Jawatankuasa Bertindak Kuil Gagal Gantung Inkues Adib


MALAYSIAKINI

   
Prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang sedang berjalan akan diteruskan selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan jawatankuasa bertindak kuil Sri Maha Mariamman Seafield untuk menggantung sementara prosiding itu.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Umi Kalthum Abdul Majid yang mempengerusikan panel tiga hakim memutuskan inkues itu adalah kes berkepentingan awam.

“Kita semua tahu inkues itu adalah kes berkepentingan awam dan ada isu perbalahan. Justeru prosiding tidak harus digantung pada sebarang masa,” kata Umi Kalthum yang bersidang bersama-sama Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Stephen Chung Hian Guan.

Terdahulu, peguam M Visvanathan memohon penangguhan interim terhadap prosiding inkues yang sedang berlansung sementara menunggu perbicaraan penangguhan, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar membantah dan menyatakan prosiding harus berjalan sehingga 12 April ini seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah Koroner.
Mahkamah menangguhkan perbicaraan penggantungan itu kepada 4 Mac bagi membolehkan jawatankuasa bertindak kuil memfailkan afidavit mengenai kedudukan perundangannya dalam permohonan serta bagi Jabatan Peguam Negara memfailkan afidavit balas kepada permohonan.

Setakat ini, Mahkamah Koroner telah mendengar keterangan 13 saksi dalam tempoh lapan hari prosiding.

Pada 13 Feb, Jawatankuasa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman Seafield memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 Feb lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Koroner yang menolak permohonan jawatankuasa itu untuk menjadi peguam pemerhati pada prosiding inkues.

Bagaimanapun, tarikh perbicaraan rayuan itu di Mahkamah Rayuan belum ditetapkan.

Jawatankuasa bertindak kuil juga memfailkan permohonan penggantungan prosiding yang sepatutnya didengar hari ini.
Pada 8 Feb lalu, Mahkamah Tinggi menolak rayuan jawatankuasa bertindak kuil berhubung keputusan Mahkamah Koroner bahawa jawatankuasa itu tidak mempunyai kepentingan dalam inkues bagi mengenal pasti punca kematian Muhammad Adib tersebut.

Pada 31 Jan, Hakim Rofiah Mohamad menolak permohonan jawatankuasa bertindak untuk menjadi pihak berkepentingan dalam inkues atas alasan ia tidak mempunyai kepentingan yang nyata, substantif dan munasabah.

Inkues yang dijadualkan dari 11 hingga 28 Feb itu akan turut diadakan pada 1, 4 dan 5 Mac serta dari 19 hingga 29 Mac, dan 1 hingga 12 April.

Muhammad Adib, 24 yang merupakan anggota Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya mengalami kecederaan parah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov.

Allahyarham meninggal dunia pada 17 Dis ketika dirawat di Institut Jantung Negara.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/jawatankuasa-bertindak-kuil-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inkues Adib Zuraida Sertai Mahkamah Koroner Ke Tapak Kuil

Inkues Adib Zuraida Sertai Mahkamah Koroner Ke Tapak Kuil

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 280 hits
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin akan turut menyertai Mahkamah Koroner lawatan mahkamah ke Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Zuraida tiba pada jam 10 pagi di perkarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam bersama Pengarah Ja...
Inkues Adib Saksi Nampak Tunang Hantar Pesanan

Inkues Adib Saksi Nampak Tunang Hantar Pesanan

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 300 hits
TAUFIK SALIMIN 18 Februari 2019 1 26 PM SHAH ALAM Tunang kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim Nurul Najihah Radzi sempat mengirimkan pesanan melalui Whats
Inkues Adib Orang Awam Kata Seorang Anggota Bomba Dipukul Saksi

Inkues Adib Orang Awam Kata Seorang Anggota Bomba Dipukul Saksi

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 426 hits
MALAYSA GAZETTE Amirrul Adli M Yussli 26 pelatih pramugara di syarikat penerbangan AirAsia berkata beliau juga melihat anggota bomba itu yang memakai pakaian celoreng duduk dalam keadaan melunjurkan kaki SHAH ALAM Seorang saksi memberitahu ...
Inkues Adib Bermula Pagi Esok

Inkues Adib Bermula Pagi Esok

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 388 hits
INKUES bagi menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Koroner di Shah Alam bermula pagi esok Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad itu akan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya yang juga pegawai peng...
Inkues Adib Cermin Jentera Bomba Dipukul Dengan Tiang Net Sepak Takraw Kata Saksi

Inkues Adib Cermin Jentera Bomba Dipukul Dengan Tiang Net Sepak Takraw Kata Saksi

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 497 hits
Pemandu jentera bomba Md Eliza Mohd Noor berkata pegawai penyelia operasi memberitahu supaya mereka tidak keluar dari kenderaan kerana keadaaan tidak mengizinkan SHAH ALAM Pemandu jentera bomba Fire Rescue Tender yang tiba untuk memadam keb...
Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

Tahniah Dan Terima Kasih

7 Easy Ways To Top Up Your Touch N Go Card In Malaysia

Harimau Merah Intrik Dalaman

Elderly Support Building A Caring Future Today

Selepas Rafizi Nik Nazmi Pula Umum Letak Jawatan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam

Nak Tahu Apa Itu Biopsy Jom Fahami Proses Dan Kenapa Ia Penting

Rafizi Masih Boleh Main Peranan Besar Di Luar Kabinet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Pensel Warna Yang Paling Tak Berguna

Agar Agar Marble

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Remaja 13 Tahun Seronok Jadi Superman Dikejar Polis

1 Bilion Dah Guna Meta Ai Tapi Ramai Tak Sedar Pun Mereka Sedang Guna