Janna Nick Bakal Dijodohkan Dengan Anak Shiela Rusly
Dikatakan Bakal Dijodohkan Dengan Anak Lelaki Sheila Rusly, Ini Komen Balas Janna Nick
Baru-baru ini pelakon, pengarah dan juga penerbit, Sheila Rusly ada memuat naik foto di akaun instagramnya yang memaparkan gambar dua anak lelakinya bersama pelakon wanita popular, Janna Nick dengan kapsyen ‘MyNyawa’
Perkongsian Sheila itu telah mendapat perhatian daripada netizen dan ada yang membuat spekulasi bahawa Janna bakal dijodohkan dengan salah seorang anaknya
Menurut sumber daripada sebuah portal hiburan, Janna telah menafikan perkara tersebut dan mengatakan bahawa hubungannya dengan keluarga Sheila sudah ibarat seperti sebuah keluarga
“Memang tidak terlintas langsung soal ini di fikiran saya. Semua orang tahu kak Sheila tiada anak perempuan dan mempunyai dua anak lelaki
Menurut Janna lagi, bagi dirinya, apabila anak-anak Sheila sudah pun meningkat dewasa, mereka sudah mula buat hal sendiri dan sebagai seorang ibu tentunya Sheila memerlukan seorang anak perempuan yang boleh dijadikan sebagai kawan untuk berkongsi apa sahaja
“Ia satu anugerah buat saya di mana mereka sayangkan saya yang bukan d@rah daging mereka seperti saudara sendiri,” katanya
Janna turut menolak dakwaan yang mengatakan dia dilihat serasi jika dijodohkan dengan anak sulung Sheila Rusly
Janna turut mengakui bahawa hubungannya dengan keluarga Sheila adalah ikhlas dan bukan kerana kepentingan peribadi
Sis Sheila Rusly Dah Maafkan Janna Nick, Tapi…
Aktres Janna Nick barangkali tidak perlu gusar sekiranya permohonan maaf yang dibuat secara terbuka tidak diterima Sheila Rusly
Ini kerana, penerbit dan pelakon popular itu sudah lama memaafkan anak didiknya itu
Sheila berkata, sebagai umat Islam dan sebagai manusia, dia menyedari bahawa memaafkan orang lain tidak sesekali menjatuhkan ego atau maruah dirinya
Apa lagi, jika yang memohon maaf itu, kata Sheila, menyedari kesilapan dan kelemahan dilakukan
“Alhamdulilah dia (Janna) sudah sedar kesilapan dia.. saya sudah maafkan tapi bagi saya masa untuk hadam apa yang dia sudah buat pada saya dan keluarga,” kata Sheila yang juga isteri kepada pengarah Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo
Pada Selasa, Janna, 24, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sheila jika benar-benar dia telah melukakan hati penerbit dan pelakon itu
Menurut Janna, Sheila sudah dianggap sebagai ibu, guru dan juga senior di dalam industri dan kerana itu dia enggan mengeruhkan keadaan
Menurut Sheila lagi, secara jujurnya, kemelut yang tercetus antara dia dengan Janna tidak ada kaitan dengan kerja-kerja pembikinan drama Leftenan Zana
“Apa yg terjadi ini tidak ada kena mengena dengan Leftenan Zana. Hal keluarga yang terlalu peribadi untuk dikongsi,” ujarnya lagi
Sebagai seorang manusia yang berjiwa besar, Sheila juga memilih untuk berdiam diri dan tidak berkongsi punca sebenar kemelut yang tercetus antara mereka berdua
Kata Sheila, biarlah kepahitan itu ditanggungnya sendirian bersama keluarga dan dia tidak pernah terfikir untuk berkongsinya dengan masyarakat
“Biarlah Allah sahaja yang tahu,” ujarnya ringkas
Ditanya apakah dia sudah memiliki kekuatan untuk bertemu dengan Janna, Sheila berkata, pada masa ini tidak timbul isu mengenai sama ada mahu bersemuka atau sebaliknya
“Seperti yang saya katakan, saya memerlukan masa untuk menghadam apa yang sudah dilakukan dia pada saya,” kata Sheila sambil memberitahu dia sudah meneruskan hidupnya
Hubungan akrab yang terjalin antara Janna dengan keluarga Sheila sudah diketahui ramai dan kedua artis berkenaan seperti keluarga kandung. - Naluri KiniBaik Sheila dan Janna juga sebelum ini sering memuat naik foto bersama di laman sosial masing-masing sehinggalah tercetus konflik dalam perhubungan mereka, tiada lagi sebarang paparan kelihatan di Instagram mereka
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/08/janna-nick-bakal-dijodohkan-dengan-anak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29