Janji Diberi Wang Penantian Orang Kampung Di Semenyih Sia Sia


Kow Gah ChieDiterbitkan Hari ini 8:32 malam


PRK SEMENYIH | Ratusan penduduk berkumpul di kawasan berdekatan pasar di sebuah kampung kerana diberitahu ada pihak akan menghulurkan bantuan tunai.

Penduduk di Kampung Bahru Semenyih dijanjikan akan diberi wang tunai RM100 oleh pihak yang tidak dikenali semalam.

Khabar itu tersebar dan semalam ratusan penduduk kampung berkumpul di kawasan gerai makan bersebelahan pasar di penempatan masyarakat Cina itu sebagaimana yang diberitahu kepada mereka.

Apabila ditemui hari ini, Chin, pesara berusia 80 tahun berkata penduduk kampung menyerahkan salinan fotostat kad pengenalan MyKad untuk pendaftaran bagi mendapatkan wang tersebut.

"Mereka mula berkumpul sekitar jam 11 pagi, malah ada yang menunggu sejak 7.30 pagi semalam," katanya.

Dia menjelaskan semua orang tanpa mengira usianya diberitahu layak mendapat wang tunai berkenaan.

Sementara itu seorang lagi penduduk kampung yang enggan dinamakan berkata ada juga yang membawa sama anak kecil dan menunggu dengan sabar.

PH tak beri wang tunai

Ketua Kampung Bahru Semenyih, Gan Boon Chong, yang menemani calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Zainali untuk berkempen di kawasan gerai makan dan pasar berdekatan dilabel orang kampung sebagai 'pembohong'.

"Saya dipanggil pembohong pagi ini dan saya tidak mengerti kenapa. Seorang penduduk memberitahu seseorang telah menggunakan nama saya untuk memberikan wang tunai dan sebanyak 500 salinan fotostat MyKad telah dikumpulkan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Gan berkata apa yang terjadi merupakan suatu penipuan bertujuan untuk merosakkan sokongan penduduk kampung kepada PH pada pilihan raya kali ini.

"Saya ingin katakan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan memberikan wang (semasa kempen pilihan raya).

"Ini suatu penipuan. Ada pihak yang buat kacau supaya penduduk tidak akan menyokong PH pada PRK Semenyih," jelasnya.

Menurut Gan pihaknya akan membuat laporan polis esok.

Kampung Bahru Semenyih merupakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dengan pengundi Cina yang paling ramai sebanyak 83 peratus, manakala pengundi Melayu 10 peratus dan pengundi India tujuh peratus daripada 3,211 orang yang mendaftar sebagai pemilih.

Pada PRU14, dianggarkan kira-kira 83 peratus pengundi Cina di Semenyih telah mengundi calon PH.

PRK Semenyih dijadualkan berlangsung pada 2 Mac depan, manakala pengundian awal pada 26 Februari.

Pilihan raya kecil kali ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Bersatu, BN, PSM dan calon bebas Kuan Chee Heng.

PRK Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, allahyarham Bakhtiar Mohd Nor daripada Bersatu yang mewakili PH pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.

[Baca berita penuh]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/02/janji-diberi-wang-penantian-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Semenyih Janji Biar Lebih Munasabah

Prk Semenyih Janji Biar Lebih Munasabah

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 373 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan perlu mengambil kira beberapa faktor termasuk keperluan dan kepadatan penduduk sebelum merancang untuk membina hospital di Semenyih Selangor kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Beliau berkata...
Prk Semenyih Destinasi Ph Untuk Tabur Janji Yang Terkini Mat Nadzari

Prk Semenyih Destinasi Ph Untuk Tabur Janji Yang Terkini Mat Nadzari

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 564 hits
KUALA LUMPUR 12 Feb Pengerusi Barisan Nasional Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan mempersoalkan tindak tanduk beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang begitu agresif turun padang dengan pelbagai program kerajaan ke kawasan Dewan Undangan
Peluang Ph Menang Prk Semenyih Tergugat Akibat Gagal Tunai Janji

Peluang Ph Menang Prk Semenyih Tergugat Akibat Gagal Tunai Janji

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 383 hits
Pengundi di Semenyih memberi amaran kepada Pakatan Harapan menjelang pilihan raya kecil 2 Mac ini atas kegagalan gabungan itu menunaikan janji pilihan raya umum lalu dan menangani isu kenaikan kos sara hidup Penduduk Flat Bandar Tasek Kesum...
Kukuhkan Legasi Ketua Bahagian Ppbm Tan Sri Rashid Jutawan Tanah Semenyih Beri Wang Kepada Calon Ph

Kukuhkan Legasi Ketua Bahagian Ppbm Tan Sri Rashid Jutawan Tanah Semenyih Beri Wang Kepada Calon Ph

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 444 hits
Seperti dijangka Pakatan Harapan mengemukakan menantu arwah wakil rakyat Dewan Undangan Negeri Semenyih Bakhtiar Mohd Nor sebagai calon pilihan raya kecil Muhammad Aiman Zainali 30 bukan sahaja anak menantu tetapi juga Bendahari Bahagian Pa...
Pas Janji Tak Sokong Umno Di Semenyih Kata Dr M

Pas Janji Tak Sokong Umno Di Semenyih Kata Dr M

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 392 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjanji kepadanya untuk tidak menyokong Umno pada pilihan raya kecil Semenyih kali ini Pengerusi PPBM itu berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuannya deng...
Prk Semenyih Pakatan Harapan Umpama Macau Scam Janji Tinggi Bak Gunung Hasil Hampeh Peniaga Semenyih

Prk Semenyih Pakatan Harapan Umpama Macau Scam Janji Tinggi Bak Gunung Hasil Hampeh Peniaga Semenyih

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 766 hits
Pada 2 Mac 2019 para pengundi N24 Semenyih akan membuat keputusan siapakah Adun yang akan membawa suara mereka ke Dewan Undangan Negeri Selangor Kempen yang memasuki hari ke 9 menonjolkan pelbagai cerita pengundi dari segenap lapisan Seoran...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord

Keputusan Mahkamah Tarif Menimbulkan Ketidakpastian Baru Dalam Pasaran