Jawatan Kosong Petronas Oktober Yang Menawarkan 10 Jawatan Untuk Dimohon
Jawatan kosong Petronas Oktober telah dibuka untuk para pemohon! Pihak Petronas mengajak semua pencari kerja yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong Petronas yang ditawarkan pada bulan Oktober.
Petronas merupakan Petroliam Nasional Berhad,iaitu sebuah syarikat minyak dan gas yang berprestij dan terkemuka di Malaysia dan peringkat global. Petronas memainkan peranan penting dalam industri minyak dan gas, tidak hanya di Malaysia, tetapi juga di peringkat antarabangsa. Ia terkenal dengan projek-projek inovatif dan pembangunan petroleum negara yang telah membantu memajukan Malaysia dalam pelbagai cabang antaranya dalam bidang eksport minyak mentah negara.
Ingin menjadi sebahagian daripada Petronas yang cemerlang ini? Teruskan bacaan untuk mengetahui cara untuk memohon jawatan di Petronas.
Pembukaan 10 Jawatan Kosong Petronas Oktober 2023 Khusus Rakyat Malaysia
jawatan kosong petronas oktober
Tawaran Kerja Yang Boleh Dimohon
Petronas kini membuka pintu peluang dengan menawarkan 10 jawatan kosong yang menarik pada bulan Oktober ini. Jawatan-jawatan ini merangkumi pelbagai bidang dari bahagian kejuruteraan, sains, dan banyak lagi. Antara jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut bersama penerangan skop kerja:
Jawatan kosong Petronas OktoberSkop KerjaExecutive (Material, Corrosion & Insp)✔Melaksanakan, memberikan input teknikal, melaksanakan penyelesaian teknologi, menjalankan audit, dan memimpin projek yang diluluskan dalam aspek kejuruteraan Material, Corrosion, dan Inspection. Executive (Improvement)✔Perlu untuk memiliki Ijazah dalam Kejuruteraan (keutamaan dalam Kejuruteraan Mekanikal, Elektrik, atau Kejuruteraan Kimia) dari institusi yang diiktiraf.
✔Kelayakan profesional atau ijazah lanjutan akan menjadi satu kelebihan.Executive (Capability Management – GPU)✔Merancang dan melaksanakan pembangunan keupayaan untuk perkhidmatan Sumber Manusia (HR) bagi membina tenaga kerja HR.Executive (Employee Relations)✔ Perlu merujuk bahagian yang ditetapkanHead (Process Safety)✔Bertanggungjawab untuk memimpin, merancang, dan menguruskan penyusunan, penubuhan, dan pengurusan Sistem Keselamatan Proses (PSM) dan proses.Executive (Corporate)✔Merancang, menjadualkan, dan memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang diperlukan (perancangan kewangan)Head (Process Safety Governance)✔Memainkan peranan dalam Sistem Pengurusan Keselamatan Proses dengan memberikan panduan, sokongan, dan rujukan mengenai perkara melibatkan Keselamatan.Executive (Project Quality)✔Melaksanakan pembangunan, pelaksanaan, dan penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) yang merangkumi prestasi, pembinaan kemampuan, strategi atau inisiatif kerja.Executive (Project Management)✔Memimpin projek-projek baru atau penambahbaan dengan memanfaatkan landskap sistem Sumber Manusia secara global.Executive (Technical Trainer)✔Mereka bentuk dan membangunkan modul latihan yang berstruktur, program, dan pelan untuk staf Teknikal Bukan Eksekutif (NET)
Untuk berjaya dalam permohonan kerja di Petronas, calon perlu mematuhi ketetapan yang ditetapkan oleh pihak Petronas. Ini termasuk pengalaman, pendidikan, dan kemahiran yang diperlukan untuk setiap jawatan. Pastikan anda merujuk kepada maklumat lengkap dalam iklan jawatan yang dikeluarkan untuk memahami lebih lanjut mengenai tuntutan bagi setiap jawatan.
Tempoh Permohonan Kerja Dibuka
Permohonan jawatan kosong Petronas oktober dibuka bermula awal bulan Oktober dan dijangka permohonan ditutup pada 30 Oktober 2023. Untuk jawatan yang ditutup adalah berbeza mengikut jawatan yang tersedia. Anda boleh membuat semakan sendiri melalui laman website rasmi.
Kelayakan Permohonan Bagi Jawatan Kosong Petronas Oktober
Di bawah adalah senarai syarat kelayakan yang umumnya diperlukan untuk jawatan-jawatan di Petronas:
Warganegara Malaysia sahaja.
Memiliki kelayakan pendidikan yang setaraf dengan jawatan (boleh rujuk iklan dibawah).
Pengalaman kerja yang berkaitan boleh menjadi kelebihan.
Kemahiran berkomunikasi yang baik.
Kemahiran teknikal dan kejuruteraan yang diperlukan bagi jawatan tertentu.
Kemahiran interpersonal dan kepemimpinan.
Info Lengkap Peluang Kerjaya Oktober di Petronas
Makluman Iklan Kerja di Petronas
Peringatan penting para calon adalah untuk merujuk kepada iklan jawatan rasmi yang dikeluarkan oleh Petronas. Siaran iklan ini akan memberikan maklumat lengkap mengenai jawatan yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan, tempoh permohonan, serta proses pemilihan calon yang akan diikuti. Pastikan anda membaca iklan ini dengan teliti sebelum membuat permohonan.
Iklan Jawatan Kosong Petronas Oktober 2023
Mohon Jawatan kosong Petronas Oktober online
Cara untuk memohon jawatan di Petronas adalah melalui permohonan dalam talian. Calon boleh melawat laman web rasmi Petronas dan mengisi borang permohonan dalam talian yang disediakan. Berikut adalah dilampirkan pautan permohonan jawatan kosong Petronas oktober:
Laman Career Petronas Untuk Permohonan Kerja
Nota: Pastikan semua maklumat yang diperlukan diisi dengan betul dan lengkap. Setelah anda mengemukakan permohonan, tunggulah maklum balas daripada Petronas.
Permohonan para calon hendaklah dibuat dengan kadar segera dan mestilah mengikuti prosedur yang ditetapkan. Selain itu, para calon juga perlu ketahui mohon kerja di Petronas mempunyai cabarannya tersendiri.
Organisasi kerja di Petronas adalah bidang kerja yang sangat memerlukan tenaga professional. Sehubungan itu, perkara yang anda boleh ambil cakna adalah menambah pengetahuan am berkenaan Petronas dan tambahkan skill kemahiran dalam berkomunikasi dan laksana kerja yang kukuh serta mantap. Semoga dipermudahkan urusan para calon jawatan kosong Petronas oktober 2023!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/10/jawatan-kosong-petronas-oktober.html