Jayakan Kempen Bmf Mpmmk Saran Masjid Seluruh Negara Sedia Kedai Runcit 24 Jam



KUALA LUMPUR - Kempen beli Produk Muslim (BMF) merupakan usaha murni dan terbaik bagi meningkatkan penguasaan orang Melayu dan Islam dalam bidang ekonomi yang ketika ini boleh ibaratkan seperti melukut di tepi gantang.

Presiden Majlis Pemikir Muda Melayu Kebangsaan (MPMMK), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, kempen BMF memerlukan komitmen dan penglibatan secara total seluruh umat Islam untuk menjayakannya kerana nasib serta kejayaan orang Melayu terletak di tangan kaum itu sendiri.

Katanya, sebagai usaha bagi menjayakan kempen itu, MPMMK mencadangkan semua masjid di negara ini membuka kedai runcit 24 jam bagi menjual produk muslim sepenuhnya.

"Mengikut statistik JAKIM sehingga 24 Disember 2019, terdapat 6,368 masjid di seluruh negara, jika semua masjid membuka kedai 24 jam menjual produk muslim sepenuhnya, usaha menjayakan kempen BMF pasti berjaya.

"Itu belum lagi melibatkan surau yang mana mengikut statitik JAKIM sehingga 24 Disember 2019, terdapat 18,308 surau di seluruh negara.

"Jadi, usaha membuka kedai runcit 24 jam bagi menjual produk muslim itu perlu dimulakan di seluruh masjid dahulu dan selepas ini boleh diluaskan di semua surau seluruh negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Mohammad Faiz berkata, fungsi masjid tidak seharusnya dihadkan kepada urusan ibadat semata-mata, sebaliknya ia mempunyai skop yang begitu luas.

Beliau menjelaskan, pada zaman Rasulullah SAW, masjid bukan sahaja sebagai tempat beribadat, tetapi juga sebagai pusat pentadbiran, dakwah dan kegiatan ekonomi.

"Jadi, MPMMK menyeru semua pengerusi jawatankuasa masjid di seluruh negara bekerjasama dengan jawatankuasa, imam dan ketua masyarakat untuk melaksanakan penubuhan kedai 24 jam di masjid.

"Kita mahu masjid turut menjadi platform ekonomi masyarakat setempat seterusnya membantu meningkatkan penguasaan orang Islam dalam bidang ekonomi," katanya.

Beliau berkata, MPMMK ada terbaca berhubung kesukaran dan dilema peniaga Islam dan Melayu untuk menembusi pasaran di luar sana kerana ia dimonopoli oleh golongan tertentu sahaja.

"Hakikatnya, ramai usahawan dalam kalangan orang Melayu dan Islam yang mengeluarkan produk mereka sendiri tetapi tidak ke mana kerana masalah pasaran.

"Jadi, MPMMK melihat usaha membuka kedai runcit 24 jam di masjid ini sebagai cara untuk kita melakukan tindak balas dan bantu usahawan muslim untuk berjaya," katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, usaha membuka kedai runcit 24 jam itu selain dari fardhu kifayah ia juga dapat membantu mengimarahkan masjid di seluruh negara.

"Sebagai contoh, apabila orang Islam datang ke kedai runcit di masjid dan pada waktu itu azan berkumandang, takkan mereka buat tak tahu sahaja, tentu akan bersama solat berjemaah.

"Ini secara tidak langsung akan mengimarahkan masjid. Kita hendak mengaitkan kecemerlangan masjid pada zaman Rasulullah SAW.

"Masjid mempunyai potensi dan aset membangunkan ekonomi. Masjid adalah platform terbaik sebab memang setiap minggu ada perjumpaan besar iaitu solat Jumaat. Jemaah boleh mendapat bekalan harian daripada kedai runcit masjid," katanya.

Jelasnya, MPMMK berharap cadangan penubuhan kedai runcit 24 jam di masjid seluruh negara itu dapat direalisasikan.

"Masjid adalah nadi masyarakat Islam. Walaupun masjid tidak boleh menyelesaikan semua masalah sosio-ekonomi ummah, namun masjid mesti berperanan mencetuskan penyelesaian kepada masalah ummah," katanya. #PDOhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/12/jayakan-kempen-bmf-mpmmk-saran-masjid.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Makan A Yam Dengan Harga Yang Murah Dan Berbaloi Jom Terjah 500 Cawangan A Yam Di Seluruh Negara

Nak Makan A Yam Dengan Harga Yang Murah Dan Berbaloi Jom Terjah 500 Cawangan A Yam Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 306 hits
Musim cuti sekolah ini pasti menu anak anak anda bertukar bukan Yalah ada yang teringin KFC lah Nando s lah dan banyak lagi lah The post appeared first on
90 Sekolah Daif Di Seluruh Negara Sudah Dibaik Pulih Maszlee

90 Sekolah Daif Di Seluruh Negara Sudah Dibaik Pulih Maszlee

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 307 hits
Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata keutamaan diberikan kepada sekolah daif yang diisytiharkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan Malaysia berjaya menyiapkan 90 daripada keseluruhan 534 projek bai...
Trip Kuala Lumpur 2019 Taman Burung Kuala Lumpur Tugu Peringatan Negara Dan Masjid Negara

Trip Kuala Lumpur 2019 Taman Burung Kuala Lumpur Tugu Peringatan Negara Dan Masjid Negara

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 592 hits
Hari ketiga meneruskan lawatan sekeluarga ke Taman Burung Kuala Lumpur Tapi sayang pagi ni hujan Menurut staf di kaunter kalau hari hujan burung2 tak aktif Jadi nak tengok apa Hehe Ramai juga pengunjung yang kecewa Maka kami pun beredar dar...
Dulu Rockstar Kini Peniaga Kedai Runcit Ini Jawapan Lan Solo Bila Ada Tanya Tak Maiu Ke Juai Ikan Masin

Dulu Rockstar Kini Peniaga Kedai Runcit Ini Jawapan Lan Solo Bila Ada Tanya Tak Maiu Ke Juai Ikan Masin

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 599 hits
MaIu apooo kalau itu sedapp bila dah masuk mulut kenyangkan orang Takde maknanya nak maIu menjual bagi org kenyang betul tak abg lan Semoga abg dimurahkan rezeki dikurniakan kesihatan yg baik dan dipermudahkan segala urusan abg Aamiin Itu k...
Berita Baik Buat Para Peneroka Felda Di Seluruh Negara

Berita Baik Buat Para Peneroka Felda Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 235 hits
KENAIKAN DEMI KENAIKAN HARGA SAWIT DAN SAHAM FGV PEMULIHAN YANG KERAJAAN PH TUMPUKAN PADA INSTITUSI ORANG2 MELAYU TERUS GIAT DILAKSANAKAN WALAUPUN DI SERANG DAN DI FITNAH OLEH PEMBANGKANG DARI PELBAGAI SUDUT DAN CARA KINI KEJAYAAN DEMI KEJA...
Cukai Taksiran Seluruh Negara Akan Disemak 2020 Kata Zuraida

Cukai Taksiran Seluruh Negara Akan Disemak 2020 Kata Zuraida

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 246 hits
Zuraida Kamaruddin AMPANG Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata cukai taksiran semua pihak berkuasa tempatan seluruh negara akan disemak bermula tahun depan Semakan dibuat selepas kementerian mendapati terdapat ...
Komen Dan Nasihat Padu Kempen Buy Muslim First Bmf Ustaz Syamsul Debat

Komen Dan Nasihat Padu Kempen Buy Muslim First Bmf Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 245 hits
Komen Dan Nasihat Padu Kempen Buy Muslim First BMF Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Mohon 799 Kekosongan Pegawai Imigresen Di Seluruh Negara Ambilan 2020

Mohon 799 Kekosongan Pegawai Imigresen Di Seluruh Negara Ambilan 2020

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 416 hits
Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang dibuka oleh Jabatan Imigresen Malaysia Maklumat kekosongan ini adalah pada paparan iklan yang tertera Mysuara Portal Kerjaya dan Informa...
Ekonomi Kitaran Asas Dasar Hijau Negara

Ekonomi Kitaran Asas Dasar Hijau Negara

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 235 hits
DI Malaysia apabila penggunaan teknologi hijau dicernakan matlamat penggunaannya sering disasarkan untuk jangka masa panjang sedangkan banyak lagi kaedah kaedah teknologi hijau yang boleh digunakan dalam jangka masa pendek Inisiatif jangka ...
Absolute Power Corrupts Absolutely

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024

Overcoming Funding Challenges

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur