Jawatan Menteri Perbezaan Antara Nurul Izzah Dan Rafizi





11 May 2025

Rafizi Ramli berkata, beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi jika kalah pada pemilihan PKR hujung bulan ini.

Mengakui beliau sebenarnya agak lega dengan kemungkinan itu, Rafizi menambah ia akan menjadikannya  mempunyai lebih banyak masa dan lebih bebas bersuara dalam pelbagai isu.

“Kalau saya kalah saya letak jawatan dan jadi Ahli Parlimen biasa, saya tak dibebankan lagi dengan tugas sebagai menteri.

“Teruk tahu jadi menteri. Banyak tanggungjawab, tak terbuat. 

“Yang kedua, saya lagi gembira kerana mulut dan tangan saya tak lagi terikat,” katanya dalam siaran langsung podcast malam tadi.

Pada pertandingan jawatan Timbalan Presiden 23 Mei ini Rafizi akan dicabar oleh Nurul Izzah Anwar bagi jawatan tersebut.

Berbeza dengan Rafizi yang akan meletakkan jawatan jika beliau kalah, Nurul Izzah pula menyatakan beliau tidak berninat dengan jawatan menteri jika ditakdirkan beroleh kemenangan.

Katanya,  beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada parti dan agenda reformasi dasar.

“Sekiranya memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR, saya tidak berminat untuk menyertai barisan kabinet.

“Misi utama saya adalah untuk saling berusaha dan bekerja bersama anggota, pendukung serta sukarelawan di peringkat cabang, khususnya di 50 kerusi marginal,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat lalu.

Nampaknya ada perbezaan pendirian antara Rafizi dan Nurul Izzah dalam hal ini.

Perwakilan kini boleh memilih sama ada mahukan Rafizi yang masih sedia kekal lagi jadi menteri jika menang atau mahu Nurul Izzah yang tak berninat jadi menteri jika ditakdirkan menang.

Di sini terlihat Nurul Izzah cuba meletakkan dirinya lebih mengutamakan parti daripada jawatan dalam kerajaan untuk dirinya sendiri.

Apa pun, soal jawatan menteri adalah budi bicara Perdana Menteri menentukannya.

Cumanya, tindakan Rafizi itu dilihat lebih bertujuan untuk memberi laluan kepada Nurul Izzah dilantik menjadi menteri, meskipun mengatakan tidak berminat menyertai kabinet.

Rasa-rasanya bila dah menang nanti, minat Nurul Izzah untuk berada dalam kabinet perlahan-lahan akan berkembang dengan sendirinya.

Anwar pun tak mungkin mahu melihat timbalannya dalam PKR tiada jawatan dalam kabinet, sedangkan orang lain yang kalah bertanding dan hanya ada jawatan lantikan dalam parti pun diberi jawatan menteri.

Maka itu, melantik Nurul Izzah jika beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR adalah sesuatu yang kalau pun tidak wajib, ia boleh dikira sebagai sunat muakkad hukumnya.

Bagi Rafizi, sebelum beliau diminta berundur atau diberhentikan daripada kabinet berikutan kekalahannya nanti, kenyataannya mahu meletakkan jawatan itu boleh dikira seperti kata pepatah – menyediakan payung sebelum hujan turun.

Rafizi nampaknya memahami bahawa bukan perkara asing dalam politik – bila hilang jawatan dalam parti, akan hilang juga jawatan dalam kerajaan. – ShahbudinHusin 11Mei22025.









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/jawatan-menteri-perbezaan-antara-nurul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Pemenang Nurul Izzah Rafizi Tembung Jawatan No 2 Pkr

Tiada Pemenang Nurul Izzah Rafizi Tembung Jawatan No 2 Pkr

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 141 hits
Minderjeet KaurPETALING JAYA Pertembungan antara Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar bagi jawatan nombor dua dalam PKR boleh menyebabkan parti pemerintah itu semakin berpecah kata beberapa pemimpin parti Tiada pemenang sebenar dalam pertandi...
Rafizi Pertahan Jawatan No 2 Pkr Dicabar Nurul Izzah

Rafizi Pertahan Jawatan No 2 Pkr Dicabar Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 161 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli secara rasmi mendaftar untuk mempertahankan jawatannya dalam pemilihan pucuk pimpinan parti Semakan di laman web pemilihan PKR mengesahkan pencalonannya menyaksikan persaingan de...
Antara Rafizi Atau Nurul Izzah Siapa Pilihan Chatgpt

Antara Rafizi Atau Nurul Izzah Siapa Pilihan Chatgpt

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 124 hits
Apa kata ChatGPT Rafizi atau Nurul Izzah HarapandailySiapa lebih sesuai sebagai Timbalan Presiden PKR Ini kata ChatGPT mengenai Rafizi dan Nurul Izzah 1 RAFIZI RAMLIKelebihan Bijak dan teknokratik Rafizi dikenali sebagai tokoh yang cerdas b...
Nurul Izzah Rafizi Should Debate Media Should Organise

Nurul Izzah Rafizi Should Debate Media Should Organise

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 125 hits
With Nurul Izzah Anwar contesting against Rafizi Ramli for the PKR deputy presidency a party leader has urged both leaders to have an open debate ADSPKR Youth vice chief Prasanth Kumar Brakasam also opined that media outlets such as Malaysi...
Don Praises Future Pm Material Rafizi And Nurul Izzah

Don Praises Future Pm Material Rafizi And Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 114 hits
Academic Tajuddin Rasdi welcomed the battle between PKR deputy president Rafizi Ramli and his challenger Nurul Izzah Anwar for the PKR deputy presidency He described both leaders as great leaders of the future with the potential to become M...
Rafizi Aligned Pkr Women Challenger Wants Debate Invites Nurul Izzah

Rafizi Aligned Pkr Women Challenger Wants Debate Invites Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 197 hits
Rodziah Ismail who is contesting the position of PKR Women s chief has expressed her readiness to debate the incumbent Fadhlina Sidek The Ampang MP aligned with PKR deputy president Rafizi Ramli also extended an invitation to Nurul Izzah An...
Rafizi Dan Nurul Izzah Peluang Melakar Sejarah

Rafizi Dan Nurul Izzah Peluang Melakar Sejarah

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 106 hits
15 May 2025Dalam sejarah PKR jawatan paling tinggi yang selalu panas dengan perebutan ialah kerusi Timbalan Presiden Jawatan Presiden pula boleh dikata sepi daripada sebarang persaingan sejak PKR ditubuhkan dan sehingga ini kerusi peneraju ...
Why Can Israel Have Nukes But Not Iran

Kenapa Kerjaya Sebagai Guru Di Malaysia Menguntungkan

Meneroka Peluang Di Malaysia Mencari Kerjaya Sebagai Jurutera Oil Gas

Oppo Ai Features Revolutionizing The Mobile Experience In Mexico

Mitski Washing Machine Heart Chord

Malaysia Leads With New Suicide Reporting Guidelines

Malu Pmx Diperintah Bayar Rm20k Kes Yusoff Rawther Vs Anwar Ibrahim Diteruskan Hakim Mahkamah

Perak Needs Further Study On Use Of Vapes E Cigarettes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Ada Orang Kata Movie Keluang Man Best Ada Yang Tak

Apa Sebenarnya Festival Perahu Naga Sejarah Lokasi Maksudnya

Mb Gangjeong Chicken Kini Di Marrybrown Dengan Rasa Korea Yang Pedas Menggoda

Cuaca Panas Nyamuk Ganas Apa Kaitan Perubahan Iklim Global Dengan Denggi

Kembali

Amalan Sunnah Hari Arafah