Banjir Di Jempol Gemas Terburuk Dalam Tempoh 50 Tahun


AGENDA DAILY
Daerah Jempol dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan lebih lima jam sejak awal pagi ini. Gambar kredit Harakah Daily
Kedatangan 2022 membawa kepiluan buat lebih 100 penduduk Felda Palong Satu di sini apabila kediaman mereka dilanda banjir selepas hujan lebat lebih 10 jam semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan Felda Palong Satu Johar Dollah berkata beliau mula menyedari kejadian itu selepas 7 malam semalam apabila sebuah rumah dinaiki air hingga paras pinggang sebelum menjelang tengah malam beberapa rumah lain turut dinaiki air hingga paras pinggang dan bahu, menurut laporan Bernama.
“Kita (penduduk) memang tak jangka banjir berlaku memandangkan hujan lebat seperti ini pernah terjadi pada 2011 tapi kesannya tidak seteruk ini walaupun kawasan ini kerap berlaku banjir kerana terletak di kawasan rendah dan berdekatan anak sungai.
“Air memang naik dengan cepat dan kita tak mampu buat apa-apa. Kalau dulu hanya tujuh ke lapan rumah dinaiki air tetapi kali ini lebih 20 rumah, penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Palong Sat pada pukul 3 pagi,” katanya ketika ditemui di PPS itu yang menempatkan 96 orang daripada 19 keluarga di sini hari ini.
Johar berkata bencana berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan nyawa setakat ini.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Jempol Datuk Mohd Salim Mohd Sharif berkata pihaknya akan menyegerakan bantuan wang ihsan RM1,000 kepada keluarga terjejas dan jumlah sebenar keluarga akan dikenal pasti selepas urusan pemindahan mangsa ke PPS selesai.
Beliau berkata selain PPS Palong Satu, tiga lagi PPS turut dibuka setakat 4 petang tadi iaitu PPS Kampung Datuk Johan, Kampung Baru Rompin dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sialang yang menempatkan 177 orang daripada 40 keluarga.
Tinjauan Bernama di Gemas setakat 2.30 petang tadi mendapati laluan menuju ke daerah itu berdekatan jalan memasuki Kem Syed Sirajuddin dinaiki air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan.
Penduduk Taman Pinggiran Sungai Kelamah, Kamaruddin Idris, 63, menyifatkan banjir itu sebagai terburuk di Gemas dalam tempoh 50 tahun dengan air naik secara mendadak dalam masa hanya 10 minit pada pukul 4 pagi hingga menyebabkan penduduk tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang.
“Rumah ditenggelami air lebih paras bahu, kami hanya mampu melihat sahaja, habis semua barang tidak dapat diselamatkan. Kami dipindahkan oleh anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam awal pagi tadi menaiki bot ke PPS terdekat termasuk PPS SK Jelamah.
“Kejadian itu merupakan bencana terburuk sejak 1971. Memang tak sangka langsung, ingatkan lepas banjir di Jelebu baru-baru ini, di sini tak berlaku teruk sebegini, namun kami semua reda,” katanya yang berpindah ke PPS Sk Jelamah bersama empat ahli keluarganya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/banjir-di-jempol-gemas-terburuk-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penduduk Gemas Alami Tujuh Kali Banjir Sejak 16 Tahun Lepas

Penduduk Gemas Alami Tujuh Kali Banjir Sejak 16 Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 308 hits
BernamaPemandangan udara menunjukkan kawasan perumahan di Taman Pinggiran Sungai Kelamah Tampin ditenggelami banjir ekoran hujan lebat ketika tinjauan pada 1 Jan 2022 fotoBERNAMA TAMPIN Banjir kali ini adalah yang ketujuh sejak menetap di T...
Banjir Terburuk Di Segamat 2022

Banjir Terburuk Di Segamat 2022

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 289 hits
Dua hari lepas hari Khamis penduduk kampung dah mula balik rumah masing masing sebab air dah mula surut Tapi masih ada rumah yang ditenggalami air banjir Mana yang dah surut tu ada yang dah mula mengemas Keadaan rumah masing masing jangan c...
Jelebu Kawasan Paling Kering Alami Banjir Terburuk

Jelebu Kawasan Paling Kering Alami Banjir Terburuk

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 298 hits
BH ONLINE Begitu banyak kerosakan yang ditinggalkan oleh bencana banjir yang melanda Jelebu baru baru ini termasuk ada yang kehilangan tempat tinggal Foto BERNAMA SEREMBAN Bencana banjir yang melanda lapan negeri termasuk Negeri Sembilan pa...
Rata Rata Mangsa Banjir Tidak Sangka Terpaksa Harungi Banjir Sebanyak Dua Kali Tahun Ini

Rata Rata Mangsa Banjir Tidak Sangka Terpaksa Harungi Banjir Sebanyak Dua Kali Tahun Ini

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 367 hits
TEMERLOH Rata rata mangsa banjir di sini tidak menyangka mereka terpaksa mengharungi banjir sebanyak dua kali tahun ini Mangsa banjir di Taman Murni Ghazali Ishak 57 berkata dia terpaksa memindahkan barang dua kali berikutan paras air yang ...
Bocah 6 Tahun Di Sumba Timur Hilang Diseret Banjir

Bocah 6 Tahun Di Sumba Timur Hilang Diseret Banjir

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 367 hits
Laporan yang diterima dari warga bernama Rambu Amy tersebut langsung diteruskan ke Kasi Operasi dan Siaga Setelah dilakukan pengecekan ke Polsek Melolo Kantor Pencarian dan Pertolongan langsung bergerak membantu
Awas Banjir Malam Tahun Baharu Dijangka Melanda Pantai Timur

Awas Banjir Malam Tahun Baharu Dijangka Melanda Pantai Timur

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 344 hits
FAZLI RADZIMalam tahun baharu 2022 dijangka menyaksikan banjir serentak di empat negeri iaitu Kelantan Terengganu Pahang dan Johor Ramalan Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati bah akan berlaku bermula Jumaat dan Sabtu ini susulan amaran ...
Sha Dah Fail Cer4i 3 Tahun Berkahwin Shila Amzah Update Perkembangan Terkini Turut Terjejas Ak1bat Banjir

Sha Dah Fail Cer4i 3 Tahun Berkahwin Shila Amzah Update Perkembangan Terkini Turut Terjejas Ak1bat Banjir

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 385 hits
Penyanyi Shila Amzah 31 mended4hkan dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan suami Haris Idraki Elias sejak dua bulan lalu selepas lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga Shila berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram hari ini selain t...
Cerita Banjir Tahun 2022

Cerita Banjir Tahun 2022

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 414 hits
Assalammualaikum Dunia Alhamdulillah kita dah pun berada 3 hari di tahun 2022 Nie sungai on the eay nak pi Mahkota Parade kat Klebang Ni bawah jambatan Ada antara kita yang sedang gembira dan ada juga ada diantara kita yang sedang berduka k...
Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 658 hits
Oleh Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini GAMBAR Bernama JUMLAH mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang menca...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu