Janji Pilihan Raya Perlu Diikat Dengan Undang Undang Elak Pengundi Ditipu


Dr Muzaffar Syah Mallow  Pengundi selalunya akan memberi undi mereka kepada mana-mana ahli atau parti politik yang menawarkan janji yang baik melalui manisfesto mereka.

SUDAH sampai masanya kita mengambil satu langkah baru bagi memastikan setiap janji manifesto yang dibuat dalam proses pilihan raya dalam negara kita dipandang serius oleh mereka yang membuatnya dan dipenuhi tanpa adanya sebarang alasan murah dan tidak munasabah.

Peribahasa Melayu pun ada menyebut “Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya (janjinya)” yang bermaksud janji hendaklah ditepati dan ditunaikan. Mana-mana ahli atau parti politik yang membuat janji-janji melalui manifesto pilihan raya perlu menanggung segala risiko serta bertanggungjawab terhadap semua janji manis yang telah dibuat oleh mereka di dalam manifesto pilihan raya tanpa memberi sebarang alasan.

Amat menyedihkan sekiranya sebarang janji yang telah dibuat di dalam manifesto pilihan raya tidak dipenuhi dan ditepati oleh mana-mana ahli atau parti politik setelah mereka memenangi proses pilihan raya dan memegang kuasa kerajaan.

Tindakkan untuk tidak memenuhi atau menepati segala janji yang telah dibuat di dalam manifesto juga menunjukkan dengan jelas sikap tidak hormat mereka terhadap para pengundi yang telah memberi kepercayaan dan memberi undi kepada ahli dan parti politik yang telah membuat pelbagai jenis janji dalam manifesto pilihan raya mereka.

Manifesto pilihan raya adalah sebuah dokumen bertulis yang mengandungi janji yang bakal dipenuhi sekiranya ahli atau parti politik yang membuat manifesto terbabit menang dalam proses pilihan raya. Manifesto plihan raya selalunya dibuat setiap kali adanya tibanya musim pilihan raya.

Dengan adanya manifesto pilihan raya ini, rakyat secara keseluruhannya akan mudah untuk memahami segala rancangan yang bakal dilakukan sekiranya ahli atau parti politik yang membuat manifesto ini sekiranya mereka menang pilihan raya kelak. Terdapat pelbagai jenis janji di dalam manifesto pilihan raya ini.

Kesemua janji ini ini selalunya dilihat sebagai “janji manis” sewaktu pilihan raya yang digunakan untuk memenangi hati rakyat terutamanya hati pengundi. Antara janji yang sering dilemparkan adalah yang berkaitan dengan janji untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat, janji memperbaiki ekonomi, janji untuk memberi pelbagai jenis bantuan sosial, janji untuk meningkatkan tahap serta peluang pendidikan, janji untuk membangunkan pengangkutan awam dan macam-macam jenis janji lagi.

Pengundi selalunya akan memberi undi mereka kepada mana-mana ahli atau parti politik yang menawarkan janji yang baik melalui manisfesto mereka. Namun amat sedih untuk diketahui, status sesebuah manifesto hanya lah sekadar janji manis yang tidak terikat dengan undang-undang.

Ini bermakna, ahli atau parti politik yang membuat manisfesto ini tidak perlu menunaikan janji yang telah dibuat setelah mereka menang pilihan raya dan mendapat kuasa untuk memerintah negara. Jika kita masih ingat pada tahun 2013 yang lalu, pihak Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa sebuah manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara sah.

Berikutan keputusan penting itu, pihak mahkamah membatalkan saman sivil yang difailkan oleh 2,020 ibu tunggal di Selangor berhubung pembayaran elaun RM100 kepada mereka seperti terkandung dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika itu supaya mengetepikan keengganan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman tersebut.

Di dalam kes terbabit, hakim bersetuju dengan hujahan bahawa manifesto itu bukan sebuah dokumen yang terikat di sisi undang-undang. Seseorang yang tidak berpuas hati dengan kegagalan memenuhi janji pilihan raya tidak boleh menuntut untuk menguatkuasakan manifesto tersebut. Dengan mengambil kira keadaan semasa kini, kita perlu melakukan proses penambahbaikkan bagi melindungi rakyat kita khususnya para pengundi daripada menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab sewaktu tibanya musim pilihan raya.

Pihak mahkamah diminta melihat semula status undang-undang yang diberikan terhadap manisfesto yang dibuat oleh mana-mana ahli atau parti politik. Setiap manifesto yang dibuat oleh mana-mana ahli atau parti politik perlu diikat dengan undang-undang supaya tindakkan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana ahli atau parti politik yang tidak memenuhi atau melangari janji manifesto mereka. Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga disarankan mengambil langkah yang proaktif dalam perkara ini.

Pihak SPR perlu mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu manifesto ini untuk diberikan satu kuasa undang-undang terhadapnya. Pindaan boleh dilakukan melalui sebarang akta sedia ada seperti Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 [Akta 5] bagi menyelesaikan perkara ini.

Sekiranya manifesto pilihan raya diikat dengan kuasa undang-undang, setiap ahli serta parti politik akan lebih mengambil serius terhadap manifesto pilihanraya mereka serta akan menyediakan sebuah manifesto pilihan raya yang lebih realistik serta yang berdasarkan fakta yang sahih di masa akan datang. Pada masa yang sama, hak dan kepentingan setiap pengundi dalam negara kita juga dapat dilindungi.

* Dr Muzaffar Syah Mallow Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/janji-pilihan-raya-perlu-diikat-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Boleh Turun Padang Sebelum Kempen Pilihan Raya Kata Tun M

Menteri Boleh Turun Padang Sebelum Kempen Pilihan Raya Kata Tun M

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 520 hits
PUTRAJAYA Anggota Kabinet boleh turun padang di mana mana kawasan selagi kempen pilihan raya belum bermula kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Kita belum ada pilihan raya lagi kalau mereka nak pergi mana pergi la Loading Tempat lai...
Rusia Nafi Terlibat Dalam Pilihan Raya Indonesia

Rusia Nafi Terlibat Dalam Pilihan Raya Indonesia

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 349 hits
Rusia menafikan sebarang penglibatan dalam pilihan raya Indonesia yang akan datang selepas Presiden Joko Widodo mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan pencabarnya dengan propaganda Rusia untuk menutup fakta dan menyebar berita tidak benar P...
Puteri Thai Bertanding Pilihan Raya Lawan Ketua Junta

Puteri Thai Bertanding Pilihan Raya Lawan Ketua Junta

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 673 hits
Puteri Thai bertanding pilihan raya lawan ketua junta Dikemas kini 3 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 8 Feb 2019 7 00
Pilihan Raya Zaman Ini Adalah Cina Lawan Melayu

Pilihan Raya Zaman Ini Adalah Cina Lawan Melayu

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 496 hits
Jelas bahawa pilihan raya zaman ini adalah Melayu lawan Cina Tetapi sekiranya Melayu masih berpecah maka Cina akan berkuasa Dan Cina akan mengguna proxi Melayu untuk berkuasa supaya tidak nampak sangat Dan ramai orang Melayu yang sanggup me...
Pilihan Raya Umum 14 Tidak Sah

Pilihan Raya Umum 14 Tidak Sah

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 395 hits
oleh Ab Jalil Backer MINGGU lalu Peguam Negara Tommy Thomas telah mengumumkan penubuhan tribunal untuk menyiasat dakwaan salah laku ke atas enam anggota Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung peranan mereka menjelang dan semasa Pilihan Raya Umu...
Dana Rm2 Juta Ke Kolej Cina Dr Maszlee Elak Jawab Soalan Wartawan

Dana Rm2 Juta Ke Kolej Cina Dr Maszlee Elak Jawab Soalan Wartawan

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 316 hits
SEMENYIH Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik enggan mengulas mengenai sumbangan khas oleh Kementerian Kewangan kepada Kolej Universiti Selatan Beliau ketika ditanyakan soalan itu hanya menjawab dengan ringkas seolah olah cuba mengelak Ok te...
Sepasang Suami Isteri Dipenjara 7 Bulan Kerana Kesalahan Mencuri Barangan Makanan Di Sebuah Pasar Raya

Sepasang Suami Isteri Dipenjara 7 Bulan Kerana Kesalahan Mencuri Barangan Makanan Di Sebuah Pasar Raya

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 418 hits
PETALING JAYA Sepasang suami isteri yang juga merupakan sepasang penganggur telah dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas mengaku bersalah mencuri barangan makanan di sebuah pasar raya yang telah d...
Waspada Elak Sumbang Mahram

Waspada Elak Sumbang Mahram

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 315 hits
Kes jenayah rogol mahram dapat dikawal jika semua pihak mengambil langkah berjaga jaga Hubungan lelaki dan perempuan muhrim perlu menepati batasan agama agar tidak terdorong nafsu syahwat Nafsu syahwat tidak mengenal erti muhrim Jika batasa...
Panduan Elak Sembelit

Panduan Elak Sembelit

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 319 hits
Assalamualaikum wbt Biasanya individu yang normal dan sihat lazimnya akan membuang air besar sekurang kurangnya satu hingga dua kali sehari Tapi camne pulak jika seseorang tue membuang air besar kurang daripada jumlah itu Biarpun rutin pemb...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage