Jelajah Amal Solidariti Untuk Iskandar Spring


JELAJAH AMAL SOLIDARITI UNTUK ISKANDAR SPRING | Assalammualaikum semua! Persatuan Karyawan Malaysia telah menyahut idea busking para rakan selebriti untuk membantu menambah sumbangan buat pemain gitar dan ketua kumpulan Spring iaitu Encik Iskandar. Inisiatif ini adalah cara yang terbaik dalam membalas jasa sumbangan-sumbangan yang diberikan dengan mengadakan Live Busking. 
Lokasi pilihan pertama adalah di Jalan TAR, Kuala Lumpur yang sinonim dengan lokasi tumpuan pengunjung dan pelancong. Jom meriahkan lagi acara ini sambil mendengar muzik, menonton penyanyi kegemaran menyanyi lagu-lagu nostalgia dan di samping itu, kita menderma kepada insan yang memerlukan. RM 1 dari anda amat bermakna. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada anda yang memberi sumbangan. Jumpa anda Ahad ini okay?

JELAJAH AMAL SOLIDARITI UNTUK ISKANDAR SPRING

Jelajah Amal Solidariti Untuk Iskandar SpringTarikh: 29 Januari 2023Hari: AhadMasa: 2:30PM - 6:3PMLokasi: Santai Seni @ TAR, Jalan Tuanku Abdul Rahman (berhadapan Kamdar)

“Setelah memikirkan beberapa kaedah bagi membantu masalah yang dihadapi oleh saudara Iskandar, kami memutuskan untuk menganjurkan program jelajah ke seluruh Negara dan mengadakan persembahan dalam bentuk “busking” bagi mengutipndana untuk membiayai derita yang ditanggung oleh saudara Iskandar yang sudah setahun terlantar” ujar Dato Freddie Fernandez, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) semasa sesi sidang media jelajah amal Solidariti Untuk Iskandar Spring.  
Iskandar atau nama sebenarnya Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail yang merupakan pemain gitar adalah diantara pengasas dan juga ketua kumpulan Spring kini dalam keadaan lumpuh serta turut menderita pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, kesukaran bertutur dan menjalani dialisis akibat komplikasi buah pinggang


Menyedari keadaan beliau yang kini hilang daya upaya kerja dan tiada sumber mata pencarian, dua sahabat baik beliau iaitu Ameng Spring dan Umarul Iklim telah mengusulkan masalah ini kepada Persatuan KARYAWAN Malaysia dan merangka jelajah amal ini ke seluruh Negara


Memandangkan keperluan biaya beliau agak besar iaitu sekitar RM 40,000 bagi menampung kos perubatan dan perbelanjaan sepanjang tahun ( Purata kos bulanan ialah RM 3,000 ) kami mendapati modul persembahan ringkas ini adalah jalan paling ekonomi dari segi modal penganjurannya dan Insyaallah boleh mencapai matlamatnya. 
Kini kita telah menyusun 3 lokasi utama iaitu di lokasi Santai Seni@ TAR (Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur), Padang Kota, Pulau Pinang dan Terengganu Drawbridge, Kuala Terengganu serta bakal diteruskan dibeberapa lokasi lain seperti Ipoh, Kota Bharu dan lain-lain pada tarikh yang bakal ditentukan kelak


Sebagai permulaan KARYAWAN dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah merangka sebaik mungkin siri pertama jelajah ini di lokasi Jalan Tunku Abdul Rahman bersempena dengan program mingguan Santai Seni@TAR (Berhadapan KAMDAR) pada tarikh 29 Januari 2023 (Ahad) bermula jam 2.30 sehingga 6.30 petang. 
Siri pertama ini turut menampilkan barisan penghibur terkenal dan berprestij iaitu Ameng Spring, Umarul Iklim, Syafiq Farhain, Alim Kris, Maman Teachers Pet, Bob Sentuhan, Mus Kemala, Belle Fattah, Iss Arffan, Black Maria, Islah & The People dan Radhi Khalid selaku pengacara. 

Mekanisme kutipan sumbangan ialah melalui jualan amal beberapa produk seni, CD agama, tabung potter , QR Code dan juga secara dalam talian dimana sepanjang persembahan ini diadakan ianya turut disiarkan secara live


Sekarang, tabung Solidariti ini telah menerima sumbangan dari Qew Communications Sdn Bhd dan Meta Music Xtreme (Label Muzik Maman Teachers Pet) dan jumlah sebanyak RM 4,000. Turut hadir di majlis sidang media ini ialah beberapa rakan strategik yang merupakan penganjur dilokasi seterusnya iaitu:
Pulau Pinang

• Ybrs Mohd Faruk B. Abdul Rahman (Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang) • Tuan Isma Azad (Panca Abadi Automobil ) • Wakil Sis Lawa.Co Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia 

Terengganu 
Encik Aizad Azman Pengerusi Persatuan Sahabat penghibur jalanan Malaysia 

Encik Mohd Fazli A. Rahman Setiausaha Agung Terengganu Buskers Associations. 
Wakil dari MAP Music, Green Dome, Meta Music Xtreme, Mummylova

Dengan demikian, kami mengajak khalayak ramai untuk turut menjayakan setiap persembahan yang akan diadakan oleh barisan artis dan pemuzik berprestij tanahair dengan menyumbang seikhlas hati sebagai solidariti membantu saudara Iskandar


Anda juga boleh menyumbang terus ke tabung melalui butiran berikut:
Nombor Akaun : 3108024130Nama Bank: Public BankNama Akaun: Persatuan Karyawan Malaysia 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/01/jelajah-amal-solidariti-untuk-iskandar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tiada Legitimasi Moral Tuduh Pas Amal Politik Wang Rasuah

Umno Tiada Legitimasi Moral Tuduh Pas Amal Politik Wang Rasuah

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 267 hits
agendaily com23 01 2023Ketua Penerangan PAS Pusat Khairil Nizam Khirudin UMNO tidak mempunyai legitimasi moral untuk menuduh PAS mengamalkan politik wang atau rasuah kata Ketua Penerangan PAS Pusat Khairil Nizam Khirudin Beliau menegaskan P...
Zikir La Hawla Wala Quwwata Illa Billah Penarik Rezeki Amal Untuk Diri Ahli Keluarga

Zikir La Hawla Wala Quwwata Illa Billah Penarik Rezeki Amal Untuk Diri Ahli Keluarga

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 206 hits
Kenapa orang lain boleh je menyimpan boleh pergi bercuti pendek kata rezeki mereka tak pernah putus Pernah tak kalau kita ada lebih pun mesti ada saja perkara yang berlaku yang memerlukan untuk mengeluarkan duit Nak menyimpan setiap bulan m...
Indonesian Rights Body Condemns Migrant Workers Raid In Nilai Spring

Indonesian Rights Body Condemns Migrant Workers Raid In Nilai Spring

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 216 hits
Indonesia s National Commission on Human Rights has condemned the raid at the migrant settlement in Nilai Spring Negeri Sembilan that occurred in the early hours of Feb 1 where 67 undocumented migrants were detained They reprimanded the Mal...
Pmx Sedekah Amal Jariah Okey Tapi Sedekah Untuk Undi Itu Korupsi

Pmx Sedekah Amal Jariah Okey Tapi Sedekah Untuk Undi Itu Korupsi

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 172 hits
MalaysiakiniMalaysia berpotensi untuk diangkat sebagai sebuah negara maju di rantau ini dengan syarat amalan merompak kekayaan negara melalui gejala rasuah dihentikan sama sekali kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana menteri berkata pimpina...
Pas Sudah Lama Amal Sedekah

Pas Sudah Lama Amal Sedekah

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 196 hits
agendaily com24 01 2023Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria PAS Perak menyifatkan kenyataan UMNO yang menyamakan budaya sedekah dengan amalan rasuah sebagai kecelaruan yang boleh membahayakan negara Pesuruhjayanya Razman Zakaria berkata ini...
Jelajah Agro Tourism Di Sabak Bernam

Jelajah Agro Tourism Di Sabak Bernam

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 212 hits
Sabak Bernam merupakan salah sebuah daerah di negeri Selangor yang terkenal dengan persekitaran semula jadi yang indah dan kaya dengan warisan pertanian atau agro pelancongan Ia amenjadi sebuah destinasi popular untuk pelancong domestik kit...
Bank Konvensional Pula Yang Amal Kaedah Islam Utusan Malaysia 04 02 2023

Bank Konvensional Pula Yang Amal Kaedah Islam Utusan Malaysia 04 02 2023

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 424 hits
SAUDARA PENGARANG SAYA ingin mengulas pendedahan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan bertajuk Kewangan Islam ada unsur menindas dalam Utusan Malaysia pada 30 Januari lalu Menurut beliau produk sistem kewangan ...
3 Hari 2 Malam Trip Jelajah Warisan Minang Di Beranang Selangor

3 Hari 2 Malam Trip Jelajah Warisan Minang Di Beranang Selangor

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 514 hits
Masyarakat Minang terkenal dengan budaya merantau dan salah satu wilayah yang menjadi daerah rantaunya adalah Negeri Sembilan yang ada di Malaysia Namun ramai yang tidak tahu masyarakat Minang sebenarnya wujud di Negeri Selangor juga Sempen...
Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing

Hanya Gambar Berbicara

Muhyiddin What Are Guarantees For Malaysia In Ambalat Deal

Tinggi Potassium Dalam Air Kencing

Unmasking Paedophiles When Silence And Secrecy Becomes The Greatest Crime

Sambal Tumis Udang Dan Bab Perkahwinan

Workers At Glove Mould Producer Back At Work After Successful Talks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Memperkukuh Pengetahuan Stem Di Kalangan Murid Dalam Suasana Yang Menyeronokkan

Kekuatan Branding Bermula Dari Packaging Yang Profesional

Polypipe Solutions For Efficient Fluid Handling In Modern Systems

Pencuci Mulut

Woi Kau Bun H Saya Punya Adik Suasana Tegang Di Mahkamah Ahli Keluarga Mangsa Cuba Hampiri Suspek

13 Jam Yang Mendebarkan Hta Cipta Sejarah Lepas Berjaya Pisahkan Bayi Kembar Siam