Jelajah Agro Tourism Di Sabak Bernam



Sabak Bernam merupakan salah sebuah daerah di negeri Selangor yang terkenal dengan persekitaran semula jadi yang indah dan kaya dengan warisan pertanian atau agro pelancongan. Ia amenjadi sebuah destinasi popular untuk pelancong domestik kita yang ingin merasai budaya dan keindahan tempatan di Negeri Selangor. Jika korang ada merancang perjalanan ke daerah ini, panduan perjalanan ini akan menawarkan korang gabungan tarikan budaya dan alam semula jadi di sini, serta peluang untuk berehat di penginapan unik dan menikmati masakan tempatan

TARIKAN DAN AKTIVITI PELANCONGAN

Sabak Bernam mempunyai pelbagai lokasi menarik untuk diterokai, daripada sawah padi yang indah kepada aktiviti outdoor dan pengalaman budaya. Ia adalah destinasi yang sempurna untuk korang yang mencari pengembaraan di luar

Galeri Padi Sekinchan
Kunjungi Galeri Padi Sekinchan dan pelajari tentang sejarah dan budaya pertanian padi di bandar ini. Bagi meraikan warisan pertanian yang kaya di sini, galeri ini menampilkan pameran tentang proses pertanian padi serta paparan interaktif untuk dinikmati pengunjung. Pengunjung juga boleh mempelajari tentang pelbagai jenis beras padi, dan melihat peralatan tanaman padi tradisional. Galeri ini juga mempunyai pemandangan sawah padi yang indah untuk mengambil gambar. Di penghujung lawatan, pengunjung boleh membeli beras dan snek tempatan di kedai mereka. Para pengunjung juga wajib mencuba cendol beras perang mereka yang menyegarkan

Ah Ma House

Ah Ma House, juga dikenali sebagai "rumah nenek" ialah kedai yang terletak di pinggir Sekinchan yang menawarkan suasana yang unik dan nostalgik untuk pengunjung. Kedai ini dihiasi sepenuhnya dengan perabot serta peralatan vintaj dan tradisional yang merupakan artifak sebenar sejak tahun 50-an. Kedai ini menawarkan kuih kapit asli bersama dengan kuih tradisional Malaysia yang lain, biskut dan pencuci mulut. Ah Ma House menghasilkan produk-produk mereka di kedai tersebut setiap hari bagi memastikan kualitinya terjaga

Kelip-Kelip Sungai Panjang, Sungai Besar

Pusat Konservasi Kelip-kelip Sungai Panjang adalah antara lokasi yang wajib diterokai bagi mereka yang ingin menikmati keajaiban alam semula jadi. Kuantiti mereka yang banyak di kawasan itu menjadikan Sungai Panjang sebagai salah satu kawasan perlindungan utama kelip-kelip di Selangor dan pengunjung dapat menyusuri sungai dengan menggunakan bot untuk menyaksikan kerlipan cahaya. Dibuka dari jam 8 malam hingga 10 malam setiap hari, tempat perlindungan ini merupakan pengalaman unik dan ajaib untuk pengunjung dari semua peringkat umur

GASTRONOMI
Sabak Bernam menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa untuk dicuba selepas seharian bersiar-siar, termasuk juadah tradisional. Untuk mengisi perut anda selepas hari yang panjang, menikmati pelbagai makanan yang terdapat di Sabak Bernam seperti Hay! Cafe, Restoran Lembah Bernam dan Dapo Puteh ialah cara yang sempurna untuk mengakhiri hari korang

Restoran Nam Tai, Sungai Besar
Terletak di Sungai Besar, Restoran Nam Tai adalah kopitiam lagenda yang telah beroperasi selama beberapa dekad. Restoran ini menyajikan sarapan pagi yang ringkas tetapi lazat sepanjang hari yang terdiri daripada kopi, roti goreng dengan kaya dan makanan kegemaran tempatan, Nasi Lemak. Dengan estetik kopitiam Malaysia di zaman 50-an, tempat ini perlu dikunjungi

Warung Pisang Goreng Tebuk Pulai, Sungai Besar
Singgah ke warung ini untuk menikmati kuih-muih tempatan sebelum anda meneruskan lawatan ke Sabak Bernam. Warung ini menyajikan pelbagai kuih tradisional dan snek untuk anda merasai pengalaman budaya tempatan. Antara makanan terkenal yang dijual termasuk pisang goreng, kuih kemboja, dan hidangan istimewa Jawa, punten nasi sambal bilis

Yu Yu Ice, Pekan Sabak Bernam
Jangan lupa singgah ke Yu Yu Ice untuk menghilangkan dahaga dengan menikmati pilihan ais kisar halus dengan pelbagai perisa! Terletak di Pekan Sabak Bernam, gerai ini telah beroperasi lebih sedekad dan anda boleh memilih perisa seperti nenas, asam boi, jagung dan kacang merah untuk menyejukkan badan pada hari yang panas

PENGINAPAN
Manfaatkan sepenuhnya perjalanan dua hari korang ke Sabak Bernam dengan pelbagai pilihan penginapan unik termasuklah Farm Ville Cafe & Homestay yang sesuai dengan bajet yang berbeza. Pilihan ini terletak berhampiran dengan tarikan popular, membolehkan korang mencari tempat yang ideal untuk menginap dan berehat dengan mudah semasa perjalanan korang

The Triangle Farm Cottage House
The Triangle Farm Cottage House ialah homestay unik yang terletak di tengah-tengah sawah padi di Sekinchan. Ia menawarkan penginapan satu malam yang berpatutan dan sesuai untuk seisi keluarga, kerana ia mempunyai kemudahan seperti kolam renang, karaoke dan bilik permainan serta korang juga boleh menyewa basikal untuk menerokai sawah padi di sekitarnya

Villa Chee Sekinchan
Villa Chee Sekinchan ialah sebuah resort terpencil yang terletak di tengah-tengah sawah padi yang indah. Resort ini menawarkan pelbagai pilihan bilik berhawa dingin untuk menampung saiz sekumpulan pengunjung dengan bajet yang berbeza. Para tetamu juga boleh menggunakan kemudahan resort, seperti kolam renang, jungle gym, dan restoran di lokasi ini iaitu Seafood D'Bendang yang menyajikan makanan laut segar. Dengan persekitaran yang sesuai untuk Instagram, Villa Chee Sekinchan ialah destinasi yang ideal untuk percutian anda

Nazbell Cottage, Sungai Besar
Nazbell Cottage adalah homestay yang terletak di Sungai Besar. Homestay ini menawarkan pengalaman tempatan yang unik dimana korang boleh menikmati masakan tradisional, menaiki ATV dan berbasikal melalui sawah padi. Selain itu, Sungai Panjang Agro Tourism juga menawarkan pakej bagi tetamu berpeluang untuk menyertai aktiviti pertanian, seperti memetik sayur-sayuran di ladang, dan melawat perniagaan kecil untuk melihat proses pembuatan produk

Apabila korang merancang lawatan ke Sabak Bernam, pastikan korang memasukkan lokasi ini dalam jadual perjalanan korang untuk merasai sepenuhnya agropelancongan dan budaya tempatan yang terdapat di daerah ini! Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan dan lawatan ke negeri Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran YouTube Tourism Selangor. #PusingSelangorDulu



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mawardiyunus.com/2023/01/jelajah-agro-tourism-di-sabak-bernam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Recommended Natural Tourism In Langkawi Suitable For Family Vacations

6 Recommended Natural Tourism In Langkawi Suitable For Family Vacations

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 211 hits
6 Recommended Natural Tourism in Langkawi Suitable for Family Vacations Langkawi is one of the most famous islands in Malaysia Because it presents a variety of complete natural beauty Starting from mountains beaches lakes to forests Various...
Sell Culturally Diverse Image To Boost Tourism Govt Urged

Sell Culturally Diverse Image To Boost Tourism Govt Urged

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 102 hits
The tourism industry has been struggling to reach its pre pandemic arrival figures since Malaysia reopened its borders last April PETALING JAYA Malaysia must play up its image as a culturally diverse and tolerant country to better draw tour...
Memperkasa Pelancongan Agro Di Negeri Selangor Melalui Aktiviti Berkonsepkan Pelancongan Berasaskan Komuniti

Memperkasa Pelancongan Agro Di Negeri Selangor Melalui Aktiviti Berkonsepkan Pelancongan Berasaskan Komuniti

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 111 hits
Pelancongan agro dan pelancongan berasaskan komuniti merupakan antara fokus utama negeri Selangor bagi memperkasakan industri pelancongan untuk tahun 2023 Melalui amanat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor Dato Seri Amirudin Shari ke...
Jelajah Amal Solidariti Untuk Iskandar Spring

Jelajah Amal Solidariti Untuk Iskandar Spring

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 135 hits
JELAJAH AMAL SOLIDARITI UNTUK ISKANDAR SPRING Assalammualaikum semua Persatuan Karyawan Malaysia telah menyahut idea busking para rakan selebriti untuk membantu menambah sumbangan buat pemain gitar dan ketua kumpulan Spring iaitu Encik Iska...
3 Hari 2 Malam Trip Jelajah Warisan Minang Di Beranang Selangor

3 Hari 2 Malam Trip Jelajah Warisan Minang Di Beranang Selangor

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 365 hits
Masyarakat Minang terkenal dengan budaya merantau dan salah satu wilayah yang menjadi daerah rantaunya adalah Negeri Sembilan yang ada di Malaysia Namun ramai yang tidak tahu masyarakat Minang sebenarnya wujud di Negeri Selangor juga Sempen...
8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional