Pilihan Raya Umum 14 Tidak Sah


oleh Ab Jalil Backer
MINGGU lalu Peguam Negara, Tommy Thomas, telah mengumumkan penubuhan tribunal untuk menyiasat dakwaan salah laku ke atas enam anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung peranan mereka menjelang dan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Penubuhan tribunal ini berikutan representasi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa enam ahli SPR itu harus disiasat dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dipecat menurut Perkara 114(3) dan 125(3) Perlembagaan Persekutuan atas syor tribunal itu.
Mereka yang didakwa ialah Tan Sri Othman Mahmood (bekas Timbalan Pengerusi SPR), Datuk Md Yusop Mansor, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi, Datuk K Bala Singam dan Datuk Leo Chong Cheong.
Tribunal ini akan terdiri daripada lima anggota hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersara, iaitu Steve Shim Lip Kiong (Pengerusi), Zaleha Zahari, Suriyadi Halim Omar, Jeffrey Tan Kok Wha, dan Prasad Sandosham Abraham.
Undang-undang negara mempunyai peruntukan yang melindungi pemegang jawatan tertentu dari percaturan politik dan tindakan berpihak. Antara yang berada dalam kategori perlindungan ini ialah para hakim dan ahli SPR.
Justeru seperti mana kedudukan hakim-hakim, ahli SPR juga tidak boleh dipecat atau ditamatkan kontrak lebih awal kecuali melalui satu tribunal yang ditubuhkan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Tujuan perlindungan ini ialah bagi menjaga integriti dan kebebasan kehakiman dan SPR supaya tidak mudah diugut dan tunduk kepada ahli politik.
Ura-uru penubuhan tribunal ini timbul pada awal Oktober 2018 apabila enam ahli SPR terbabit enggan mengikut jejak langkah Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, melepaskan jawatan selepas tamat PRU14.
Justeru beberapa media telah digunakan memetik sumber kerajaan bahawa satu tribunal akan ditubuhkan bagi mengambil tindakan ke atas mereka. Ini merupakan ugutan tersirat kepada ahli SPR, letak jawatan atau dipecat melalui tribunal. Justeru keenam-enamnya meletak jawatan bagi mengelakkan nasib mereka akan berakhir seperti mana Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan lima hakim Mahkamah Agung pada 1988.
Pada 1988, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Keempat, Dr Mahathir, telah menubuhkan tribunal untuk memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas. Krisis kehakiman yang berlaku pada masa tersebut menyaksikan Tun Salleh Abas dan tiga hakim mahkamah agung dipecat.
Berikutan perletakan jawatan tersebut, pada Oktober 2018 juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, memaklumkan kepada Parlimen bahawa tiada keperluan untuk kerajaan menubuhkan tribunal menyiasat dakwaan salah laku ahli SPR ketika PRU14.
Menurutnya, berdasarkan perkembangan terkini mengenai perletakan jawatan ahli SPR itu, isu penubuhan tribunal tidak berbangkit lagi. Justeru pengumuman penubuhan tribunal bagi memecat mereka yang telah meletak jawatan ini sangat mengejutkan. Ia bertentangan sama sekali dengan kenyataan Menteri di Parlimen.
Apakah Parlimen telah dibohongi oleh Kabinet?
Apa motif Dr Mahathir meneruskan tribunal ini? Adakah ini merupakan langkah membatalkan keputusan pilihan raya di kawasan-kawasan yang parti Bersatu telah kalah dalam PRU14?
Dr Mahathir telah beberapa kali menyatakan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun selepas PRU14 bergantung kepada rakyat, bukannya persetujuan antara mereka. Rakyat hanya boleh menentukan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri jika berlaku pilihan raya umum.
Justeru penubuhan tribunal ini mungkin merupakan langkah Dr Mahathir mewujudkan kemungkinan pilinan raya umum baharu, sama ada melalui pembubaran Parlimen atau pembatalan keputusan PRU14.
Jika tribunal mendapati ahli-ahli SPR terbabit bersalah maka ia bukan sahaja bermakna mereka dipecat, tetapi juga menyebabkan keputusan PRU14 boleh dibatalkan. Ini kerana pertuduhan yang dibuat membabitkan tindak-tanduk mereka ketika PRU14.
Jika seseorang hakim bersalah melanggar undang-undang dan prosedur dalam perbicaraan maka sesuatu perbicaraan akan disytihar sebagai ‘mistrial’ dan dibicarakan semula. Maka hal sedemikian juga seharusnya berlaku kepada keputusan PRU14 jika ahli-ahli SPR didapati bersalah oleh tribunal.
Salah laku ahli SPR bukan seperti salah laku pegawai pilihan raya kawasan yang hanya menyebabkan keputusan kawasan tersebut sahaja dibatalkan. Jika ahli-ahli SPR ini disabitkan kesalahan ia bermakna seluruh keputusan PRU14 tercemar dan harus diisytiharkan batal.
Sebaik sahaja tribunal mendapati mereka bersalah, parti yang bertanding boleh mengemukakan saman membatalkan seluruh keputusan PRU14. Maka ketika itu mahkamah tiada pilihan kecuali membatalkan PRU14, melainkan ada campur tangan dalam kehakiman.
Seperti mana pengharaman Umno 1988 menutup peluang kumpulan Tengku Razaliegh Hamzah, pembatalan keputusan PRU14 akan menjadikan hasrat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8 sebagai mimpi siang hari sahaja.
* Penulis ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar)
SINAR


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/01/28/pilihan-raya-umum-14-tidak-sah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Guna Tandatangan Ikrar Sokong Pilihan Raya Bersih Sekiranya Perbuatan Tidak Sekata Calon Bn

Tiada Guna Tandatangan Ikrar Sokong Pilihan Raya Bersih Sekiranya Perbuatan Tidak Sekata Calon Bn

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 250 hits
TANAH RATA 15 Jan Calon Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands Ramli Mohd Nor berkata tiada gunanya menandatangani Ikrar Sokong Pilihan Raya Bersih Dan Adil sekiranya perbuatan tidak sekata dengan apa yang dimertai Jela
Pilihan Raya Zaman Ini Adalah Cina Lawan Melayu

Pilihan Raya Zaman Ini Adalah Cina Lawan Melayu

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 503 hits
Jelas bahawa pilihan raya zaman ini adalah Melayu lawan Cina Tetapi sekiranya Melayu masih berpecah maka Cina akan berkuasa Dan Cina akan mengguna proxi Melayu untuk berkuasa supaya tidak nampak sangat Dan ramai orang Melayu yang sanggup me...
Sistem Pilihan Raya Bukti Malaysia Negara Yang Demokrasi

Sistem Pilihan Raya Bukti Malaysia Negara Yang Demokrasi

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 247 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata amalan sistem pilihan raya di Malaysia membuktikan bahawa negara ini mendukung penuh demokrasi Ramai orang akan menyangkal apa yang saya perkatakan ini kerana mereka berpendapat b...
Tolak Motor Masuk Tol Bptj Sebut Masyarakat Akan Makin Sulit Pindah Ke Angkutan Umum

Tolak Motor Masuk Tol Bptj Sebut Masyarakat Akan Makin Sulit Pindah Ke Angkutan Umum

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 198 hits
Saat ini mencuat wacana sepeda motor bisa masuk jalan tol Pemerintah mengatakan rencana motor masuk tol dikaji berdasarkan aspek keadilan karena pengguna kendaraan roda dua memiliki hak yang sama dengan pengendara mobil untuk mengakses jala...
Ptptn Umum Dividen Empat Peratus Untuk Dua Skim Sspn

Ptptn Umum Dividen Empat Peratus Untuk Dua Skim Sspn

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 245 hits
KUALA LUMPUR Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional hari ini mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional sebanyak empat peratus untuk dua Skim Simpanan Pendidikan Nasional 2018 iaitu SSPN i dan SSPN i Plus Pengerusi PTPTN Wa...
Mengapa Takut Umum Status Ecrl

Mengapa Takut Umum Status Ecrl

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 380 hits
SAYA telah mengeluarkan kenyataan pada 23 Januari lalu berhubung pertanyaan mengenai status terkini ECRL Kenyataan saya dibuat ekoran dua agensi media telah melaporkan pembatalan projek ECRL iaitu The Edge dan The Straits Times Singapore Wa...
Bahagia Itu Untuk Dirasa Bukan Dipamer Di Umum Bukan Semua Orang Sukakan Kita

Bahagia Itu Untuk Dirasa Bukan Dipamer Di Umum Bukan Semua Orang Sukakan Kita

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 458 hits
Bahagia Itu Untuk DIRASA Bukan DIPAMER Di Umum Bukan Semua Orang Sukakan Kita Cabaran dunia tanpa sempadan kini ramai yang gemar berkongsi segala segala perasaan emosi sedih gembira bahagia marah di media sosial baik Facebook Instagram Twee...
Umno Perlu Sedia Adaptasi Saranan Nacp Peluang Terbaik Tangkis Persepsi Umum

Umno Perlu Sedia Adaptasi Saranan Nacp Peluang Terbaik Tangkis Persepsi Umum

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 221 hits
KUALA LUMPUR 31 Jan 8211 Pelan Antirasuah Nasional yang turut melibatkan UMNO merupakan peluang serta kesempatan terbaik dalam usaha parti untuk mengubah tanggapan dan memperbetul persepsi umum terhadap nilai dan amalan parti selama ini Ket...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization