Jangkitan Kuman Pada Luka Caesarean 4 Kategori Ibu Ini Berisiko Tinggi Jangan Berani Sapu Sembarangan


Jangkitan kuman pada luka caesarean adalah amat ditakuti ibu-ibu yang bersalin. Doktor jelaskan 4 kategori wanita ini yang berisiko tinggi alami jangkitan pada luka pembedahan. Awas mama, hati-hati!
Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan berkongsi mengenai pengalamannya mengendalikan kes wanita selepas bersalin yang mendapat jangkitan pada luka pembedahan caesarean. Beliau juga turut berkongsi info lanjut mengenai infeksi luka pembedahan dan siapa yang perlu berisiko & ekstra hati-hati.

“Awak sapu ubat apa pada luka operation ni ?”
Luka pembedahan caesarean kelihatan kekuningan dan berwarna coklat kehitaman. Bila dirasa guna tangan, lukanya panas dan bengkak
“Saya sapu kunyit dan manjakani doktor. Ada orang cakap bagus untuk sembuhkan luka operation. Saya pun try lah. Lepas sapu tu luka saya jadi merah merah dan bengkak. Sampai takboleh tidur sakitnya. Tak tahan dah, tu yang saya jumpa Dr ni”
Pemeriksaan dilakukan untuk kenal pasti sebab luka bengkak dan lebam. tangan saya ditepis
“Doktor sakit sangat, jangan pegang luka tu”
“Luka awak ni da bernanah, bila picit je memancut nanah keluar. Sib baik tak kena muka saya”
“Menyesal dah saya sapu benda bukan bukan kat luka ni. Taubat dahhh”
Dalam nada berseloroh,
Nanti dalam wad, sapu serbuk kari plak tau, mana lah tau cepat sembuh…. serbuk kayu manis jangan lupa, dah alang-alang tu kan ? 

PENINGKATAN KELAHIRAN MELIBATKAN CAESAREAN
Dalam standard praktis obstetrik, kadar caesarean telah meningkat dalam 20 tahun lepas dengan 20% baby dilahirkan secara caesarean.
Dengan pelbagai cara untuk mengurangkan kadar kelahiran secara caesarean ini, tiada bukti atau pun ura-ura menunjukkan kadar caesarean ini akan menurun dalam masa yang terdekat.
Maka, masalah berkaitan seperti duduk hospital lama, dan cara untuk merawat jangkitan pada luka pembedahan caesarean adalah perkara yang penting dan menjadi tugas utama doktor sakitpuan dan perbidanan selain menguruskan hal-hal kesihatan wanita dan kehamilan.

6 DARI 10 WANITA BERSALIN CZER AKAN ALAMI INFEKSI PADA LUKA BEDAH
Secara keseluruhan, jangkitan kuman berlaku 6 dalam 100 wanita yang menjalani pembedahan caesarean – ini adalah komplikasi yg sangat biasa berlaku dan telah dimaklumkan kepada pesakit sebelum pembedahan caesarean dilakukan.
Dalam kajian terbaru menyatakan 9.6% wanita mengalami jangkitan selepas pembedahan caesarean di UK ( untuk data Malaysia saya takda ). Majoriti dlm 88% jangkitan ini melibatkan lapisan atas kulit dan baki 12% melibatkan lapisan lebih dalam termasuklah organ dalaman.

SIMPTOM JANGKITAN KUMAN
Tanda-tanda jangkitan kuman pada luka pembedahan caesarean :
Luka menjadi kemerah-merahan Kadang-kadang ada nanah mula keluar Luka menjadi bengkak dan lebam 4 KATEGORI IBU YANG BERISIKO MENDAPAT JANGKITAN PADA LUKA CAESAREAN
Siapa yang senang dapat jangkitan kuman pada luka caesarean?
Mereka yang menjalani pembedahan caesarean secara kecemasan risikonya tinggi sedikit untuk dapat jangkitan kuman berbanding mereka yang menjalani pembedahan caesarean secara elektif Bayi yang mengalami obesiti. Ibu ada kencing manis Pernah mengalami pembedahan caesarean sebelum ini.
RAWATAN YANG DIBERIKAN
Bila sudah berlakunya jangkitan kuman pada luka caesarean ini, sampel (swab) akan diambil pada luka ini utk mengetahui kuman apa yang ada menyebabkan jangkitan itu. Penyiasatan darah juga turut dilakukan.
Kalau jangkitan kuman baru nak bermula dan tak berapa teruk, rawatan antibiotik akan dimulakan untuk 5-7 hari, biasanya pesakit boleh makan kat rumah. Selepas seminggu pesakit ini akan dijumpa semula untuk melihat sama ada jangkitan ini sudah sembuh atau tidak
LEBAM-LEBAM TANDA JANGKITAN TERUK PADA LUKA
Kalau jangkitan pada luka teruk, sehingga ternampak lebam lebam dan pengumpulan darah beku pada luka, pesakit mungkin akan dimasukkan ke dalam wad untuk pemberian antibiotik melalui salur darah ( intravenous ) kemudian proses cuci luka akan dilakukan dari semasa ke semasa sebelum memastikan jangkitan kuman sudah tiada sebelum luka dijahit semula.
DOKTOR PESAN JANGAN SAPU SEMBARANGAN PADA LUKA PEMBEDAHAN
Jangan gatal nak sapu tepung ubi kayu la serbuk kari la serbuk kunyit lah kat luka operation. Bersihkan guna air mandian biasa dan keringkan luka selepas mandi dah cukup. Tak perlu sapu apa apa.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan
The post Jangkitan Kuman Pada Luka Caesarean, 4 Kategori Ibu Ini Berisiko Tinggi. Jangan Berani Sapu Sembarangan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/jangkitan-kuman-pada-luka-caesarean-4-kategori-ibu-ini-berisiko-tinggi-jangan-berani-sapu-sembarangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas Anak Tindik Telinga Terlalu Awal Berisiko Tinggi Kena Jangkitan Kuman 4 Tips Ini Boleh Elak Bernanah

Awas Anak Tindik Telinga Terlalu Awal Berisiko Tinggi Kena Jangkitan Kuman 4 Tips Ini Boleh Elak Bernanah

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 479 hits
Tindik telinga adalah satu kebiasaan dalam masyarakat kita Tapi tahukah anda yang tindikkan anak terlalu awal boleh menyebabkan risiko tinggi terjadinya jangkitan kuman Anting anting merupakan perhiasan yang lazim digunakan oleh wanita di s...
Sakit Kepala Mata Jadi Kabur Darah Tinggi Tanda Praeklampsia 4 Kategori Ibu Hamil Mesti Waspada

Sakit Kepala Mata Jadi Kabur Darah Tinggi Tanda Praeklampsia 4 Kategori Ibu Hamil Mesti Waspada

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 380 hits
Praeklampsia dan eklampsia ialah dua keadaan yang berbeza doktor terangkan dengan lebih lanjut Perkongsian ini boleh dijadikan panduan buat ibu ibu hamil yang mungkin berhadapan dengan masalah praeklampsia atau mengalami simptom simptomnya ...
Bayi 6 Bulan Ke Bawah Berisiko Tinggi Tersedak Susu Doktor Pesan Ibu Ayah Buat 5 Langkah Ini

Bayi 6 Bulan Ke Bawah Berisiko Tinggi Tersedak Susu Doktor Pesan Ibu Ayah Buat 5 Langkah Ini

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 416 hits
Bayi 6 bulan bulan ke bawah mudah tersedak susu Pemilihan puting susu dan teknik memberikan susu penting untuk diperhatikan Ikuti penerangan doktor ini Dr Farhanah Pegawai Perubatan Eva Emily Clinic Klinik Ibu dan Anak telah berkongsi beber...
7 Tips Luka Pembedahan Cepat Sembuh Supaya Tiada Jangkitan Kuman

7 Tips Luka Pembedahan Cepat Sembuh Supaya Tiada Jangkitan Kuman

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 414 hits
Penjagaan luka samada dari pembedahan major minor luka apendiks luka cyst ataupun pembedahan caesarean perlu dijaga dengan betul agar luka pebedahan cepat sembuh Jangkitan kuman dikawasan luka juga dapat dielakkan sekiranya luka pembedahan ...
Baliklah Nur Najwa Remaja Lari Selepas Ditegur Jangan Keluar Malam Oleh Ibu Bapanya

Baliklah Nur Najwa Remaja Lari Selepas Ditegur Jangan Keluar Malam Oleh Ibu Bapanya

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 464 hits
Kerisauan pasangan suami isteri membuatkan mereka tiada pilihan lain untuk membuat laporan polis di Balai Polis Jerantut berhubung kehilangan anak perempuan mereka yang berusia 15 tahun selepas tidak pulang dari sekolah sejak Rabu lalu Bapa...
Jangan Tangguh Jika Anak Demam Melebihi 38 Celcius Risau Jangkitan Influenza

Jangan Tangguh Jika Anak Demam Melebihi 38 Celcius Risau Jangkitan Influenza

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 415 hits
Influenza terbahagi kepada banyak jenis dan dikategorikan sebagai influenza A B dan C Virus jenis A adalah penyebab utama flu terhadap manusia dan haiwan Jenis B pula kurang biasa tetapi boleh menyebab kan penyakit yang menyerupai jenis A m...
Proses Bersalin Yang Sangat Lama Punca Bahu Bayi Tersangkut Ibu Hidap Kencing Manis Golongan Berisiko

Proses Bersalin Yang Sangat Lama Punca Bahu Bayi Tersangkut Ibu Hidap Kencing Manis Golongan Berisiko

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 460 hits
Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran ialah antara masalah kecemasan yang boleh berlaku ketika kelahiran Ikuti penerangan Dr Sharina Mohd Razali Pakar Perbidanan Sakit Puan Columbia Asia Bukit Rimau Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran ia ...
Lahir Anak 25 Minggu 700 Gram Ibu Ini Pesan Wanita Hamil Jangan Stres Terlalu Aktif

Lahir Anak 25 Minggu 700 Gram Ibu Ini Pesan Wanita Hamil Jangan Stres Terlalu Aktif

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 732 hits
Pengalaman ibu ini yang melahirkan anak pramatang pada usia kandungan 25 minggu dengan berat badan semasa lahir hanya 700gram Puan berkongsi mengenai perjalanan hamil dan melahirkan permata hatinya Muhammad Akid bin Mohd Fazli yang genap be...
Tumpah Darah Selepas Caesarean Doktor Kongsi 8 Keadaan Yang Berisiko Terjadinya Pendarahan

Tumpah Darah Selepas Caesarean Doktor Kongsi 8 Keadaan Yang Berisiko Terjadinya Pendarahan

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 294 hits
Kelahiran terutama secara pembedahan mempunyai risiko yang tinggi untuk terjadinya pendarahan Dr Mastura Mohd Mokhtar Pakar Perbidanan dan Sakit Puan menjelaskan mengenai komplikasi ini Tumpah darah merupakan salah satu komplikasi yang bias...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda