Umno Dah Jadi Pas Dan Bersatu Dah Jadi Dap
AAATUUUU ! NAK BUAT LAGU MANAAAA ! UWISHHHH, KESIAN PIEM KITA, DIA KESAL UMNO DAH JADI PAS.UWISHHH, ADA ORANG UMNO KATA BERSATU DAH JADI DAP, UMNO DAH JADI PAS, MANA RAKYAT NAK UNDI ?TUN BUKA MULUT, BUDAH SEKOLAH YANG JAWAB: BEBUDAK SEKOLAH JAWAB: KAMI NAK PAS ! BUAT ISU SERBA TAK KENA NAMPAKNYA !PIEM TERKILAN ATAU PIEM DAH GILA TALAK, PATUTNYA DIA JAGA BERSATU, TAPI DIA SUSAH HATI DENGAN UMNO, APA HAL ?ADA ORANG UMNO JUGA KATA JIKA UMNO JADI PAS MAKA ITU LEBIH BAIK, BOLEH SELAMAT DUNIA AKHIRAT.KALAU BERSATU DAH JADI DAPIG, DI DUNIA JADI PANAS DAN AKHIRAT LAGI LA PANAS MEMBARA !SIAAAAN TUN PIEM !Pak KaramuMahathir kesal Umno berubah jadi PASNews | Diterbitkan 8 Apr 2019, 5:04 petang | Dikemaskini 8 Apr 2019, 5:04 petang
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini kesal dengan mengenang kembali perubahan yang menyaksikan parti yang pernah diterajui beliau selama lebih dua dekad bertukar "menjadi PAS".
Mengulas prestasi pembangkang baru itu, perdana menteri berkata bahawa Umno hari ini menggunakan isu-isu perkauman dan agama untuk terus hidup, dan bukannya memberi tumpuan terhadap kerajaan.
"Umno telah menjadi PAS. Mereka dikuasai sepenuhnya oleh PAS. Mereka mendengar apa yang dikatakan oleh PAS. Bukan Umno yang saya kenali. Bukan lagi Umno yang ditubuhkan pada tahun 1946.
"Saya bersama Umno sejak tahun 1946. Saya tahu segalanya tentang Umno, tetapi ini bukan Umno. Ia hanya sekumpulan ahli politik yang mahu mengekalkan kedudukan mereka," katanya dalam satu wawancara yang diterbitkan oleh New Straits Times (NST) hari ini.
Sebelum menjadi perdana menteri ketujuh negara susulan kejatuhan BN pada pilihan raya umum lalu pada bulan Mei, Mahathir pernah menjadi pengerusi BN dan perdana menteri keempat dari tahun 1981 hingga 2003.
Beliau digantikan oleh Abdullah Ahmad Badawi.
Mahathir, bagaimanapun, berkata kerajaan Pakatan Harapan tidak dapat menafikan bahawa isu perkauman adalah faktor penting.
Katanya, walaupun kerajaan berusaha mewujudkan persamaan antara kaum yang berlainan, perbezaan antara masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera tidak boleh diabaikan.
Beliau dipetik sebagai berkata: "Hakikat terdapat perbezaan antara kaum memang wujud. Walaupun kita tidak mahu memainkan isu perkauman, kita mesti memastikan bahawa tiada kaum yang dipinggirkan.
"Kita tahu pada masa ini orang Melayu, khususnya, jauh di belakang. Kita terpaksa membuat pembetulan dan itulah sebabnya kita mengatakan ini bukan hanya mengenai kesaksamaan, tetapi juga mengenai keadilan. Kita perlu bersikap adil.
"[...] Malangnya, saya percaya jika kita tidak melihat ke arah kepentingan Bumiputera, mereka akan tertinggal."
Dr Mahathir juga mempertahankan amalan rundingan langsung untuk tender, atau tender terhad, yang baginya adalah "diskriminasi" yang dicipta untuk membantu bumiputera.
Tanpa amalan sedemikian, Mahathir dilaporkan berkata, mastarakat bumiputera tidak akan mendapat apa-apa.
"Kerana mereka bukan masyarakat yang berorientasikan komersial. Bahkan, mereka tidak memahami penggunaan wang. Oleh itu, kita perlu memberi pertimbangan mengenainya."
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://abnnasution.blogspot.com/2019/04/umno-dah-jadi-pas-dan-bersatu-dah-jadi.html