Jenis Jenis Bidara Yang Mana Sebenarnya Mampu Menangkis Ilmu Sihir


Jenis-jenis Bidara, Yang Mana Sebenarnya Mampu Menangkis Ilmu Sihir
Ramai antara kita yang beranggapan penggunaan daun bidara (Ziziphus spina-christi) dalam perubatan Islam berasal dari kepercayaan dan penggunaanya secara tradisi dalam masyarakat Melayu. Sebenarnya penggunaan daun bidara adalah sunnah Rasulullah SAW. Pohon bidara (sidr) disebut sebanyak 2 kali dalam kitab suci Al Quran iaitu:
a) Surah Saba, Verse 16:
فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ وَبَدَّلْنَاهُم بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَيْ أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ وَشَيْءٍ مِّن سِدْرٍ قَلِيلٍ
Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.
b) Surah Al-Waqia, Verse 28:
فِي سِدْرٍ مَّخْضُودٍ
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
Sebagaimana tumbuh tumbuhan lain yang disebut dalam Al-Quran pasti bidara mempunyai keistimewaan dan khasiatnya yang tersendiri. Tambahan lagi ia disebut sebagai salah satu daripada pohon di dalam syurga.
Daun bidara digunakan untuk memandikan jenazah. Jenazah dimandikan sebanyak 3 kali dan mandian yang pertama menggunakan air yang diramas dengan daun bidara didalamnya.
Hadits Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma tentang orang yang jatuh dari ontanya dan meninggal, Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam bersabda :
اغْسِلُوْهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ وَكَفِّنُوْهُ فِي ثَوْبَيْنِ.
“Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara dan kafan dengan dua baju”. (HR. Bukhary-Muslim).
Hadits Ummu ‘Athiyah tatkala anak Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam meninggal, beliau bersabda :
اغْسِلْنَهَا ثَلاَثًا أَوْ خَمْسًا أَوْ سَبْعًا أَوْ أَكْثَرَ إِنْ رَأَيْتُنَّ ذَلِكَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ
“Mandikanlah dia tiga kali atau lima atau tujuh atau lebih jika kalian melihatnya dengan air dan daun bidara”. (HR. Bukhary-Muslim).
Untuk wanita pula disunatkan menggunakan daunnya sebagai mandian ketika suci dari haid.
hadits ‘Aisyah bahwasanya Asma` bintu Syakal bertanya kepada Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam tentang mandi Haid, maka Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam menjawab :
تَأْخُذُ إِحْدَاكُنَّ مَاءَهَا وَسِدْرَهَا فَتَطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُوْرَ ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتُدْلِكُهُ دَلْكًا شَدِيْدًا حَتَى يَبْلُغَ شُؤُوْنَ رَأْسِهَا ثُمَّ تَصُبُّ عَلَيْهَا الْمَاءَ ثُمَّ تَأْخُذُ فِرْصَةً مُمَسَّكَةً فَتَطَهَّرُ بِهَا. فَقَالَتْ أَسْمَاءُ : وَكَيْفَ
أَتَطَهَّرُ بِهَا ؟ فَقَالَ : سُبْحَانَ الله تَطَهَّرِيْنَ بِهَا. فَقَالَتْ عَائِشَةُ : كَأَنَّهَا تَخْفَى ذَلِكَ تَتَبَّعِيْنَ أَثَرَ الدَّمِ.
“Hendaklah salah seorang di antara kalian mengambil air dan daun bidara kemudian bersuci dengan sempurna kemudian menyiram kepalanya dan menyela-nyelanya dengan keras sampai ke dasar rambutnya kemudian menyiram kepalanya dengan air. Kemudian mengambil sepotong kain (atau yang semisalnya.) yang telah diberi wangi-wangian kemudian dia bersuci dengannya. Kemudian Asma` bertanya lagi : “Bagaimana saya bersuci dengannya?”. Nabi menjawab : “Subhanallah, bersuci dengannya”. Kata ‘Aisyah : “Seakan-akan Asma` tidak paham dengan yang demikian, maka ikutilah (cucilah) bekas-bekas darah (kemaluan)”. (HSR. Muslim)
Hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu yang diriwayatkan oleh Bukhary-Muslim tentang kisah Tsumamah bin Utsal radhiyallahu ‘anhu yang sengaja mandi kemudian menghadap kepada Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam untuk masuk Islam.
Hadits Qois bin A’shim radhiyallahu ‘anhu :
أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ أُرِيْدُ الإِسْلاَمَ فَأَمَرَنِيْ أَنْ أَغْتَسِلَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ
“Saya mendatangi Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam untuk masuk Islam maka Nabi memerintahkan kepadaku untuk mandi dengan air dan daun bidara”. (HR. Ahmad 5/61, Abu Daud no. 355, An-Nasa`i 1/91, At-Tirmidzy no. 605 dan dishohihkan oleh Al-Albany dalam Shohih At-Tirmidzy 1/187
Beberapa jenis pokok dipanggil bidara dalam masyarakat kita. Namun yang mana satukah bidara yang disebut dalam Al Quran dan hadis? Antara jenis pokok yang dipanggil bidara ialah:
1. Bidara upas – Merremia mammosa

2. Bidara laut- Strychnos lucida


3. Bidara china – Ziziphus jujuba


4. Bidara epal atau epal india atau epal vietnam-Ziziphus mauritiana

5. Bidara kampung/bidara duri-Ziziphus spina-christi


Bidara sidr yang disebutkan didalam sunnah ialah bidara yang berduri. Ia.dikenali dengan nama bidara duri, bidara kampung atau bidara arab. Nama saintifik bidara sidr ialah Ziziphus spina-christi.Manakala bidara yang banyak di tanam di Malaysia adalah Bidara epal atau epal india atau epal vietnam-Ziziphus mauritiana
Sumber : https://www.google.com/amp/s/www.impiana.my/jenis-jenis-bidara-yang-mana-sebenarnya-mampu-menangkis-ilmu-sihir/amp/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2019/01/jenis-jenis-bidara-yang-mana-sebenarnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Jenis Tumbuhan Ini Mampu Mencegah Kehadiran Tikus Di Dalam Rumah Anda Rileks Media

3 Jenis Tumbuhan Ini Mampu Mencegah Kehadiran Tikus Di Dalam Rumah Anda Rileks Media

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 392 hits
Kehadiran tikus di dalam rumah cukup merimaskan Biarpun berkali kali perangkap dipasang ataupun racun digunakan namun tikus tikus ini akan datang semula ke rumah Bukan barangan sahaja yang dirosakkannya tetapi bau air kencing dan bangkainya...
Metode Merapikan Gigi Mana Sih Yang Sebenarnya Lebih Cepat

Metode Merapikan Gigi Mana Sih Yang Sebenarnya Lebih Cepat

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 374 hits
Kalau dari pengalaman pengalaman yang sudah ada kasus kasus yang lebih kompleks bisa lebih cepat behel ujar dokter gigi spesialis ortodonsia Irwin Lesmono
Doa Doa Untuk Mengeluarkan Racun Ilmu Sihir Dan Jin Pada Tu Buh Manusia Rileks Media

Doa Doa Untuk Mengeluarkan Racun Ilmu Sihir Dan Jin Pada Tu Buh Manusia Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 493 hits
Berikut ini beberapa di antara surah surah Al Qur an yang sungguh luar biasa manfaatnya untuk mengeluarkan jin dan juga benda benda halus atau racun ilmu sihir dari tu buh manusia Mengeluarkan benda benda tersebut memang terbilang cukup sul...
Jom Test Ujian Personaliti Berdasarkan 4 Jenis Pelukan Ini Korang Pilih Yang Mana

Jom Test Ujian Personaliti Berdasarkan 4 Jenis Pelukan Ini Korang Pilih Yang Mana

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 854 hits
Jom test personaliti Korang suka pelukan yang macam mana Pilih satu pelukan di atas dan baca nilai personaliti anda berdasarkan pilihan yang telah dibuat
Macam Mana Nak Tahu Kulit Muka Jenis Apa

Macam Mana Nak Tahu Kulit Muka Jenis Apa

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 770 hits
Macam Mana Nak Tahu Kulit Muka Jenis Apa Assalamualaikum Actually kulit muka tengah breakout Puncanya sebab tak cuci muka betul betul Yelah balik kerja penat penat cuci ala kadar jela jawabnya Lepas dua tiga hari muka naik jerawat banyak Da...
Puak Yang Tahu Dosa Dan Pahala Belum Tentu Mampu Memahami Apa Itu Kebenaran

Puak Yang Tahu Dosa Dan Pahala Belum Tentu Mampu Memahami Apa Itu Kebenaran

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 387 hits
Ada pihak yang membuat kenyataan bahawa DAP tidak tahu pahala dan dosa hakikatnya memang benar kerana soal pahala dan dosa ini merupakan konsep pembalasan yang dikaitkan dengan keimanan dan ketaqwaan dalam konteks falsafah pemikiran dan aja...
Isu Jual Tanah Antara Isu Tak Mampu Dijawab Guan Eng

Isu Jual Tanah Antara Isu Tak Mampu Dijawab Guan Eng

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 349 hits
Ini juga antara pendedahan saya tentang cara pengurusan ekonomi Guan Eng yang dia malas untuk layan Main propaganda menipu dia tak malas Sebaliknya dia rajin Menteri Kewangan Lim Guan Eng masih tidak berpuas hati Dia mengadu bahawa saya tel...
Generasi Kedua Percaya Ph Mampu Ubah Nasib Peneroka Felda

Generasi Kedua Percaya Ph Mampu Ubah Nasib Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 311 hits
Orang atas pagar macam saya disenaraihitamkan Ahli PAS tegar macam saya memang tak dapat apa apa Dulu kita nak mengadu macam mana Dulu kerajaan pusat dan kerajaan Pahang sama Kami ni tersepit walaupun sekarang Malahan kami dah kena boikot p...
Akhirnya Guan Eng Mengaku Kalah Tak Mampu Jawab Hujah Najib

Akhirnya Guan Eng Mengaku Kalah Tak Mampu Jawab Hujah Najib

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 438 hits
Hari ini Guan Eng kata dia malas nak layan saya Dia kata saya tak ada kredibiliti Tapi rakyat masih layan saya Saya menyuarakan suara hati kroni kroni saya iaitu rakyat Malaysia Mereka tahu saya sebagai mantan Menteri Kewangan dan Perdana M...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah