Jelebu Kawasan Paling Kering Alami Banjir Terburuk


BH ONLINE Begitu banyak kerosakan yang ditinggalkan oleh bencana banjir yang melanda Jelebu, baru-baru ini termasuk ada yang kehilangan tempat tinggal - Foto BERNAMA SEREMBAN: Bencana banjir yang melanda lapan negeri termasuk Negeri Sembilan pada minggu lepas, disifatkan oleh banyak pihak sebagai antara yang terburuk di negara ini dalam tempoh 50 tahun.
Musibah yang datang ketika rakyat masih lagi diancam jangkitan COVID-19, menambah beban mereka yang sudah sedia terbeban khususnya dari segi ekonomi.
Di negeri ini, Jelebu adalah daerah paling subur dan terkenal dengan durian Jelebu, antara yang paling teruk terjejas dalam bencana itu, membabitkan 11 kawasan dengan puluhan buah kampung, selepas hujan lebat selama lebih lima jam sejak 6 petang pada 18 Disember.
Penduduk di kampung yang terkesan, antaranya Kampung Chennah, Kampung Puom dan Kampung Pah, iaitu kawasan paling teruk terjejas, langsung tidak menyangka kejadian hujan lebat luar biasa itu akan memberi kesan yang amat besar kepada mereka.
Kebanyakan mangsa yang ditemui, reda dengan ujian yang menimpa mereka, namun masing-masing mengakui masih lagi dalam keadaan terkejut apabila melihat begitu banyak kerosakan yang ditinggalkan oleh bencana itu, termasuk kehilangan tempat tinggal kerana rumah dihanyutkan arus, atau hanya tinggal bumbung, atau senget dan tidak selamat didiami, atau ranap sepenuhnya.
Kerugian dari segi ternakan dan tanaman juga tidak terkira, sementara beberapa lokasi tumpuan pelancong turut musnah.
Sekalipun begitu, warga Jelebu tetap bersyukur kerana tiada yang kehilangan ahli keluarga dalam bencana itu yang menyaksikan paras banjir setinggi lebih dua meter.
Dari segi geografi, Jelebu terletak di penghujung Banjaran Titiwangsa dengan bentuk muka bumi berbukit-bukau. Justeru, daerah yang bersempadan dengan Selangor dan Pahang serta diapit oleh daerah Seremban, Kuala Pilah dan Jempol itu agak terlindung daripada hujan.
Malah, daerah itu adalah kawasan paling kering di Negeri Sembilan.

Seorang penduduk Kampung Chennah, Jelebu giat melakukan kerja-kerja pembersihan di kedainya. - Foto BERNAMA
Penduduk Kampung Chennah, Jelebu, giat melakukan kerja-kerja pembersihan akibat terjejas dalam kejadian banjir yang melanda kawasan kampung itu. - Foto BERNAMA
Sisa lumpur kering jelas dapat dilihat pada sebuah kenderaan yang terjejas dalam kejadian banjir yang melanda kawasan Kampung Chennah, Jelebu. - Foto BERNAMANamun, pada 18 Disember lalu, lima stesen hujan di daerah itu merekodkan taburan hujan yang luar biasa iaitu melebihi 100 mm, sedangkan pada hari sebelumnya, lima stesen terbabit - Ulu Klawang, Chenor, Ladang Pertang, Ladang Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Jelebu serta Chennah - mencatatkan paras normal bawah 60 milimeter (mm).
Pada hari kejadian, stesen Ulu Klawang mencatatkan jumlah taburan hujan tertinggi 199mm dalam tempoh lima jam, bersamaan taburan hujan untuk sebulan, sementara stesen hujan lain merekodkan antara 77mm dan 180mm.
Menurut Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, hujan lebat yang berterusan menyebabkan banjir kilat yang teruk di beberapa kawasan rendah dan berisiko banjir di lembangan Sungai Triang.
"Kebanyakan kawasan yang terjejas tempoh hari menunjukkan kawasan itu telah mengalami taburan hujan melebihi 100 ARI (Average Recurrence Interval)," katanya.

Penduduk mengemas dan membersih kawasan rumah selepas banjir surut di Kampung Batu Serambai, Jelebu. - NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin
Penduduk mengemas dan membersih kawasan rumah selepas banjir surut di Kampung Batu Serambai, Jelebu. - NSTP/Azrul Edham Mohd AminuddinJelasnya, keadaan itu menyebabkan air dari sub lembangan Sungai Triang seperti Sungai Chennah, Sungai Klawang, Sungai Chempedak, Sungai Gelami, Sungai Kenaboi dan Sungai Jelebu tidak dapat mengalir ke Sungai Triang, sekali gus menyebabkan banjir.
Keadaan bertambah buruk apabila penduduk langsung tidak bersedia untuk menghadapi bencana di luar jangka itu, katanya yang menyifatkan banjir di Jelebu adalah yang terburuk sejak 15 tahun yang lalu.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri akan menyediakan rumah bagi penduduk yang kehilangan kediaman dalam bencana itu. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/jelebu-kawasan-paling-kering-alami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Beberapa Kawasan Dijangka Alami Tekanan Air Rendah

Banjir Beberapa Kawasan Dijangka Alami Tekanan Air Rendah

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 227 hits
Oleh DIANA SURYA ABD WAHAB KUANTAN Hampir semua loji rawatan air di beberapa daerah yang mengalami banjir di negeri ini kembali beroperasi sepenuhnya bagi membekalkan air kepada pengguna Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad ...
Pantai Timur Dijangka Alami Banjir Serentak Mulai Jumaat Ini

Pantai Timur Dijangka Alami Banjir Serentak Mulai Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 207 hits
Oleh Sungai Kelantan di Kota Bharu KUALA LUMPUR Jabatan Pengairan dan Saliran meramalkan banjir akan berlaku di empat negeri iaitu Kelantan Terengganu Pahang dan Johor bermula Jumaat dan Sabtu ini susulan amaran hujan berterusan tahap waspa...
Boleh Pulak Dia Makan Angin Di Iran Ketika Kawasan Parlimennya Banjir

Boleh Pulak Dia Makan Angin Di Iran Ketika Kawasan Parlimennya Banjir

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 422 hits
Seorang ahli Parlimen Amanah dikecam pengguna media sosial selepas memuat naik gambar bercuti di Iran di Facebook ketika kawasan Parlimennya teruk dilanda banjir Rata rata pengguna media sosial meluahkan rasa kemarahan terhadap Ahli Parlime...
Yayasan Risda Bantu Mangsa Banjir Jelebu

Yayasan Risda Bantu Mangsa Banjir Jelebu

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 299 hits
Oleh Mohd Salim menyampaikan sumbangan bantuan banjir kepada Jalaluddin Alias pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Banjir di Pusat Khidmat Parlimen Jelebu NSTP Azrul Edham Mohd Aminuddin JELEBU Yayasan RISDA menyampaikan bantuan pelbaga...
10 Benda Wajib Ada Untuk Kawasan Selalu Banjir

10 Benda Wajib Ada Untuk Kawasan Selalu Banjir

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 423 hits
Tak salah kalau kita ikhtiar awal Semua senarai di bawah ni dengan harga termurah dan terbaik di shopee Boleh layari link2 di bawah 1 Boat 2 Touchlight Waterproof Kepala Biasa 3 Life Jacket Dewasa Kanak2 4 Wisel 5 First Aid Kit 6 Baju Hujan...
9 Mayat Ditemui Di Kawasan Banjir Shah Alam

9 Mayat Ditemui Di Kawasan Banjir Shah Alam

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 278 hits
Polis berkata dua mayat lelaki dijumpai masing masing di lampu isyarat Kemuning Utama Seksyen 33 dan satu lagi di Jalan Utama masuk ke Alam Idaman Seksyen 22 pada Ahad lepas SHAH ALAM Sembilan mayat ditemui di sekitar Shah Alam setakat ini ...
Adun Pelabuhan Kelang Lawati Semua Kawasan Terlibat Banjir

Adun Pelabuhan Kelang Lawati Semua Kawasan Terlibat Banjir

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 224 hits
Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Kelang Azmizam Zaman Huri berusaha gigih mengharungi banjir dalam membekalkan bantuan makanan kepada mangsa mangsa banjir di pusat pemindahan masjid mahu pun yang terperangkap di tingkat atas bangunan Menurut sat...
Banjir Di Jempol Gemas Terburuk Dalam Tempoh 50 Tahun

Banjir Di Jempol Gemas Terburuk Dalam Tempoh 50 Tahun

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 247 hits
AGENDA DAILY Daerah Jempol dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan lebih lima jam sejak awal pagi ini Gambar kredit Harakah Daily Kedatangan 2022 membawa kepiluan buat lebih 100 penduduk Felda Palong Satu di sini apabila kediama...
Penduduk Gemas Alami Tujuh Kali Banjir Sejak 16 Tahun Lepas

Penduduk Gemas Alami Tujuh Kali Banjir Sejak 16 Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 255 hits
BernamaPemandangan udara menunjukkan kawasan perumahan di Taman Pinggiran Sungai Kelamah Tampin ditenggelami banjir ekoran hujan lebat ketika tinjauan pada 1 Jan 2022 fotoBERNAMA TAMPIN Banjir kali ini adalah yang ketujuh sejak menetap di T...
Nurul Izzah Marches With Lawyers Moots Tribunal To Probe Jac Leak Claims

How To Choose The Right Insurance Policy In Malaysia For Complete Protection

Pusat Latihan Kenegaraan Balik Pulau

My Moving Journal A Fresh Start

Konvokesyen Perdana Ipma Bila Allah Mendengar Rintihan

Police Deny Arresting Suspect In Temple Groping Woman Incident

Rafizi Nik Nazmi Tak Hadir Perjumpaan Ahli Parlimen Ph Bersama Anwar

Video Menarik Aktiviti Membaca Bersama Warga Bomba Kini Di Youtube


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Make Your Event Unforgettable With Unique Mascot Costumes

Berperang Dengan Diri Siri 1

Win Big On Official Gudangtoto Site With These Tips And Strategies

Membina Tabiat Baik Sebagai Muslim 7 Prinsip Untuk Istiqamah

Voltecx Rahsia Kaw Kaw Jimat Minyak Buat Enjin Kereta Lama Kembali Power

How To Capture Short Attention Span