Jejaka Sabah Terima Anugerah Naib Canselor Ukm Cemerlang Akademik Kokurikulum


Bijak berketerampilan! John Sebastian Tunggolou bangga memakai pakaian tradisonal kadazan ketika menerima anugerah tersebut.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Jejaka Sabah Terima Anugerah Naib Canselor UKM. Cemerlang Akademik & Kokurikulum Bukan mudah untuk menerima anugerah istimewa yang diberikan oleh universiti ketika majlis konvokesyen. Bersaing dengan ramai lagi yang turut cemerlang. Namun kalau sudah individu tersebut merupakan yang terbaik dalam kalangan pelajar terbaik, pasti ada ganjaran yang diterima.

Inilah kisah John Sebastian Tunggolou, anak jati negeri Sabah yang telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Naib Canselor sempena majlis konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia yang ke-50


Menjadikan momen tersebut lebih manis, bekas pelajar Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu ini menerima anugerah tersebut daripada Canselor UKM sendiri, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir

Dalam kapsyen status yang dimuat naik di Facebook peribadinya, jejaka ini berkata, “Puji tuhan, terima kasih UKM. Lulus dengan cemerlang dengan Anugerah Naib Canselor. Menjunjung kasih Tuanku.”


Merupakan seorang graduan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Fakulti Pendidikan UKM, bukan calang-calang dia berjaya menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.81. Sepanjang tempoh pengajiannya selama empat tahun, jejaka berusia 24 tahun ini berjaya memperoleh keputusan dengan Anugerah Dekan sebanyak enam kali.


Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Augerah Naib Canselor di Universiti Kebangsaan Malaysia diberikan kepada seorang graduan terbaik di peringkat prasiswazah seluruh fakulti dan mencapai Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) sekurang-kurangnya 3.67 atau purata nilai markah kumulatif yang setara dengannya.

Selain dinilai dari segi pencapaian terbaik bidang akademik dalam kalangan mahasiswa, penerima anugerah ini juga dinilai menerusi pendirian sikap kesarjanaan yang tinggi; pencapaian mutu kepimpinan yang tinggi; sumbangan terhadap kebajikan dan pembangunan masyarakat kampus, pencapaian cemerlang dalam bidang sukan serta sumbangan ke arah mengharumkan nama universiti.


Ini terbukti ketika di bangku universiti John menyandang pebagai jawatan seperti Presiden UKMbassadors, Yang di-Pertua Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) dan Timbalan Ketua Eksekutif Kolej Burhanuddin Helmi. Selain itu dia juga aktif dalam bidang tarian dan mewakili UKM dalam banyak acara.

Diperingkat antarabangsa pula dia pernah menerima Anugerah Penyampai Terbaik dan Pemenang Persembahan dalam Kumpulan pada Youth Regional Affairs Dialogue 2022 di Nanyang Technological University, Singapore.


Memetik perkongsiannya yang disiarkan di Facebook rasmi UKM, “Saya bukanlah seorang pelajar yang terlalu bijak, akan tetapi saya bersedia untuk bekerja keras untuk memastikan saya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda saya dengan penuh rasa bangga.”

Bakal bergelar seorang guru, John pada mulanya tidak pernah terlintas untuk menceburi profesion ini, akan tetapi beliau mendapat inspirasi daripada datuk dan neneknya yang merupakan penerima Anugerah Tokoh Guru Peringkat Negeri Sabah.

Baru menamatkan latihan industri di Sekolah Alam Shah, Putrajaya pada Julai yang lalu, kini dia merupakan seorang Felo Perdana di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).


KREDIT FOTO: Facebook UKM, Instagram dan Linkedin John Sebastian Tunggolou

SOURCE: Remaja

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2022/12/jejaka-sabah-terima-anugerah-naib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Jauh Lagi Perjalanan Anak Kelahiran Sabah Penerima Anugerah Pelajaran Diraja Majlis Konvokesyen Ukm

Masih Jauh Lagi Perjalanan Anak Kelahiran Sabah Penerima Anugerah Pelajaran Diraja Majlis Konvokesyen Ukm

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 323 hits
Masih Jauh Lagi Perjalanan Anak Kelahiran Sabah Penerima Anugerah Pelajaran DiRaja Majlis Konvokesyen UKM Hebatnya Pernah terima Anugerah Kecemerlangan Akademik dengan PNG 4 00 pada tahun 4 dan 5 pengajian Bukan calang calang ni Penerima an...
Stuart Wilkin Ucap Terima Kasih Buat Jdt Dan Sabah Fc

Stuart Wilkin Ucap Terima Kasih Buat Jdt Dan Sabah Fc

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 316 hits
TMJ buka ruang buat Wilkin tambat hari Kim Pan gon dalam skuad kebangsaan TMJ buka ruang buat Wilkin tambat hari Kim Pan gon dalam skuad kebangsaan PEMAIN tengah baharu Sabah FC Stuart John Wilkin mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahko...
Telkom Terima Dua Penghargaan Bergengsi Di Ajang Anugerah Media Humas 2022

Telkom Terima Dua Penghargaan Bergengsi Di Ajang Anugerah Media Humas 2022

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 170 hits
Penghargaan ini diterima langsung oleh SVP Corporate Communication and Investor Relation Telkom Ahmad Reza pada malam puncak penganugerahan AMH 2022 yang dilaksanakan di Yogyakarta pada Kamis
Bn Tak Boleh Tuntut Jawatan Tapi Boleh Terima Kalau Diberi Presiden Mic

Bn Tak Boleh Tuntut Jawatan Tapi Boleh Terima Kalau Diberi Presiden Mic

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 133 hits
malaysiakini comBarisan Nasional yang bersetuju menyokong Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dalam kerajaan perpaduan tidak boleh menuntut sebarang jawatan dalam kabinet yang bakal ditubuhkan kata Presiden MIC S...
Anwar Terima Ucapan Tahniah Dari Kesatuan Ulama Sedunia

Anwar Terima Ucapan Tahniah Dari Kesatuan Ulama Sedunia

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 162 hits
MalaysiakiniPengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim menerima ucapan tahniah daripada Kesatuan Ulama Sedunia selepas diangkat sebagai perdana menteri Malaysia ke 10 Perkara itu dimaklumkan anak kepada bekas mursyidul am PAS Nik Omar Nik Aziz...
Anwar Terima Kunjungan Sultan Brunei

Anwar Terima Kunjungan Sultan Brunei

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 149 hits
mykmu net28 11 2022Anwar terima kunjungan Sultan BruneiMalaysia dan Brunei Darussalam akan menilai kemajuan kerjasama sedia ada di samping meneroka potensi baharu bagi meningkatkan hubungan serta kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada ...
Terima Kasih Isteri Tersayang Untuk Semua Pengorbanan Datuk Lee Chong Wei Timang Cahaya Mata Lelaki Ke 3

Terima Kasih Isteri Tersayang Untuk Semua Pengorbanan Datuk Lee Chong Wei Timang Cahaya Mata Lelaki Ke 3

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 283 hits
Pemain badminton profesional Malaysia Datuk Wira Lee Chong Wei serta isteri Datin Wong Mew Choo selamat menimang cahaya mata ketiga beberapa jam yang lepas Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Datuk Chong Wei menerusi laman rasmi I...
Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888

Lirik Lagu Husnul Khotimah Ezyree Fayyad

Kemarau Kemenangan Sri Pahang Lebih Empat Bulan Berakhir Berjaya Tewaskan Pdrm 3 1 Malam Tadi

Sungai Golok Attackers Wore Niqabs To Hide Identities Says Deputy Mayor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berbuka Di Rumah Mertua

Rahsia Simpan Emas 1 Gram Sebulan Tanpa Ganggu Kewangan

Tips Keluarga Bahagia Yang Mudah Diamalkan

Buffet Ramadan Bangi Golf Resort Pilihan Dengan Harga Berbaloi

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

Ramadan Ni Karipap Antara Kuih Favorite Mak Mak Untuk Berbuka