Pengantin lama menumpang barakah pengantin baru. Semoga cinta yang bertaut dijulang hingga ke syurga 💕
He is the one who will make my akhirah beautiful. In sha Allah *love*
Haruslah tidak melepaskan peluang bergambar dengan wanita humble berjubah hitam Puan Hajah Fauziah Ghous yang popular lagi cantik menawan ni. Terpegun sis! Wanita elegan dan anggun sebelah kanan, cik puan pengacara majlis.
Suami pula tak lepaskan peluang berfoto kenangan bersama Dato' Nash, legend penyanyi Malaysia. Asalnya satu lagu tapi kalau dah otai memang tak cukup dengan nyanyi satu lagu. Satu lagu baru nak panas suara kan. Lagu 'Ku Di Halaman Rindu' betul-betul mengubat rindu para tetamu yang excited mendengar nyanyiannya. Suaranya masih berbisa di halwa telinga. Selain Dato' Nash, ada kumpulan Hijjaz yang turut membuat persembahan. Sebelum tu kena tadah telinga dulu dengar tazkirah daripada Dato' Haji Fadzilah Kamsah.
Tuan Suami bergandingan bersama Cik Puan Muna Izzah Dato Fadzil menerajui majlis resepsi meriah, gemilang dan penuh barakah ini di Dewan 1 IDCC Shah Alam
Terima kasih Dato' Ustaz Mohd Zawawi atas kepercayaan yang diberi kepada kekanda suami. Buat suami, tahniah kerana suskses menggalas tanggungjawab yang diberi 💖
Bergambar kenangan bersama ibu dan bapa pengantin |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |