Jenama Pn Lebih Sesuai Dikekalkan Bertukar Pemandu Tidak Menukar Toyota Menjadi Mercedesw7


 
Hanya beberapa jam setelah Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah dan belum pun beliau masuk ke pejabat Perdana Menteri, perbalahan antara UMNO dan Bersatu sudah pun lebih dulu mengambil tempatnya.
Ia bermula dengan kunjungan Ismail Sabri ke kediaman bekas bossnya, Mahiaddin Md Yasin petang semalam dan kemudian bekas Perdana Menteri itu memuatnaik di laman sosialnya berkenaan perkara tersebut beserta beberapa keping gambar mereka berdua.
Sambil mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri atas perlantikannya sebagai Perdana Menteri serta mendoakan kejayaannya mengemudi negara, Mahiaddin juga berjanji untuk memberi sokongan penuh dan akan terus membantu kerajaan Perikatan Nasional atau PN memberi khidmat terbaik kepada rakyat.
Pada asasnya tiada apa-apa yang salah daripada apa yang dimuatnaik Mahiaddin itu dan lafaz katanya kepada Ismail Sabri itu boleh dikata biasa-biasa saja.
Tidak ada apa-apa yang luar biasa langsung daripadanya.
Rupa-rupanya sebutan Mahiaddin mengenai nama kerajaan Perikatan Nasional dalam kenyataannya itu telah membuatkan rasa tidak senang pelbagai pihak dalam UMNO.
Setakat ini, dua pemimpin UMNO – Setiausaha Agung, Ahmad Maslan dan ahli MT, Abdul Rahman Dahlan benar-benar tidak senang dengan nama Perikatan Nasional yang disebut Mahiaddin itu dan mereka seolah-olah mahu nama PN dipadamkan terus sebaik saja Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri.
Nampaknya merampas kerusi Perdana Menteri belum cukup memberi klimaks kepada nafsu rakus UMNO di mana mereka kini mahu nama PN pula dihapuskan terus.
Kata Ahmad Maslan, kerajaan baru ini adalah kerajaam campuran antara BN, PN, GPS dan PBS.
“PN hanya dianggotai oleh Bersatu, PAS, Gerakan, Star dan tidak BN, GPS dan PBS,” katanya.
Secara tersiratnya, maksud Ahmad Maslan itu, selain kerana kerajaan kini diketuai BN, jumlah kerusi bukan PN juga lebih banyak daripada yang dimiliki oleh gabungan PN, maka tidak sesuai lagi ia dinamakan sebagai kerajaan PN.
Sementara Abdul Rahman berkata, jenama PN sebagai kerajaan persekutuan telah pun berakhir sebaik saja Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Malah katanya, BN bukan pun anggota komponen PN.
Di media sosial pula, mereka yang pro UMNO turut membidas kenyataan Mahiaddin itu dengan pelbagai hujah serta alasan.
Yang nyata, selain tidak setuju dan terus menolak Mahiaddin, UMNO serta BN seperti tidak mahu lagi dikaitkan dengan PN.
Apa pendirian Ismail Sabri dalam hal ini belum lagi diketahui, tetapi oleh kerana PN merupakan blok terbesar dalam kerajaan sekarang iaitu 50 kerusi Parlimen, malah Naib Presiden UMNO itu sendiri sebelum diketahui pro PN dan tidak setia dengan ketetapan MT, logiknya nama PN itu lebih munasabah untuk terus dikekalkan.
Kalau ditukar kepada nama lain, bagaimana jika 50 kerusi PN itu tidak setuju dan menarik sokongan mereka?
Lagi pun, yang bertukar hanyalah kepala keretapi saja, segala gerabak buruk di belakangnya masih sama dengan gerabak kerajaan lama sebelum ini.
Selagi gerabak lama itu kekal, apa lagi jika lantikan menteri-menteri nanti adalah majoritinya “jenis surat khabar lama” yang pernah berada dalam kabinet Mahiaddin sebelum ini, memang kerajaan selepas ini lebih sesuai dikekalkan dengan nama kerajaan PN.
Tambahan lagi, dengan Ismail Sabri mengunjungi kediaman Mahiaddin lebih dulu, bukan rumah Zahid Hamidi atau Najib Razak mesejnya adalah jelas beliau lebih terhutang budi kepada Pengerusi PN dan Presiden Bersatu itu berbanding yang lain-lainnya.
Di hati Ismail Sabri sendiri rasa-rasanya mengekalkan nama PN lebih mendamaikan hatinya berbanding menukar kepada nama lain, kecuali jika beliau ingin mewujudkan kerajaan perpaduan yang melibatkan parti-parti pembangkang dalam susunan kabinetnya.
Selagi kerajaannya nanti kekal dengan sokongan 114 Ahli Parlimen, sama dengan SD yang dimiliki Mahiaddin sebelum mengangkat sumpah pada 1 Mac 2020 dulu, terimalah hakikat bahawa sekadar menukar pemandu kereta tidak sesekali menjadikan Toyota sekelip mana menjadi Mercedes. 
(ShahbudinHusin 22/08/2021)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/jenama-pn-lebih-sesuai-dikekalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jpj Pulau Pinang Gempur Kawasan Aduan Lori Lebih Muatan Pemandu Warga Asing

Jpj Pulau Pinang Gempur Kawasan Aduan Lori Lebih Muatan Pemandu Warga Asing

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 826 hits
Bertindak atas maklumat aduan awam di kawasan Sungai Baong Sungai Duri dan Kawasan Perindustrian Valdor Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang dengan dibantu anggota Stesen Penguatkuasa Valdor telah menjalankan penguatkuasaan menyeluruh keata...
Janji Nak Pulang Bila Kerajaan Dah Bertukar Caprice Jawab Pertanyaan Peminat Tidak Suka Sentiasa Menjadi Betul

Janji Nak Pulang Bila Kerajaan Dah Bertukar Caprice Jawab Pertanyaan Peminat Tidak Suka Sentiasa Menjadi Betul

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 252 hits
Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai isu Caprice yang tidak mahu pulang ke Malaysia sekiranya kerajaan tidak bertukar dalam masa terdekat
Hari Kebangsaan Kita Bertukar Menjadi Tragis Akibat Kes Kematian Tinggi

Hari Kebangsaan Kita Bertukar Menjadi Tragis Akibat Kes Kematian Tinggi

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 177 hits
Timbul persoalan mengapa kes kematian akibat jangkitan Covid 19 meningkat secara drastik sehingga lebih 6 000 kes bulan ini sedangkan tahun lalu pada bulan sama hanya merekodkan 2 kematian KUALA LUMPUR Timbul persoalan mengapa kes kematian ...
Lebih 300 Pemandu Teksi Limosin Ltapp Hilang Pendapatan Sejak Tahun Lepas

Lebih 300 Pemandu Teksi Limosin Ltapp Hilang Pendapatan Sejak Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 255 hits
Sekarang ini nak dapat seorang penumpang sebulan pun susah GEORGE TOWN Lebih 300 pemandu teksi limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Bayan Lepas dekat sini hilang punca pendapatan sejak dua tahun lepas ekoran wabak COVID 19 ...
Sudah Lebih 60 Tahun Dna Umno Menjadi Pm Eloklah Beri Ruang Pula Islam Pula Memimpin

Sudah Lebih 60 Tahun Dna Umno Menjadi Pm Eloklah Beri Ruang Pula Islam Pula Memimpin

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 205 hits
KUANTAN Oleh kerana pemimpin dan mantan pemimpin UMNO sebenarnya yang berebut nak jadi PM dalam senario politik negara kita sekarang maka apa kata kali ini kita cuba pula pemimpin parti Islam jadi PM dan memimpin negara ini hinggah habis pe...
Pilih Pm Baharu Melalui Sd Tidak Sesuai Salleh

Pilih Pm Baharu Melalui Sd Tidak Sesuai Salleh

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 313 hits
Salleh Said Keruak berkata semua pihak harus menghormati keputusan Agong dan terus memfokuskan usaha kita dalam pemulihan negara KUALA LUMPUR Seorang bekas menteri persekutuan berkata adalah menjadi tidak sesuai bagi negara untuk melantik p...
Yogurt Farmer Union Greek Style Sesuai Untuk Yang Berdiet

Yogurt Farmer Union Greek Style Sesuai Untuk Yang Berdiet

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 413 hits
Baru baru ni di flat k fiezz ada bagi sumbangan untuk semua penduduk Tak pasti siapa yang bagi sumbangan ni untuk diagihkan pada penduduk Apapun terima kasih pada yang memberi Kitaorang dapat 2 pek mi segera yogurt farmer union K fiezz 1st ...
Menkominfo Bulog Berikan Beras Berkualitas Untuk Bantuan Ppkm Jika Tidak Sesuai Akan Segera Diganti

Menkominfo Bulog Berikan Beras Berkualitas Untuk Bantuan Ppkm Jika Tidak Sesuai Akan Segera Diganti

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 253 hits
Menkominfo Bulog memberikan berkualitas baik dan akan merespons dengan cepat bila warga menerima beras yang kurang sesuai serta menetapkan langkah langkah penyelesaian dengan cara menarik dan mengganti beras tersebut dengan yang berkualitas...
Jadual Diet Dengan Kiraan Kalori Yang Sesuai

Jadual Diet Dengan Kiraan Kalori Yang Sesuai

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 1352 hits
Jadual Diet Dengan Kiraan Kalori Yang Sesuai Kalau cerita pasal diet ada yang suka dan ada yang lemah semangat Sebab apa Hehe sebab kalau namanya diet ada makanan tertentu yang kita tak boleh ambil dan kalau ada pun mesti kena catu Haha itu...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas