Puak Yang Tahu Dosa Dan Pahala Belum Tentu Mampu Memahami Apa Itu Kebenaran




Ada pihak yang membuat kenyataan bahawa “DAP tidak tahu pahala dan dosa”, hakikatnya, memang benar, kerana soal pahala dan dosa ini merupakan konsep pembalasan yang dikaitkan dengan “keimanan dan ketaqwaan” dalam konteks falsafah pemikiran dan ajaran Islam.


Seorang muslim adalah dituntut untuk yakin dan beriman dengan hari akhirat yang padanya ada pengadilan dan pembalasan, disinilah pahala dan dosa itu menjadi perkiraan penentuan.


Adalah jelas bahawa DAP memang tidak mengetahui soal “pahala dan dosa,” khususnya dalam konteks falsafah pemikiran Islam, memandangkan kebanyakan ahli DAP adalah terdiri daripada mereka yang bukan beragama Islam, namun demikian, terdapat juga ahli-ahli DAP daripada kalangan mereka yang beragama Islam.


Adakah ahli-ahli DAP yang beragama Islam itu juga boleh ditafsirkan sebagai tidak “tahu pahala dan dosa?” Apakah ini bermakna pihak terbabit cuba menafikan akan hakikat pegangan dan kefahaman agama dalam kalangan ahli-ahli DAP yang beragama Islam?


Mereka, ahli-ahli DAP yang bukan Islam mungkin tidak mengetahui soal pahala dan dosa dalam konteks pemikiran dan ajaran agama Islam, namun itu bukan bermakna mereka tidak mengetahui soal nilai, etika dan moral, khususnya berhubung dengan bentuk perlakuan yang berkaitan dengan norma tingkah laku dalam pembentukan masyarakat sivil.


Hakikatnya, mereka tentu amat arif berkaitan dengan falsafah, konsep serta makna kebaikan, kebenaran dan kejujuran. Sebaliknya puak yang mengaku bahawa diri mereka “tahu pahala dan dosa” belum tentu mempunyai kemampuan untuk memahami dan menghayati apa itu yang dikatakan kebenaran, kebaikan dan kejujuran dalam realiti kehidupan politik mereka.


Bukankah kelihatannya orang yang mengaku “tahu pahala dan dosa” itulah yang begitu “rakus” mempertahankan pelaku rasuah, sanggup bersekongkol mempertahankan perasuah sehingga apa sahaja pendedahan salah laku berkaitan rasuah pihak-pihak tertentu yang telah pun diseret ke mahkamah, masih tetap dipertahankan sehingga bergegar tulang sum-sum.


Demikian juga keadaannya kes yang melibatkan Tabung Haji (TH) dan 1Malaysia Development Berhad (IMDB), bagi mereka ini tidak ada isu salah laku yang perlu dibangkitkan, segala apa yang dilakukan adalah betul, tiada penyelewengan berlaku, hanya fitnah semata-mata, itu kata pihak yang “tahu pahala dan dosa.”


Wal hal Tom Wright dan Bradley Hope menulis hampir 400 muka surat menjelaskan segala bentuk skandal dan penipuan yang membabitkan IMDB. Namun bagi orang yang “tahu pahala dan dosa,” bagi mereka itu adalah fitnah Yahudi dan campur tangan luar untuk jatuhkan Islam.


Meskipun dalam aspek moralnya menunjukkan bahawa TH dan IMDB telah memperlihatkan unsur “keraguan yang munasabah” dalam aspek salah laku pengurusan, namun dengan hanya berdasarkan taklimat dan penerangan daripada personaliti yang juga diragui akan kredibilitinya, sudah boleh memutuskan bahawa “kami berpuashati dengan penjelasan yang diberikan,” tanpa adanya usaha untuk membuat semakan silang (mungkin juga kerana alasannya, selagi belum terbukti akan kesalahannya, maka seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah, mungkin juga, kerana orang yang “tahu pahala dan dosa” itu sentiasa berbaik sangka orangnya).


Orang yang “tahu pahala dan dosa” inilah juga yang menyemai dan menyebar budaya takfiri, boleh pula “menjiratkan” orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka atau menentukan hukum syurga neraka hanya berdasarkan “nombor ahli parti mereka”.


Orang yang “tahu pahala dan dosa” inilah juga yang memberikan pelbagai gelaran kepada pihak-pihak yang bertentangan dan menyanggah pemikiran hipokrit mereka, gelaran jebon, barua, pengkhianat dan munafik haraki, menjadi antara “zikir” yang meniti dibibir-bibir ahli puak mereka.


Kerana mereka “tahu pahala dan dosa”lah maka mereka patut berdoa laknat, (melaknatkan rakan yang berbeza pandangan dengan mereka), kerana mereka ini “tahu pahala dan dosa”lah, dahulu mereka berdoa “K.O UMNO” dan kini mereka kerabat UMNO, kerana mereka “tahu pahala dan dosa”lah terdapat kalangan pemimpin mereka yang seronok aksi “pay per view”.


Puak yang “tahu pahala dan dosa” inilah juga secara wewenang mentafsir ayat-ayat al-quran untuk kepentingan diri mereka, semata-mata untuk mengesah dan menghalalkan tindakan mereka, biar pun pada awalnya mereka bertindak mengharamkannya, namun boleh dihalalkan bagi memenuhi nafsu politik oportunis mereka.


Realitinya 60 tahun mereka memusuhi UMNO, namun hari ini, mereka sudah boleh berdakap-dakapan, bahkan pimpinan mereka sudah meminta para pengikut mereka melupakan segala sengketa di antara mereka dan UMNO, tentunya ini kerana mereka “tahu pahala dan dosa” bagusnya mereka. Mereka sudah mampu untuk mentafsirkan ayat-ayat al-quran yang dulunya mengharamkan, sebaliknya kini sudah boleh menghalalkan.


Sedangkan Buya Hamka, menulis dalam Tafsir Al-Azhar, Juzuk 1, Terbitan PTS Publishing House, muka surat 49, menjelaskan bahawa "Baik golongan Ibnu Taimiyah mahupun golongan Imam Ghazali atau jalan lapang yang diberikan Al-Qisthallani, pendapat mereka sama bahawa mentafsirkan Al-Quran menurut hawa nafsu sendiri atau mengambil satu-satu ayat untuk menguatkan satu pendirian yang telah ditentukan terlebih dahulu adalah terlarang (haram); pentafsiran seperti ini adalah tafsiran yang curang."


Hakikatnya, kerana mereka “tahu pahala dan dosa”lah mereka bebas untuk bertindak dan melakukan apa sahaja bentuk tindakan politik, jika perlu bersekongkol dengan UMNO parti yang mereka tentang habis-habisan, sehingga wujudnya “dua surau; surau hijau dan surau biru”, sehingga berlaku pulau memulau dalam satu kampung, hakikatnya itu adalah dahulu, waktu telah berlalu, maka ia harus dilupakan.


Inilah asas pemikiran puak yang “tahu pahala dan dosa”, sanggup perbuatkan apa sahaja asalkan mereka terus dapat melangsungkan politik oportunis berteraskan pemikiran Machiavelli. Itulah realitinya falsafah dan pemikiran politik mereka, tanpa segan silu berselindung disebalik politik Islam. Hanya kerana mereka “tahu pahala dan dosa”.


Dr. Kamarudin Musa 
Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi
UPSI


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/puak-yang-dosa-dan-pahala-belum-tentu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menko Darmin Masa Panen Belum Tentu Mampu Turunkan Harga Jagung

Menko Darmin Masa Panen Belum Tentu Mampu Turunkan Harga Jagung

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 197 hits
Saat ini kata Menko Darmin impor menjadi satu satunya upaya untuk menekan melonjaknya harga jagung yang kemudian berimbas pada kenaikan harga telur dan daging ayam Padahal kedua jenis komoditas ini sangat dibutuhkan masyarakat
Selagi Muzik Video Ada Selagi Itu Dosa Saya Berjalan

Selagi Muzik Video Ada Selagi Itu Dosa Saya Berjalan

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 328 hits
Susulan isu babak bersentuhan dalam muzik video lagu terbaru Adira suaminya Dato Red meluahkan rasa kecewa apabila tegurannya itu tidak diendahkan Ujarnya The post appeared first on
Cikgu Boleh Tak Kalau Saya Tak Beli Dulu Buku Log Tu Mak Saya Belum Mampu Lagi Bisik Si Murid Tapi Respon Gurunya

Cikgu Boleh Tak Kalau Saya Tak Beli Dulu Buku Log Tu Mak Saya Belum Mampu Lagi Bisik Si Murid Tapi Respon Gurunya

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 344 hits
The ReporterMenjadi pendidik nampak mudah di mata orang tetapi hanya yang menggalas amanah itu tahu bebanan yang digalas Tugas seorang guru bukan hanya mendidik malahan juga kadangkala perlu bertukar watak menjadi seperti seorang ibu atau b...
Islam Belum Tentu Menjamin Kebahagian Kata Aktivis Pakatan Harapan

Islam Belum Tentu Menjamin Kebahagian Kata Aktivis Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 379 hits
Ikmal juga berkata kita perlu diberi kebebasan agama Religious freedom would allow followers with splinters of doubt to find God on their own paths Ini bermakna kita bebas untuk mencari tuhan dengan cara kita tersendiri Mungkin kita ingin c...
Anies Soal Jk Soroti Ketimpangan Di Jakarta Itu Fakta Bukan Kritik

Anies Soal Jk Soroti Ketimpangan Di Jakarta Itu Fakta Bukan Kritik

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 319 hits
Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan setuju dengan pernyataan Wakil Presiden Jusuf Kalla atau JK yang menyebut adanya ketimpangan di jalanan di Ibu Kota Dia mengakui apa yang dikatakan JK berdasarkan fakta yang ada
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad