Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan



Berkunjung ke mana-mana negara pastinya kita tidak lepas dari mencuba masakan-masakan tradisi dan masakan-masakan istimewa sesebuah negara itu. Yogyakarta, Indonesia terkenal dengan menu Nasi Gudeg, Nasi Kucing dan Sate Klathak .Namun begitu terdapat juga restoran atau rumah makan yang menawarkan makanan lain yang menarik untuk di cuba. Restoran Yang Cik iena maksudkan adalah Jejamuran.





Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Hari pertama Cik iena menjejakkan kaki di Jogja, Cik iena singgah makan tengah hari di Jejamuran.
Jejamuran merupakan Restoran yang terkenal di Yogyakarta. Ianya juga merupakan salah satu tarikan pelancong di Jogja. Jejamuran menawarkan aneka masakan menu tradisional berasaskan Jamur iaitu cendawan dengan aneka bumbu. Jejamuran terletak di Niron, Pandowowahrjo, Sleman, Yogyakarta.





Kali pertama menjejakkan kaki ke dalam restoran ini,Cik iena tercari-cari dimanakah ruang makan restoran ini.Pada bahagian pintu utama restoran ini, satu sudut utama yang mempamerkan lebih 15 jenis cendawan segar berbeza spesies. Cendawan di susun atur menarik dengan blok cendawan digantung dan disusun rapi membolehkan sudut itu dijadikan ruang khas untuk bergambar bagi pengunjung yang datang.

Lebih menarik adalah apabila spesies cendawan yang dipamer terdiri daripada pelbagai warna menghidupkan suasana seperti di kebun cendawan. Ada warna hitam, putih, kuning bahkan jenis tiram bewarna merah jambu paling dilihat istimewa.

Selepas melepasi sudut pameran,  barulah Cik iena nampak ruang belakang restoran yang luas dikhaskan untuk pelanggan menjamu selera. Ruang makan di sini sangat luas dan kelihatan sangat ramai pelanggan masuk ke dalam restoran tersebut.


Keadaaan di sini sangat selesa dan tenang walaupun pelanggan yang datang tidak putus-putus bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Selain dari ruang makan, di satu sudut lain, restoran ini lengkap dengan fasiliti lain seperti  ruang main kanak-kanak, tandas , ruang solat dan spa ikan.
 Di sini anda boleh merendamkan kaki anda di dalam kolam spa ikan untuk membuang toksik-toksik dalam badan.



Blogger in Action :)


Belum habis Cik iena rasa teruja melihat hiasan dalam restoran, Cik iena dihidangkan dengan beberapa menu popular di situ yang kesemuanya dimasak menggunakan jenis cendawan berbeza. Memandangkan ini merupakan FAM trip oleh Tourism Indonesia jadi pastinya menu-menu adalah yang  dicadangkan oleh pihak meraka.Cik iena dan rakan-rakan tidak perlu pening kepala untuk memilih menu yang hendak dicuba. Kesemua menu yang dipesan memang sangat sedap dan sesuai di sajikan buat pelancong khususnya bagi memperkenalkan kulinari di Jogja.

Khusyuk betul ya Cik iena ambil gambar makanan :)


Antara menu yang Cik iena dan rakan-rakan cuba adalah
Jamur Sweet and sour, Tumis kankung jamur, Goreng tepung merang, Tumis jamur, KaredokPaket, tahu dan tempe, Tongseng Jamur, Ayam Bakar, Satay Jamur dan Sup Jamur







Tumis kankung jamur

Masakan Tumis kankung jamur ini kelihatan biasa namun ianya tetap istimewa. Gabungan sayur kankung dan juga cendawan butang yang sedap. Belum pernah lagi Cik iena masak cendawan bersama kankung. Lepasni boleh lah cuba kerana kombinasi keduanya menghasilkan rasa yang enak untuk dimakan.
Tumis kankung jamur
Goreng tepung merang
Masakan Goreng tepung merang ini juga unik dan sedap. Sesuai dimakan dengan nasi panas dan juga sesau dimakan begitu sahaja seperti snek. Cendawan merang atau di Malaysia di panggil Cendawan Jerami padi yang juga lebih dikenali dengan nama Straw Mushroom di salut dengan tepung istimewa resepi jejamuran dan di goreng . Kebiasaannya di Malaysia kita menggunakan cendawan tiram. Berbeza di Jejamuran mereka menggunakan Cendawan Jerami Padi.

Goreng tepung merang

Tumis jamur
Tumis jamur disini juga enak rasanya. Anda boleh memesan jamur pilihan anda untuk di tumis.Antara menu wajib anda cuba di sini.
Tumis jamur
Karedok
Menu istimewa Karedok, campuran lima sayuran mentah termasuk kobis, kacang panjang, timun dan tauge disiram dengan kuah kacang  . Rasa yang unik dan lazat. Anda harus mencuba menu ini jika ke Jejamuran :)
Karedok
Paket tahu dan tempe
Paket tahu dan tempe menu simple namun sedap digandingkan bumbu yang enak. Sambal bumbu yang disediakan walaupun pedas tapi sangat lazat dan bakal membuatkan anda makan bertambah nasi.
Paket tahu dan tempe


Tongseng Jamur
Tongseng Jamur antara menu istimewa disini juga dan anda patut cuba.  Jika di Malaysia tongseng ini dipanggil Kari. Namun kari atau tongseng di Jogja adalah berbeza dengan di Malaysia. Jika di Malaysia ianya lebih pekat dengan rasa rempah ratus berbeza disini kurang rasa rempah ratus dan ianya agak manis.

Tongseng Jamur
Ayam Bakar
Menu yang bakal buat anda rasa ingin datang lagi disini. Ayam Bakar disini sedap, ayamnya terasa di marinated dan ianya lembut. Bubmu nya juga enak namun agak pedas buat Cik iena. walaupun pedas ianya sangat sedap membuatkan Cik iena lupa akan kepedasannya dan terus mamakannya walaupun Cik iena berpeluh kepedasan :)

Ayam Bakar
Satay Jamur
Satay Jamur antara menu paling Cik iena gemari dan Cik iena sangat mencadangkan anda untuk mencubanya kerana rasanya yang unik dan sangat enak. Tak seperti rasa cendawan. Rasa macam daging pun ada. Ianya menggunakan dua jenis cendawan iaitu cendawan tiram dan cendawan butang yang di marinated bersama rempah dan di padat-padatkan sehingga menyerupai daging. Pada awalnya Cik iena ingat kan daging. Cik iena sangat terkejut bila diberitahu ianya adalah cendawan. Anda wajib cua menu satay cendawan yang pasti membuat anda rasa ingin datang kesini kembali :)

Satay Jamur
Sup Jamur
Sup Jamur menu biasa yang kita boleh dapati namun cara masaknya bagus kerana sayurannyatidak terlalu lembik. Adakalanya sup sayur yang dimasak , sayurnya lembik. Berbeza disini ianya rangup dan enak di makan.
Sup Jamur




Yang ini Cik iena lupa nama masakannya :) Dan rasanya Cik iena agak ianya sedap. Cik iena tak sempat makan kerana portionnya agak sedikit dan cik iena terlewat untuk ambil jadi mungkin kerana ianya sedap. ianya habis. Kesimpulannya dapat Cik iena katakan mungkin ianya sedap :)




Berikut Cik iena kongsikan vlog cik iena di Rumah Makan Jejamuran.




Menarik bukan makanan disini? Jadi, sekiranya anda ke Jogja, ini merupakan Restoran yang wajib anda kunjungi. Cik iena amat mencadangkan restoran ini untuk anda cuba masakannya kerana masakannya enak-enak belaka. Anda pasti jatuh hati dengan masakan disini.


Untuk pengetahuan anda,istimewanya lagi rumah makan ini adalah kesemua cendawan yang dimasak disini mahupun sayuran yang digunakan dalam masakan di rumah makan ini diambil dari kebun mereka sendiri. Untuk memenuhi permintaan pelanggan mereka telah membuka kebun sendiri untuk menanam cendawan terutamanya disamping sayuran lain seperti tomato, kankung , cili dan sayuran lain.
Nanti Cik iena akan kongsikan juga video kebun cendawan mereka yang cik iena lawati selepas menikmati masakan enak di Rumah Makan JEjamuran.


Menu Rumah Makan Jejamuran










Waktu Operasi Rumah Makan Jejamuran
Sabtu    9am–9pm
Ahad 9am–9pm
Isnin    9am–9pm
Selasa    9am–9pm
Rabu    9am–9pm
Khamis    9am–9pm
Jumaat    9am–9pm


Alamat : Jl. Pendowoharjo No.RT.01, RW.20, Niron, Pandowoharjo, Kec. Sleman, Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta 55512, Indonesia





FAM TRIP PASAR MALAYSIA KE BOROBODUR

#jogjaistimewa #jogjaculinary #ftmyborobudur #wonderfulborobudur #wonderfulindonesia
#ienaeliena #malaysianblogger #bloggermalaysia #bloggermy #lifestyleblogger #foodblogger #foodie #foodporn #ienaelienatravel #ienaelienajogja

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ienaeliena.com/2019/12/jejamuran-jogja-indonesia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Sokong Restoran Master Mah Pelbagai Menu Cina Muslim Ada Disini Siap Ada Diskaun Untuk Ahli

Jom Sokong Restoran Master Mah Pelbagai Menu Cina Muslim Ada Disini Siap Ada Diskaun Untuk Ahli

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 1353 hits
Restoran Master Mah menyediakan masakan Cina Muslim lanzhou yang lazat seperti Mi Goreng Kering Daging Sejuk Minyak Wijen Bao Bao Teh Mee daging Nasi Goreng Lanzhou dan mempunyai pensijilan halal Jakim Restoran Master Mah juga menyediakan g...
Bingka Talam 2 Menu Kuih Olahan Ubi Kayu Digemari Ramai

Bingka Talam 2 Menu Kuih Olahan Ubi Kayu Digemari Ramai

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 915 hits
Ubi kayu sejenis ubi yang sinonim dengan masyarakat Melayu kerana dari ubi kayu terhasilnya pelbagai jenis makanan yang ternyata sedap olahannya terutama kuih muih tradisional yang diperbuat dari ubi kayu Antara yang disukai ramai hingga se...
3 Menu Ini Sangat Sesuai Kalau Korang Nak Buat Kenduri

3 Menu Ini Sangat Sesuai Kalau Korang Nak Buat Kenduri

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 546 hits
Hari ni korang nak jamu tetamu makan tengahari atau malam tapi tak tau menu apa nak masak Ini RASA kongsikan tiga menu lauk ala kampung yang sedap dan gerenti dapat pujian tetamu punya Sesekali menjamu tetamu di hujung minggu apa salahnya M...
Menu Sihat Siakap Grill

Menu Sihat Siakap Grill

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 425 hits
Assalamualaikum ALANGKAH bahagianya tengah lapar lapar apabila dihulurkan Siakap Grill oleh Pengajar Kursus Masakan di kolej Sk Ami Dapatlah suap seorang sedikit jamah jamah orang kata Boleh tahan juga sedap isi siakap bila digrill Resipi S...
Menu Udang Sotong Yang Sedap 10 Minit Siap

Menu Udang Sotong Yang Sedap 10 Minit Siap

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 879 hits
Penggemara udang dan sotong korang wajib cuba dua menu yang senang gila nak masak ni Tak pandai masak pun asal ikut resipi yang dikongsikan gerenti jadi Tak banyak guna bahan dan tak perlu ambil masa lama memasaknya lagi pun seafood memang ...
Grilled Steak Sirloin Menu Istimewa Dato Alif Syukri Buat Bonda Rozita

Grilled Steak Sirloin Menu Istimewa Dato Alif Syukri Buat Bonda Rozita

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 332 hits
Seronok betul tengok dua beranak popular Dato Alif Syukri bersama bondanya Rozita Ibrahim bila dalam program RASA Anak Emak Anak Bapak Musim Kedua dan Episod Ke 2 yang baru saja bersiaran di saluran Prima HD Astro Dalam pada sibuk kedua dua...
Tak Payah Beli Buat Sendiri Je Sup Cendawan Resipi Ibu Ni Pekat Lagi Terangkat

Tak Payah Beli Buat Sendiri Je Sup Cendawan Resipi Ibu Ni Pekat Lagi Terangkat

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 759 hits
Bagi anak yang cukup gemar makan roti padanan sup cendawan pastinya menjadi santapan paling menyelerakan buat anak anak kecil kita Bukan anak anak sahaja yang suka mama pun terlajak suka macam anak anak Jadi ada baiknya mama sediakan sendir...
Resepi Sup Sesumpah A Ka Sup Cendawan

Resepi Sup Sesumpah A Ka Sup Cendawan

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 1229 hits
RESEPI SUP SESUMPAH A KA SUP CENDAWANBAHAN BAHAN1 Ketul dada ayam Sebungkus Jejari ketamCendawan butang anggaran 1 bungkusan kecil 3 biji telur Tepung Jagung anggaran 6 sudu BAHAN BAHAN PERASASos tiram kicapladakiub ayam CARA CARA MEMBUATNY...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri