Jejak Wira Merdeka Bersama Vits
JEJAK WIRA MERDEKA BERSAMA VITS
Rawang, 12 September
2021-. Di waktu negara
sedang bergelut dengan isu pandemik yang melanda dunia ini, Vit’s telah
mengambil pelbagai inisiatif murni bagi bersama-sama membantu rakyat Malaysia
yang terkesan daripada pandemik ini.

Sempena bulan
kemerdekaan ini, Vit’s telah berkolaborasi bersama Sinar Harian untuk
menjalankan satu program untuk membantu para “Wira Negara” yang pernah
berkhidmat kepada negara. Mereka yang pernah menjadi wira untuk
mempertahankan tanah air wajar untuk kita hargai. Kerjasama ini dijalankan
bersama Persatuan Veteran.my dan Persatuan Penyayang Warga Emas Malaysia untuk
mendermakan sejumlah bantuan makanan kepada wira negara yang terkesan pada
waktu pandemik ini.

“Terima kasih kerana
memberi peluang kepada Vit’s untuk berkerjasama dalam kempen ini. Kami amat
berbangga dan terharu kerana dapat berjumpa dengan wira negara yang telah
banyak berjasa kepada negara kita. “Tanpa jasa wira negara kita tidak akan rasa
segala kesenangan yang ada di Malaysia ini,” kata Lai Yeah Tat, Pengarah Urusan
Vit Makanan.

Aktiviti untuk kempen
CSR kali ini adalah yang paling bermakna sekali buat Vit’s kerana dengan adanya
program seperti ini, kita sebagai rakyat Malaysia akan lebih mengingati dan
menghargai para pejuang yang telah mempertahankan tanah air.

Vit’s telah
mengunjungi salah seorang bekas wira negara iaitu Bohari @ Abu Bakar Razali,
62, yang telah meninggalkan kerjayanya sebagai anggota Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM). Namun pelbagai kenangan pahit dan manis masih segar dalam
ingatannya. Semasa bertugas, beliau nyaris menjadi korban peluru semasa
melakukan rondaan di kawasan terumbu.
Bohari merupakan
salah seorang pejuang negara yang disantuni dalam program Jejak Wira Merdeka
ini. Beliau yang ditemui di kediamannya Sabak Bernam, Selangor menerima bantuan
sebagai penghargaan di atas jasa dan pengorbanan beliau sebagai anggota tentera
laut yang menjaga keamanan negara.

Bohari menerima
sumbangan berupa wang ringgit serta bantuan makanan untuk meringankan beban
beliau yang kini berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit
kencing manis, asma, buah pinggang dan paru-paru kronik.
“Dengan keadaan
sekarang saya memang selalu ulang alik ke Hospital Sabak. Sejak lepas
pembedahan jantung tiga “bypass” saya selalu kena semput. “Nak kena pakai
oksigen, bukannya murah. Jadi, terpaksalah ke hospital. Waktu Covid ni, tak
berani nak keluar. Hampir setahun duduk di rumah,” ujarnya.

Bohari yang kini
semakin uzur terpaksa menggunakan lampin pakai buang untuk mengurangkan
pergerakan disebabkan faktor kesihatan beliau.
Pengarah Urusan Vit
Makanan, Lai Yaeh Tat menyifatkan program Jejak Wira amat bermakna bagi
memperingati wira-wira yang telah berjuang demi keamanan negara. Vit’s telah
mendermakan 400 pek Mi kering kepada Persatuan Veteran.my dan Persatuan
Penyayang Warga Emas Malaysia sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia
yang telah menyokong Vit’s dari dulu hingga kini kata Yaeh Tat yang merupakan
generasi ke-2 legasi Vit’s.
“Kami berharap
bantuan ini dapat meringankan beban wira-wira negara di waktu pandemik ini,”
ujarnya.
Untuk makluman lanjut
anda boleh layari laman sesawang di www.vitsnoodles.com atau sebarang
pertanyaan boleh berhubung melalui Puan Syazwany Pegawai Pemasaran di
603-60933999 atau emel di
[email protected].
Mengenai VIT’S
Vit Makanan (Kuala
Lumpur) Sdn Bhd adalah pengeluar dan pengilang jenama mi kering, mi segera, mi
segar Udon dan Ramen serta terbaru Mi Segera berperisa Itali, Bolognese, Aglio
Olio dan Carbonara. Vit’s merupakan kilang yang ditubuhkan pada 1975 berstatus Halal
Jakim dan pemegang lesen GMP, HACCP, FSC 22 000.
PENGURUSAN
VIT MAKANAN (KUALA
LUMPUR) SDN BHD
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.khatyaiman.com/2021/09/jejak-wira-merdeka-bersama-vits.html