential: unlocked 🔓
🧳 @adidasFootball#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) July 24, 2023
Jika anda lihat pada pada garisan menegang pada jersi tersebut, terdapat garisan merah-marun ditengahnya yang menggambarkan bata merah dan seni bina yang didirikan di bandar Manchester ini.
Manakala untuk warna hijau klasik yang mewakili secara keseluruhan menggambarkan langskap bandar yang terkenal di Manchester. Ianya dilengkapkan dengan kolar leher berwarna putih yang bergaya.
Jersi Baru Away Bakal Dipertontonkan Secara RasmiSaat yang ditunggu-tunggu peminat kini hampir tiba. Menerusi pengumuman yang dibuat, jersi awal terbaru ini akan diperkenalkan dan dipertontonkan dalam siri jelajar pramusim Amerika (US Tour) kali ini.
Pemain-pemain akan memakai jersi terbaru ini buat kali pertama dan dipertontonkan kepada orang ramai ketika menentang Wrexhom AFC di Stadium Snapdragon San Diego pada 25 Julai ini.
Pastinya menjadi detik ikonik apabila para pemain akan menghiasi padang dengan memakai jersi terbaru yang pastinya akan menarik perhatian orang ramai ini buat kali pertama.
Harga Jersi Away Terbaru Manchester United 2022/2023Pihak Adidas Malaysia telah mengeluarkan harga jersi rasmi di laman web iaitu bermula dengan RM329 hingga RM549. Jika berminat, anda boleh terus pergi ke website Adidas Malaysia dan buat tempahan sekarang.
Nak dapatkan harga jersi Rahmah, boleh la cari kat sini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aimanabdullah.com/2023/07/jersi-rasmi-away-hijau-manchester-united-diperkenalkan.html