90 Sekolah Daif Di Seluruh Negara Sudah Dibaik Pulih Maszlee


Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata, keutamaan diberikan kepada sekolah daif yang diisytiharkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berjaya menyiapkan 90% daripada keseluruhan 534 projek baik pulih sekolah daif di seluruh negara pada tahun ini, kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik.

Beliau berkata, sebanyak 452 projek dicatatkan siap setakat hari ini dan dijangka terus meningkat menjelang penghujung tahun ini.

“Kita menyasarkan sifar sekolah daif agar semua guru, semua anak murid akan dapat akses kepada bukan sekadar pendidikan berkualiti tetapi infrastruktur sekolah yang menampung pembelajaran yang kondusif. Itu harapan kami.

“Kita meletakkan (sekolah) yang mana paling memerlukan kita selesaikan dan yang lain InsyaAllah akan sampai waktunya secara berperingkat.

“Projek (membaiki) sekolah daif yang telah kita selesaikan bukan sahaja di Sabah dan Sarawak walaupun majoritinya di Sabah Sarawak, terdapat juga di Semenanjung diberikan tumpuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program “Bicara Naratif: Pendidikan Untuk Semua” yang disiarkan secara langsung di TV1 malam tadi.

Beliau berkata, keutamaan diberikan kepada sekolah daif yang diisytiharkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya dan menekankan aspek pemantauan di kementerian bagi keberhasilan sesuatu pelaksanaan projek.

Sebelum ini Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan peruntukan sebanyak RM783 juta untuk baik pulih sekolah daif menerusi Belanjawan 2020 untuk menyelesaikan masalah sekolah daif di seluruh negara.

Sementara itu, Maszlee berkata, pendidikan untuk semua menjadi asas pegangan yang diperjuangkan kementeriannya bagi memastikan setiap pihak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.

“Kita tidak mahu sesetengah orang itu tercicir daripada pendidikan hanya kerana mereka daripada golongan miskin ataupun daripada golongan yang ‘marginalised’ ataupun ketidakupayaan mereka. Sebab itu antara perkara yang kita cuba usahakan ialah akses pendidikan kepada murid berkeperluan khas ataupun OKU (orang kelainan upaya).

“Kemudian kita ingin pastikan tidak ada lagi murid yang tercicir dan kita ingin pastikan juga bahawa sekolah itu terbuka untuk semua, termasuk mereka yang terhalang hanya kerana tidak mempunyai dokumen,” katanya.

Menurut Maszlee pada tahun ini, KPM melancarkan inisiatif polisi penolakan sifar dengan memastikan anak berkeperluan khas dapat bersekolah di sekolah kerajaan.

Beliau memberitahu kementeriannya berjaya mewujudkan sebanyak 10,200 kelas pelajar berkeperluan khas (OKU) di seluruh negara pada tahun ini dan mencatatkan peningkatan sebanyak 526 kelas dengan pertambahan murid seramai 4,821 orang.

Secara keseluruhan pada masa ini, seramai 88,419 murid berkeperluan khas didaftarkan dan bersekolah di sekolah kerajaan.

Maszlee juga memaklumkan hasil pelancaran inisiatif sifar cicir yang melibatkan guru dan pihak sekolah pada tahun ini, seramai 4,369 orang murid kembali bersekolah dan tidak lagi tercicir.

Selain akses mesra OKU di sekolah, Maszlee berkata, antara lain, polisi inklusif OKU turut dilancarkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Sept lepas sebagai inisiatif menjadikan kampus di universiti awam dan swasta lebih mesra OKU


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/12/90-sekolah-daif-di-seluruh-negara-sudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tinggi Benarkan Tulisan Jawi Diajar Di Sekolah Cina Tamil Di Seluruh Negara

Mahkamah Tinggi Benarkan Tulisan Jawi Diajar Di Sekolah Cina Tamil Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 582 hits
https ift tt 35EFLhq Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam menolak permohonan parti Gerakan supaya pembelajaran tulisan Jawi tidak diajar di sekolah Cina dan Tamil di seluruh negara Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amarjit Serjit Singh ...
Mesyuarat Majlis Sosial Negara Sentuh Isu Sekolah Tahfiz

Mesyuarat Majlis Sosial Negara Sentuh Isu Sekolah Tahfiz

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 201 hits
Mesyuarat Majlis Sosial Negara sentuh isu sekolah tahfiz Dikemas kini 37 minit yang lalu Diterbitkan pada 2 Dec 2019 11 24PM
Un Dihapus 2021 Dpr Sarankan Mendikbud Pelajari Sistem Pendidikan Negara Lain

Un Dihapus 2021 Dpr Sarankan Mendikbud Pelajari Sistem Pendidikan Negara Lain

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 229 hits
Hetifah menyebut pemerintah daerah sekolah guru murid hingga orang tua harus mendapatkan sosialisasi terkait keputusan tersebut
Revisi Aturan Perjalanan Dinas Sri Mulyani Ingin Pejabat Tertib Pakai Uang Negara

Revisi Aturan Perjalanan Dinas Sri Mulyani Ingin Pejabat Tertib Pakai Uang Negara

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 206 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati baru saja merevisi aturan Peraturan Menteri Keuangan Nomor 227 PMK OS 2016 mengenai tata cara pelaksanaan perjalanan dinas luar negeri Pelaksanaan perjalanan dinas kemudian diatur dalam Peraturan Mente...
Ph Asyik Bergaduh Negara Tidak Lagi Jadi Tumpuan Pelabur Asing

Ph Asyik Bergaduh Negara Tidak Lagi Jadi Tumpuan Pelabur Asing

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 159 hits
Exco Pemuda UMNO Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed berkata hari ini PH kehilangan pakar formula Rafizi Ramli selepas mengumumkan akan bersara dari dunia politik Pada masa yang sama kata beliau di saat kerajaan PH sedang bergaduh berebut kuasa ne...
10 Negara Terkaya Di Dunia 2019 Versi Forbes

10 Negara Terkaya Di Dunia 2019 Versi Forbes

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 307 hits
10 Negara Terkaya Di Dunia 2019 Versi Forbes Oleh BlogPediaDiposting pada 20 Juni 201915 893 views Negara terkaya di dunia 2019 Ada banyak jumlah negara di dunia dengan masing masing kekayaan sendiri Nilai kekayaan suatu negara biasa diukur...
Isytihar Islam Agama Persekutuan Kurangkan Sifat Sekular Negara

Isytihar Islam Agama Persekutuan Kurangkan Sifat Sekular Negara

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 257 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Punca kenapa Perkara 3 Perlembagaan kerap diserangBANGI Perkara 3 yang termaktub di dalam Perlembagaan meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan kini dilihat semakin kerap diserang selepas Pakatan Harapa...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate



Biodata Youtuber Resipi Rozana Rozek TV

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Konfflik Irael Iran 3 Suasana Terkini

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Bercakap Dengan Jun

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Don T Dim Your Dreams Let Integrity Electrical Illuminate Your Vision

Specialization And Excellence Headwater Health S Crna Focus