Ppim Selar Rayer Dakwa Obses Campuri Hal Ehwal Islam


malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 19, 2025 6:09 PM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membidas Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer yang disifatkan mencampuri urusan berkaitan agama Islam di negara ini

Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata dia kesal dengan tindakan wakil rakyat DAP itu yang menurutnya mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Rayer dan beberapa pemimpin DAP acapkali telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyakiti umat Islam di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Nadzim juga mendakwa Rayer “terlalu obses” mencampuri hal ehwal dan perkara-perkara berkaitan hal ehwal Islam sejak akhir-akhir ini.

"Adakah mungkin kerana mereka menganggap DAP sebuah parti yang punya suara yang ramai di Dewan Rakyat dan boleh mengeluarkan apa saja kenyataan menyanggahi umat Islam, walaupun mereka maklum bahawa Islam adalah agama bagi persekutuan?" soalnya.

Kenyataan Nadzim dipercayai merujuk kepada tindakan Rayer mempersoalkan pendakwah Zakir Naik yang baru-baru ini menyampaikan ceramah di Perlis, meski terdapat larangan berucap terhadapnya.

Perintah larangan terhadap Zakir untuk menyampaikan ucapan dan berdakwah dikeluarkan pada 2019 berikutan kenyataan kontroversi mengenai masyarakat Hindu dan Cina di Malaysia.

Bagaimanapun, kemunculannya semula pada satu acara di Perlis pada 2 Feb lalu mendorong Rayer mempersoalkan sama ada larangan itu masih berkuat kuasa.

Kemudian dilaporkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis telah memberikan tauliah kepada Zakir untuk mengajar agama Islam pada Oktober 2023.
Mufti Perlis Asri Zainul Abidin juga telah menyatakan kesediaannya untuk mempertahankan pendiriannya berhubung Zakir.

Dalam video di saluran YouTube rasminya pada 6 Feb, Asri menambah bahawa Rayer tidak sepatutnya mempersoalkan siapa yang dijemput untuk acaranya, sama seperti bagaimana dia tidak mempersoalkan ahli parlimen DAP itu apa yang dia calit di dahinya dan mengapa dia melakukannya.

Baru-baru ini, Rayer telah menyoal Asri sama ada dia akan mencontohi penjual jagung yang telah meminta maaf kerana kenyataannya tentang "vibuthi" di dahi kaum Hindu.

Asri menafikan menghina penganut Hindu dengan kenyataannya dan mempersoalkan Rayer kerana membangkitkan isu itu dua minggu selepas dia mengatakannya.

Pemimpin Bersatu turut mengecam Rayer sebelum ini kerana mempersoalkan kehadiran Zakir di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin menuduh Rayer sebagai cuba mencetuskan ketegangan kaum dan agama dengan bertindak sedemikian.

Afif menuntut Rayer menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada Asri dan semua umat Islam.

Sementara itu, mengulas lanjut, Nadzim menasihatkan Rayer agar tidak mencampuri perkara yang bukan menjadi urusannya.

Sebaliknya, Nadzim berkata Rayer seharusnya memberi tumpuan kepada tugasan hakikinya menjaga kemaslahatan rakyat di Parlimen Jelutong.

“Kerana apa saja isu yang dikeluarkan beliau mengenai isu nasional akan memalukan parti yang diwakilinya,” katanya.

Menurut Nadzim dia juga ingin menegaskan kepada Rayer bahawa umat Islam di negara ini tidak pernah sama sekali mempersoalkan perkara berkaitan dengan agama lain khususnya agama Hindu.

“Saya ingin tegaskan kepada Rayer, umat Islam tidak pernah pun mempersoalkan apa jua yang berkaitan orang Hindu, walaupun kita sedar dengan jelas nisbah kuil dan warga Hindu di negara ini adalah jauh lebih banyak dari masjid.

“Itu belum lagi kita bangkitkan isu kuil-kuil yang dicacakkan di tanah-tanah milik orang Melayu. Setakat ini kerajaan juga dilihat sebagai amat longgar dalam mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang melanggar perlembagaan negara apabila mengkritik agama Islam sebagai agama rasmi,” katanya.

Nadzim mempersoalkan sikap kerajaan yang menurutnya berlembut dalam menangani isu yang boleh menyebabkan ketegangan kaum di negara ini.

“Umat Islam negara ini tidak ada sebab untuk bertindak menghina agama lain dan tidak pernah ia dilakukan oleh orang Islam.

“Adakah akibat sikap berlembut kerajaan ini bakal menghala ke arah pergaduhan kaum dan agama?

“Jangan sampai kami sebagai NGO Islam bertindak menimbulkan isu-isu berkaitan Hindu pula,” tambahnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/ppim-selar-rayer-dakwa-obses-campuri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Rayer Obses Campuri Hal Ehwal Umat Islam Ppim Malaysia Gazette 19 02 2025

Kenapa Rayer Obses Campuri Hal Ehwal Umat Islam Ppim Malaysia Gazette 19 02 2025

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 66 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyelar tindakan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer kerana tidak henti henti mencampuri urusan berkaitan umat Islam di negara ini Ketua aktivisnya Nadzim Johan mendakwa Rayer dan beberapa pemimp...
Tak Perlu Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam Pemimpin Bersatu Pas Beritahu Sekutu

Tak Perlu Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam Pemimpin Bersatu Pas Beritahu Sekutu

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 90 hits
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Afnan Hamimi Taib Azamudden berpendapat peranan Kementerian Perpaduan Negara memadai dalam menguruskan isu berbangkit berkait ehwal bukan Islam PETALING JAYA Pemimpin Bersatu dan PAS menolak cadangan sa...
Hal Ehwal Agama Fahmi Fadzil Dakwa Cadangan Mp Dap Tidak Jadi Agenda Utama Di Mesyuarat Kabinet

Hal Ehwal Agama Fahmi Fadzil Dakwa Cadangan Mp Dap Tidak Jadi Agenda Utama Di Mesyuarat Kabinet

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 119 hits
PUTRAJAYA Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat Jurucakap Keraja...
Ppim Selar Rayer Kenyataan Media Ppim 19 02 2025

Ppim Selar Rayer Kenyataan Media Ppim 19 02 2025

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 111 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyelar tindakan Ahli Parlimen Jelutong kerana tidak henti henti mencampuri urusan berkaitan umat Islam di negara ini Rayer dan beberapa pemimpin DAP acapkali telah mengeluarkan kenyataan kenyataan yang me...
Cadangan Menteri Hal Ehwal Bukan Islam Cuba Sama Ratakan Agama

Cadangan Menteri Hal Ehwal Bukan Islam Cuba Sama Ratakan Agama

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 66 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 13 2025 12 34 PMDewan Ulama PAS menyelar cadangan seorang ahli parlimen DAP supaya seorang menteri bagi hal ehwal agama bukan Islam dilantik Ketuanya Ahmad Yahaya berkata cadangan tersebut mencerminkan kepinc...
Aktiviti Sidang Media Khas Ngo Ngo Melayu Islam Isu Akta Pembaharuan Semula Bandar Ppim 18 02 2025

Aktiviti Sidang Media Khas Ngo Ngo Melayu Islam Isu Akta Pembaharuan Semula Bandar Ppim 18 02 2025

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 109 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke sidang media khas NGO NGO Melayu Islam membincangkan isu RUU Akta Pembaharuan Semula Bandar yang dibimbangi akan mengancam orang Melayu yang menghuni bandar
Tanda Di Dahi Rayer Dakwa Kenyataan Mufti Perlis Hina Penganut Hindu

Tanda Di Dahi Rayer Dakwa Kenyataan Mufti Perlis Hina Penganut Hindu

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 83 hits
malaysiakini comPARLIMEN Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer mengakui berasa terhina dengan kenyataan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin yang menyentuh mengenai abu suci yang disapu didahinya sebagai penganut agama Hindu Rayer berkata dia ti...
Siapa Dapsy Untuk Campur Tangan Hal Syariat Islam

Siapa Dapsy Untuk Campur Tangan Hal Syariat Islam

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 77 hits
harakahdaily comFebruary 6 2025Buka jalan kepada lebih banyak provokasi terhadap Islam KUALA LUMPUR Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan bahawa kenyataan DAPSY membantah garis panduan kehadiran umat Islam ke majlis agama lain adalah satu be...
Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui Cadang Portfolio Menteri Hal Ehwal Agama Dipecahkan Kepada Dua

Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui Cadang Portfolio Menteri Hal Ehwal Agama Dipecahkan Kepada Dua

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 84 hits
KUALA LUMPUR Seorang ahli parlimen blok kerajaan hari ini mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri dipecahkan kepada dua Chow Yu Hui semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja menyarankan ia dipecahkan kepad...
Dozens Of New Mobile Apps Are Coming To Cars With Google Built In

Benefits Of A User Friendly Website

F C House A Sustainable Architectural Masterpiece In The Heart Of Verona

Yono Superapp Semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

3 Metre Crocodile Near Mid Valley Trap Set For Capture

Girls Leadership Institute

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

Euro Kembali Ke Realiti


echo '';
10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton


Apa Itu Diploma Pengurusan Logistik

Mick S Fish Practical Fishkeeping

Prep Kenduri

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

68 Warganegara Asing Diusir Ntl Dilarang Masuk Malaysia