Jawapan Kepada Tun M Tentang Umno Menjadi Pas



1. Perhatian dan keprihatinan Tun Mahathir kepada UMNO tidak pernah pudar. Ada sahaja perkara yang dilakukan UMNO akan terus menarik perhatian dan rasa ingin tahu beliau. Terbaharu, kerisauan beliau yang UMNO akan semakin menjadi PAS susulan kerjasama kedua-dua parti tersebut. 
2. Pertama sekali, tidak kisah la UMNO menjadi semakin PAS atau PAS menjadi semakin UMNO. Terpulang kepada cara masing-masing melihatnya. Semua itu hanya label politik.  Yang pasti, orang Melayu semakin kuat dan bersatu. Orang Melayu sudah tidak berpecah dan berpatah arang antara satu sama lain seperti yang Tun Mahathir lihat dan benarkan berlaku selama ini.


3. Kedua, adalah jauh lebih baik untuk orang Melayu bersatu padu melalui kerjasama UMNO-PAS berbanding kerjasama Tun Mahathir dengan DAP.
4. Tun Mahathir kini tidak ubah seperti jurucakap DAP. Setiap perkara yang DAP lakukan, yang dahulunya Tun gelar sebagai rasis, cauvinis dan tidak bertanggungjawab, kini menjadi amalan yang Tun terpaksa pertahankan sehabis-habisnya. 
5. Kami faham, prinsip, pendirian dan ideologi semuanya sudah tidak penting pada Tun. Kuasa adalah matlamat akhir pada Tun. Tetapi, sejujurnya, sudah pasti ramai orang Melayu terguris melihat bagaimana bersungguh-sungguhnya Tun mempertahankan DAP, satu seteru politik Tun untuk berdekad lamanya. Seteru politik yang kehadirannya selama ini secara tidak langsung menjadikan Tun sebagai pembela orang Melayu. 
6. Kesedihan orang Melayu melihat Tun membela DAP sudah pasti lebih mendalam dan pilu berbanding kesedihan penyokong setia PKR yang sebelum ini menghina dan menentang Tun sebagai ketua negara, tetapi kini terpaksa meraikan sambutan 20 tahunnya dengan senyum kelat kerana mengangkat Tun sebagai ketua. 
7. Ketiga, Tun, orang Melayu sudah sangat terpecah sebelum ini. Macam-macam jenis Melayu kita dengar pada zaman Tun. Melayu kopiah putih, Melayu songkok hitam. Semua itu tidak sihat untuk negara. Pada kami, kita hanya ada satu Melayu. Melayu Malaysia. Melayu yang cintakan tanah air. Melayu yang meraikan bangsa lain sebagai saudara yang hadir dan bersama-sama berpayung pada tanah ini. Janganlah Tun terus melabel Melayu dan memecah-belahkan bangsa kita.
8. Akhir sekali, saya merakamkan setinggi-tinggi rasa terharu kepada Tun. Terima kasih kerana terus mengambil tahu dan prihatin kepada UMNO. Setiap gerak geri UMNO tidak pernah terlepas dari pandangan Tun. Masa depan parti ini adalah perkara yang membuatkan Tun tidak tidur lena. Kami sedar. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tunggangan politik berdekad-dekad lamanya.
-Tamat-

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://thekl-chronicle.blogspot.com/2019/04/jawapan-kepada-tun-m-tentang-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Atau Pas Yang Harus Belajar Untuk Menjadi Khadam Yang Hebat

Umno Atau Pas Yang Harus Belajar Untuk Menjadi Khadam Yang Hebat

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 518 hits
BERGURU UMNO harus banyak belajar dari PAS kalau mahu menjadi pembangkang yg hebat PAS telah 6 dekad menjadi pembangkang di negara ini Mereka banyak menyumbang idea dan kritikan dan berjaya mengimbangi kuasa kerajaan sejak sekian lama Itu p...
Rantau Cubaan Pertama Melagakan Umno Pas Hancur Berkecai

Rantau Cubaan Pertama Melagakan Umno Pas Hancur Berkecai

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 369 hits
Pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Rantau semalam muncul seorang calon bebas bernama Mohd Nor Yassin Beliau memperkenalkan dirinya seorang bekas ahli PAS yang pernah bertanding pada pilihan raya umum ke 13 di DUN Gemencheh Negeri S...
Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa Dedah Fitnah Tun Dr Mahathir Mohamad Tentang Raja Raja Melayu

Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa Dedah Fitnah Tun Dr Mahathir Mohamad Tentang Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 410 hits
Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa dedah fitnah Tun Dr Mahathir Mohamad tentang Raja Raja Melayu
Yang Mengadu Domba Yang Mencucuk Jarum Takut Penyatuan Ummah Umno Pas

Yang Mengadu Domba Yang Mencucuk Jarum Takut Penyatuan Ummah Umno Pas

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 322 hits
REMBAU 10 April Saya yang berpoluk dongan Datuk Hadi saya yang cium cium mulut dengan dia Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng marah apa pasal Dia lak mimpi tengahari apa pasal Sebab takut 8230 sebab selama ini mereka berjaya m
Khairy Mengaku Jumpa Taliban Umno Pas Takkan Jadikan Malaysia Taliban

Khairy Mengaku Jumpa Taliban Umno Pas Takkan Jadikan Malaysia Taliban

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 421 hits
Bekas ketua pemuda Umno malam tadi mempertahankan kerjasama Umno dengan PAS dari dikaitkan dengan Taliban Menurut Khairy Jamaluddin Abu Bakar beliau kenal kumpulan yang pernah mentadbir Afghanistan itu dan kerjasama Umno dengan PAS tidak ak...
Umno Pas Sebar Fitnah Untuk Raih Undi Orang Melayu Kata Mat Sabu

Umno Pas Sebar Fitnah Untuk Raih Undi Orang Melayu Kata Mat Sabu

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 402 hits
Pada 9 April 2019oleh PentadbirPresiden Amanah Mohamad Sabu tampil menjawab tohmahan yang dilemparkan pembangkang terhadap PH sehingga menimbulkan kebimbangan orang Melayu dalam dalam satu ceramah di Seremban semalam Menurut beliau sentimen...
Orang Kalah Diam Kata Tun M Bila Umno Cadang Muhyiddin Jadi Mb Johor

Orang Kalah Diam Kata Tun M Bila Umno Cadang Muhyiddin Jadi Mb Johor

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 428 hits
Tun Dr Mahathir menolak gesaan Umno Johort supaya memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Besar menggantikan Osman Sapian Foto TMI Tun Dr Mahathir Mohamad menolak cadangan Umno Johor yang mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaga...
Umno Dah Jadi Pas Dan Bersatu Dah Jadi Dap

Umno Dah Jadi Pas Dan Bersatu Dah Jadi Dap

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 329 hits
AAATUUUU NAK BUAT LAGU MANAAAA UWISHHHH KESIAN PIEM KITA DIA KESAL UMNO DAH JADI PAS UWISHHH ADA ORANG UMNO KATA BERSATU DAH JADI DAP UMNO DAH JADI PAS MANA RAKYAT NAK UNDI TUN BUKA MULUT BUDAH SEKOLAH YANG JAWAB BEBUDAK SEKOLAH JAWAB KAMI ...
Saifuddin Belum Buat Keputusan Tanding Pemilihan Pkr

Daganghalal Strengthens Its Global Halal Trade Foothold At Gulfood 2025

Polis Siasat Vijayan Savarinathan Didakwa Hina Agama Islam

Cara Periksa Homestay Scammer

Leadership In Building A Startup

Braces Friendly Delights A Mouthwatering Guide To Enjoying Food With Braces

Memorial Day Feast Celebrate With Delicious Food And Meaningful Remembrance

Buy Diamond Pendants In Malaysia Discover Elegance At Diamond Talk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gummies That Work As Hard As You Do The Acv Boost You Need Daily

Pemandu Lori Didenda Rm3 500 Kerana Menyentuh Punggung Seorang Wanita Sebanyak Dua Kali

Servis Katering Mantap Di Johor Bahru Kasturi Catering Jb

Syasya Nur Fazura Dalam Diam Muncul Dengan Projek Lagu Sempena Aidilfitri Berjudul Raya Pum Pang

Persepsi Konon Kerajaan Berdiam Diri Apabila Agama Islam Dihina Adalah Fitnah Amp Tidak Berasas Pejabat Perdana Menteri

Era Fm Issued Notice On Licence Suspension By Mcmc