Akhbar Tertua Di Malaysia Malay Mail Akhirnya Menamatkan Penerbitan


KUALA LUMPUR, 23 Rabiulawal 1440H, Sabtu – Malay Mail, akhbar tertua di Malaysia yang telah wujud lebih lama daripada akhbar lain di negara ini, tetapi selepas 122 tahun, akhbar antara yang tertua di dunia, akhirnya mengalah dan mengeluarkan edisi surat khabarnya yang terakhir hari ini.



Akhbar yang terkenal dengan kewartawanan yang mantap dan pelbagai pendedahan eksklusifnya itu juga telah tiba ke hujung perjalanan yang panjang dan bersejarah apabila revolusi berlaku kepada industri media dengan perubahan teknologi yang berterusan.
Mulai esok, Malay Mail hanya akan boleh didapati secara dalam talian dengan Ketua Pengarangnya Datuk Wong Sai Wan dalam mesej perpisahannya kepada pembaca akhbar itu meminta semua pihak daripada pembaca dan juga pengiklan untuk bersama memulakan perjalanan barunya di mana mereka akan melakukan segalanya secara digital untuk memaklum, menghiburkan dan mempromosi dalam dunia digital global.
Industri akhbar di seluruh dunia kini menghadapi tempoh masa paling sukar dan masa hadaan yang tidak menentu dalam sejarahnya dan banyak yang telahpun menghentikan penerbitannya.
Sebagai contoh di Kanada, berpuluh-puluh akhbar tempatan telah menghentikan penerbitan mereka sejak beberapa tahun yang lalu.
Di Malaysia, Malay Mail sehingga kini telah menjadi mangsa terbesar manakala pengurangan kakitangan secara besar-besaran telah berlaku atau sedang dijalankan di beberapa akhbar utama.
Semalam, seramai 800 kakitangan Utusan Melayu Berhad, penerbit akhbar Melayu berpengaruh Utusan Malaysia, mengucapkan selamat tinggal kepada majikan mereka dalam satu majlis penuh emosi apabila mereka meninggalkan Utusan menerusi skim pemisahan sukarela (VSS).
Di media lain, perkara yang sama telah dilaksanakan di Media Prima, kumpulan media terbesar, dan Star Media Group yang mengurangkan sekurang-kurangnya 1,000 kakitangan, dengan lebih ramai lagi dijangkakan pada masa hadapan.
Apa yang berlaku kepada industri media cetak dengan mudah disimpulkan oleh Wong Sai Wan sendiri dengan kata-katanya: “Model perniagaan akhbar cetak adalah bermasalah kerana ia bergantung kepada pengiklanan untuk terus hidup, dan ledakan akses maklumat secara digital telah menyebabkan kita tidak lagi berfungsi sebagai pembekal berita”.
Dan katanya, akhbar yang dicetak tidak ada sebab untuk terus berada dalam pasaran, kecuali melayani warga emas yang tidak boleh membaca tanpa medium berbentuk fizikal untuk mereka pegang.
Dengan golongan pembaca tersebut yang semakin berkurangan dan akan pupus, begitu juga nasib akhbar.
Penerbit Malay Mail Datuk Siew Ka Wei memberitahu Bernama bahawa pengakhiran kepada akhbar itu merupakan hari yang paling menyedihkan untuknya.
“Saya suka Mail Melayu terutamanya halaman hadapannya, kerana kami menceritakan berita yang baik dan buruk juga yang berlaku di sekeliling kita. Kami tidak mempunyai pilihan. Tetapi saya percaya ‘nama’ itu akan kekal kukuh kerana kami mempunyai pasukan yang sangat baik untuk mengembangkannya secara digital. Surat khabar mempunyai masa depan yang sangat terhad dalam jangka masa yang masih ada,” kata Siew, seorang ahli perniagaan terkemuka yang mengambil alih akhbar tersebut sembilan tahun yang lalu.
Pengakhiran penerbitan surat khabar Malay Mail ini turut dikongsi Datuk Ahiruddin Atan, yang lebih dikenali sebagai Rocky, salah seorang perintis blogger negara yang mana blog ‘RockyBru’ merupakan antara yang paling meluas di baca.
Ahiruddin sendiri mencatatkan sejarahnya sendiri kerana pernah menjadi Editor Malay Mail bukan sekali, tetapi dua kali.
“Tentunya, saya sedih kerana Malay Mail tidak akan di cetak lagi. Secara peribadinya saya percaya mereka perlu meneruskan versi cetak kerana namanya masih lagi kukuh dan produk yang bagus dan tentunya mereka tidak akan menggunakan namanya jika ianya tidak terkenal dan berdaya maju?,” tambahnya.
Bekas Pengerusi Media Prima Berhad Tan Sri Johan Jaafar mengambarkan sebagai satu ironi masa hadapan yang gelap untuk surat khabar dan industri berkaitan dengan pemberhentian beramai-ramai sedangkan “kita hidup dalam era maklumat”.
“Industri media secara keseluruhan perlu merombak dirinya dan model perniagaannya perlu difikirkan semula,” kata Johan, bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, sambil menambah sejarah kegemilangan surat khabar mungkin akan berakhir.
Sebagai seorang yang telah menjadi wartawan selama 47 tahun, cetakan terakhir Malay Mail ini tentunya sesuatu yang menyedihkan dan untuk 24 jam yang lepas saya telah meminta rakan-rakan dan kumpulan Whatsapp untuk menyimpan salinan terakhir ini.
Saya tidak pernah membeli dua salinan edisi hari yang sama tetapi saya telah memberitahu vendor berita saya untuk menempah 50 salinan dan 50 salinan lagi dari seorang rakan di Malay Mail untuk generasi akan datang.
Selamat tinggal Malay Mail! – Bernama
Zaman telah berubah, masyarakat sudah tidak mahu menunggu esok untuk membaca berita... ya hakikat yang pahit dunia penerbitan..
Rindu Majalah Ujang... 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2018/12/akhbar-tertua-di-malaysia-mail-akhirnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhbar Tertua Malaysia Malay Mail Menutup Tirai Edisi Selepas Pencapaian Gemilang 122 Tahun

Akhbar Tertua Malaysia Malay Mail Menutup Tirai Edisi Selepas Pencapaian Gemilang 122 Tahun

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 349 hits
KUALA LUMPUR Malay Mail akhbar tertua di Malaysia juga antara yang tertua di dunia yang berusia 122 tahun akhirnya mengalah dan mengeluarkan edisi surat khabar yang terakhir pada 1 Disember 2018 Akhbar yang terkenal dengan etika kewartawana...
Malay Mail Mengakhiri Siaran Akhbar Secara Cetak Pada Hari Ini Serta Beralih Ke Akhbar Digital 8770

Malay Mail Mengakhiri Siaran Akhbar Secara Cetak Pada Hari Ini Serta Beralih Ke Akhbar Digital 8770

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 259 hits
Readers bid poignant farewell to Malay Mail newspaper look to digital futurePublished 51 minutes ago on 01 December 2018By Yusof Mat IsaSegar says he remembers Malay Mail fondly in its previous format as an afternoon paper Picture by Yusof ...
Goodbye Malay Mail Our Oldest Newspaper

Goodbye Malay Mail Our Oldest Newspaper

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 196 hits
KUALA LUMPUR It has outlived just about every living thing in Malaysia but after 122 years Malay Mail our oldest newspaper and certainly among the world 8217 s oldest too finally calls it a day with its very last edition today But the paper...
Malay Mail Terbit Cetakan Terakhir Semalam Selepas 122 Tahun Beroperasi

Malay Mail Terbit Cetakan Terakhir Semalam Selepas 122 Tahun Beroperasi

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 274 hits
Hari ini genap 122 tahun usia akhbar Malay Mail beroperasi sebagai salah satu akhbar tertua di Malaysia Semalam merupakan cetakan akhbar fizikal terakhir dikeluarkan oleh syarikat tersebut Cetakan pertama kali telah diterbitkan pada 1 Disem...
Malay Mail Henti Pengeluaran Surat Khabar

Malay Mail Henti Pengeluaran Surat Khabar

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 262 hits
KUALA LUMPUR nbsp Malay Mail akhbar tertua di Malaysia yang telah wujud lebih lama daripada akhbar lain di negara ini tetapi selepas 122 tahun akhbar antara yang tertua di dunia akhirnya mengalah dan mengeluarkan edisi surat khabarnya yang ...
Edi Rejang Akhirnya Memohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia Dan Promoter Perempuan Tersebut Selepas Dibuang Kerja

Edi Rejang Akhirnya Memohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia Dan Promoter Perempuan Tersebut Selepas Dibuang Kerja

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 846 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya yang dikenali sebagai Edi Rejang ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada promoter perempuan tersebut Saya akui kesalahan saya dan amat menyesal atas ...
Jelajah Sambutan 135 Tahun Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Jelajah Sambutan 135 Tahun Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 1018 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Hujung minggu lepas Maha telah pergi ke negeri Perak bagi meraikan sambutan 135 tahun Muzium Perak Maha nak kongsikan pengalaman perjalanan kat san...
Apple Ipad Pro Dengan Sambungan Usb C Kini Boleh Didapati Di Malaysia Harga Bermula Rm3499

Apple Ipad Pro Dengan Sambungan Usb C Kini Boleh Didapati Di Malaysia Harga Bermula Rm3499

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 337 hits
Apple Malaysia kini telah mula menawarkan iPad Pro generasi baru untuk pengguna tempatan sekaligus membolehkan pengguna tempatan mendapatkan iPad Pro 11 inci dan 12 9 inci dengan rekaan baru Apple iPad Pro baru ini hadir dengan rekaan bingk...
10 Bayi Selebriti Malaysia Yang Paling Popular 2018

10 Bayi Selebriti Malaysia Yang Paling Popular 2018

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 595 hits
Tidak lama lagi tahun 2018 bakal melabuhkan tirainya Pada tahun ini begitu ramai selebriti yang menerima khabar gembira kerana menyambut kelahiran orang baru dalam keluarga mereka Ada yang pertama kali bergelar ibubapa dan tidak kurang juga...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran