Jatuh Cinta Pada Muay Thai
Muay Thai sekarang ini semakin mendapat liputan meluas di dunia. Kalau tengok pun TV1 pun dah mula siarkan Max Muay Thai. Muay Thai adalah senibela diri yang berasal dari Thailand.
Jatuh cinta pada muay thai
Kalau pada pandangan mata kasar mungkin nampak perlawanan Muay Thai sememangnya ganas dan ngeri. Biasa akan lihat perlawanan memang akan ada KnockOut dan berdarah biasanya. Semua tu bukan tipu memang ianya benar.
Membesar dalam keadaan abah yang memang minat Muay Thai jadi memang aku terdedah pada Muay Thai. Dan memang aku tak rasa pun Muay Thai tu ganas atau ngeri. Bagi aku sukan Muay Thai memang menarik dan menguji ketahanan fizikal pemain.
Jatuh Cinta Pada Muay Thai
Walaupun minat pada martial art pada zaman kanak kanak lagi tapi tiada peluang untuk belajar pada zaman kanak-kanak. Tapi cinta pada muay thai tak pernah hilang. Cinta pada seni bela diri buat aku belajar silat, dan pada umur 34 tahu ni aku sertai Muay Thai.
Memang hakikatnya memang aku zero, kosong tentang Muay Thai. Hanya tahu beberapa step yang biasa tengok dalam game Muay Thai dan youtube. Tapi praktikal nya memang aku kosong. Langsung tidak tahu pasal step atau langkah Muay Thai.
Mula memang aku takut untuk sertai kelas Muay Thai, umur 30-an baru nak sertai Muay Thai. Tapi aku nekad juga untuk sertai Muay Thai. Nak belajar juga. Walaupun umur dah lewat dan segan sebab umur dah tua pun sebenarnya.
Muay Thai
Masuk kaki mula mula memang menggigil rasa. Tengok semua orang muda. Saya umur dah 30-an. Dengan badan yang agak berisi masa tu. Alhamdulillah, diterima baik.
Hari pertama saya sertai kelas, memang sakit badan. Ya sangat sakit. Sebab setelah sekian lama tak bersukan terus main Tomoi. Bukan setakat bersukan, jogging pun langsung tak pernah. Terus main Tomoi. Memang merasa.
Sakit jangan cakap. Jalan kengkang. Satu badan sakit. Tapi tetap kuatkan diri. Alhamdulilah hampir sudah setahun sudah saya sertai Muay Thai.
Baju Pejuang Muay Thai
Terima kasih Pejuang Muay Thai. Sebab menerima saya sebagai seorang ahli keluarga Pejuang Muay Thai. Dan kini memang aku sudah jatuh cinta pada Muay Thai.
Yang berminat jom sertai Pejuang Muay Thai.
The Founder Filem Wajib Tonton
Semalam sempat menonton filem The Founder. Filem ni memang dah lama ada dalam koleksi tapi
Jangan Takut Jadi Pelik… Be Different.
Dari dulu memang aku suka kan 'martial art', boleh kata dari kecil dari umur aku
Pengalaman Membeli Barang Menggunakan Shopee… Mudah Dan Cepat Dengan Shopee…
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila Tiada Lagi Rasa Hormat?
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
The post Jatuh Cinta Pada Muay Thai appeared first on DaddyDee.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://daddydee.net/2018/11/jatuh-cinta-pada-muay-thai/