Bn Tak Boleh Tuntut Jawatan Tapi Boleh Terima Kalau Diberi Presiden Mic


malaysiakini.com
B Nantha Kumar
Diterbitkan: Nov 26, 2022 6:21 PM
Barisan Nasional (BN) yang bersetuju menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dalam kerajaan perpaduan tidak boleh menuntut sebarang jawatan dalam kabinet yang bakal ditubuhkan, kata Presiden MIC SA Vigneswaran.

Katanya, ini selaras pendirian 'No DAP, No Anwar' yang masih kekal sebagai pendirian BN.

"Keputusan PAU (Perhimpunan Agung Umno) 'No DAP, No Anwar dan No Bersatu' masih terpakai. Keputusan Umno itu turut dipersetujui dalam mesyuarat pucuk pimpinan BN.

"Sebab itu sebelum ini BN mengambil pendirian berkecuali dan tidak menyertai kerajaan. Tapi BN mengubah pendirian untuk menyokong Anwar di bawah kerajaan perpaduan setelah akur nasihat Yang di-Pertuan Agong dan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dengan PH.

"Jadi, saya berpendapat bahawa BN tidak boleh tuntut sebarang jawatan dalam kabinet yang bakal ditubuhkan," katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, kata Vigneswaran, Anwar perlu diberi kebebasan sepenuhnya untuk memilih ahli jemaah menteri termasuk dari kalangan pemimpin BN.

"Jika Anwar memilih pemimpin dari BN untuk kabinet, itu kita boleh terima. Itu yang saya cuba maksudkan dalam kenyataan saya sebelum ini," katanya.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas laporan dalam portal Sinar Harian bahawa MIC tidak akan tuntut sebarang jawatan dalam kabinet.

Pada 24 Nov, Anwar diperkenan Agong untuk dilantik sebagai perdana menteri ke-10 selepas baginda memperhalusi pandangan raja-raja Melayu yang menghadiri perbincangan khas di Istana Negara.

Keputusan PRU ke-15 pada 19 Nov lalu menyaksikan PH memenangi 82 kerusi di parlimen sedangkan jumlah yang diperlukan untuk mendapat majoriti mudah ialah 112.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin, mendakwa gabungan itu mempunyai sokongan 115 ahli parlimen pada Selasa tetapi pihak istana tidak menerimanya.

Bagi mengatasi masalah tersebut, kerajaan perpaduan telah dicadangkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Di bawah pengaturan itu, Anwar akan mengetuai kerajaan perpaduan dengan BN sebagai rakan utama PH, manakala Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), serta Parti Warisan Sabah kini sudah menyatakan sokongan pada kerajaan perpaduan.

Pada masa ini, Anwar mempunyai perjanjian dengan BN di mana pelantikan bagi jawatan kabinet, agensi kerajaan, ahli Dewan Negara dan syarikat berkaitan kerajaan perlu dipersetujui bersama oleh perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Ini adalah sebahagian daripada perjanjian 10 perkara antara Anwar dan BN. Perjanjian ini tidak didedahkan kepada umum tetapi pemimpin PH dan BN telah mengesahkannya.

Hanya proses demokrasi

Sementara itu, Vigeneswaran yang juga bekas speaker Dewan Negara berkata bahawa tindakan Muhyiddin mencabar Anwar untuk menunjukkan majoriti adalah proses demokrasi.

"Pelantikan perdana menteri adalah kuasa mutlak Seri Paduka Baginda. Perlembagaan Persekutuan menyatakan perdana menteri adalah 'pada pendapat' Tuanku.

"Perkara 'pada pendapat' ini merupakan subjektif. Tidak sesiapa boleh menyoal kuasa Tuanku. Kita perlu menghormati keputusan Majlis Raja-Raja dan Agong.

"Saya percaya Muhyiddin tidak cabar kuasa Seri Paduka Baginda. Dia cuba minta Anwar tunjukkan sokongan kerana ia merupakan proses demokrasi.

"Sebab sokongan kepada seseorang boleh berubah, seperti apa yang berlaku kepada Muhyiddin sendiri," katanya.

Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri menerusi 'Langkah Sheraton' disokong oleh pemimpin BN, sebelum 14 pemimpin Umno menarik balik sokongan kepada Muhyiddin menyaksikan pengerusi PN itu digantikan oleh Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum ini Muhyiddin mencabar Anwar menunjukkan sokongan majoriti. Tapi, sehari kemudian Ahli Parlimen Pagoh itu akur dengan nasihat Seri Padukan Baginda.

Anwar juga telah mengumumkan bahawa parlimen akan bersidang pada 19 Dis ini dan antara agendanya adalah usul undi percaya terhadapnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/bn-tak-boleh-tuntut-jawatan-tapi-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Presiden Mic Sahkan Surat Zahid Menipu Agong Yang Didedah Annuar Musa

Presiden Mic Sahkan Surat Zahid Menipu Agong Yang Didedah Annuar Musa

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 115 hits
agendaily com 23 11 2022Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran Pendedahan surat yang dikongsi mantan Tan Sri Annuar Musa yang didakwanya menipu Yang di Pertuan Agong disahkan tulen oleh Presiden MIC Datuk Seri SA Vigneswaran hari ini Terdahulu...
Saya Mohon Presiden Umno Zahid Hamidi Letak Jawatan Segera Mb Johor

Saya Mohon Presiden Umno Zahid Hamidi Letak Jawatan Segera Mb Johor

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 174 hits
Saya mohon Presiden UMNO Zahid Hamidi letak jawatan segera MB JohorKegagalan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mengatur strategi untuk memenangkan Barisan Nasional di PRU15 mencetus rasa tidak puas hati ahli gabungan itu sendiri yang kini ta...
Presiden Dan Timbalan Presiden Umno Digesa Lepaskan Jawatan

Presiden Dan Timbalan Presiden Umno Digesa Lepaskan Jawatan

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 122 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja mendesak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar mengambil tanggungjawab di atas kekalahan Barisan Nasional yang hanya mendapat 30 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke 15 yang berakhir...
Kalau Tak Terima Jawatan Mb Tentu Ahli Kata Saya Bodoh Saarani

Kalau Tak Terima Jawatan Mb Tentu Ahli Kata Saya Bodoh Saarani

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 108 hits
hmetro com myKuala Kangsar Pengerusi Barisan Nasional Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menafikan penggabungan BN dan Pakatan Harapan dalam pembentukan kerajaan campuran negeri Perak adalah kerana BN yang terdesak mahukan jawatan Menteri Bes...
Tun Mahathir Tidak Boleh Terima Kenyataan Gta Paling Tidak Diingini Rakyat Hahahahaa

Tun Mahathir Tidak Boleh Terima Kenyataan Gta Paling Tidak Diingini Rakyat Hahahahaa

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 105 hits
Dr Mahathir Mohamad menolak tinjauan bebas Merdeka Centre yang mendapati Pakatan Harapan muncul pilihan utama pengundi dan Gerakan Tanah Air pimpinan bekas perdana menteri itu yang paling tidak diingini oleh pemilih dalam PRU15 Pada sidang ...
Teruja Nak Bagi Anak Makan Tapi Tak Boleh Main Bagi Je Silap Kenal Protien Pada Anak Boleh Membawa Maut

Teruja Nak Bagi Anak Makan Tapi Tak Boleh Main Bagi Je Silap Kenal Protien Pada Anak Boleh Membawa Maut

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 328 hits
Semua mommies excited bila anak dah cecah 6 bulan sebab anak dah boleh makan yeayyy Dalam mimpi pun dah start nak plan nak bagi baby makan apa Tapi sebab baby masih lagi kecil usus masih belum matang sepenuhnya dan perlu ambil langkah langk...
Pasca Pru15 Zahid Hamidi Nafi Letak Jawatan Pengerusi Bn Presiden Umno

Pasca Pru15 Zahid Hamidi Nafi Letak Jawatan Pengerusi Bn Presiden Umno

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 177 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO sepertimana didakwa satu kenyataan media yang tular menerusi media sosial Dalam kenyataan di Facebook rasminya...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Wish List April 2024

Sentiasalah Mengharapkan Rahmat Redha Allah

Puding Kastad Mangga

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Isteri Bersubahat Dengan Suami Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun