Sakit Kepala Mata Jadi Kabur Darah Tinggi Tanda Praeklampsia 4 Kategori Ibu Hamil Mesti Waspada


Praeklampsia dan eklampsia ialah dua keadaan yang berbeza, doktor  terangkan dengan lebih lanjut.
Perkongsian Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak ini boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu hamil yang mungkin berhadapan dengan masalah praeklampsia atau mengalami simptom-simptomnya.
Eklampsia & Praeklampsia 2 Keadaan Berbeza Eclampsia dan praeklampsia adalah dua keadaan yang berbeza mahupun mereka berkait rapat antara satu sama lain. Sehinggakan dalam teaching pelajar perubatan dan doktor houseman berkali kali saya tekankan, semua orang mengandung yang dapat sawan atau dijumpai tak sedarkan diri adalah EKLAMPSIA sehinggalah dibuktikan bukan.
Bila sawan kita panggil EKLAMPSIA. Praeklampsia pula adalah amaran bahaya sebelum dapat sawan ketika hamil.
Praeklampsia adalah keadaan yang disebabkan oleh kehamilan, dan ianya berlaku pada trimester kedua kehamilan lazimnya selepas 20 minggu kehamilan.
Praeklampsia berkaitan dengan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang mendadak disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan kehadiran protein dalam air kencing.
Punca sebenar terjadinya pra-eklampsia masih lagi tidak diketahui.

Bayi Boleh Mati Dalam Kandungan                         Apa yang terjadi dalam praeklampsia ialah terdapat pengurangan aliran darah ke uri sekaligus membahayakan bayi dalam kandungan .
Tumbesaran bayi menjadi terbantut disebabkan kuantiti oksigen dan nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi.
Air mentuban juga akan menjadi kurang. Sekiranya tumbesaran bayi menjadi sangat terbantut, bayi boleh mati secara mengejut di dalam kandungan. Maka kehamilan dengan pra-eklampsia akan dipantau dari semasa ke semasa untuk mengesan bayi-bayi yang bakal mengalami komplikasi ini supaya tindakan segera dapat diambil untuk menyelamatkan bayi.
Mengapa perlu tahu mengenai praeklampsia?
Pra-eklampsia sangat biasa berlaku di kalangan wanita hamil.
Pra-eklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 kehamilan manakala eklampsia (sawan hamil) pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan pra-eklampsia akan mengalaminya.
Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bersalin, dalam tempoh berpantang (postpartum).
1 dalam 200 kehamilan (0.5%) akan mengalami pra-eklampsia yang serius ketika hamil. Gejala-gejala pra-eklampsia lazimnya ditunjukkan pada penghujung kehamilan, tetapi ada juga yang menujukkan gejala-gejala selepas bersalin.
Simptom / Gejala Praeklampsia Gejala-gejala praeklampsia yang serius adalah :
Sakit kepala yang tidak dapat dilegakan oleh ubat tahan sakit Mata menjadi kabur Pedih pada ulu hati yang tidak dapat dilegakan oleh ubat-ubatan gastrik Bengkak pada kaki dan muka yang makin bertambah Berasa tidak sihat Gejala-gejala ini adalah tanda-tanda amaran bahaya, dan memerlukan perhatian pihak hospital dengan kadar yang segera. Dalam pra-eklampsia yang serius ini, organ-organ penting di dalam badan – fungsi hati dan buah pinggang mungkin akan terjejas, sekaligus menjejaskan proses pembekuan darah yang normal di dalam badan.
Praeklampsia serius ini jika tidak dirawat boleh menjadi lebih teruk ke tahap eklampsia dimana sawan boleh terjadi. Walaupun ianya jarang terjadi 1 dalam 4000 kehamilan, eklampsia memberikan komplikasi dan impak yang serius kepada ibu dan bayi, dan boleh membawa maut
Anda lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia jika ini merupakan kehamilan sulung anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang terdahulu.

4 Kateogori Ibu Hamil Yang Berisiko Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda:
Berumur 40 tahun atau lebih; Berat badan berlebihan ketika hamil, BMI 35 atau lebih. Mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus,masalah buah pinggang, atau diabetes;
kandungan kembar atau lebih; Mempunyai sejarah praeklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya; Berbincang dengan doktor anda, tentang faktor-faktor yang anda ada. Setelah penilaian doktor, anda akan dinasihatkan memakan ubat aspirin 75mg sehari sekali dari pada awal kehamilan (12 minggu) sehingga bersalin untuk mengurangkan risiko anda mengalami pra-eklampsia. Suplemen kalsium juga akan turut dimulakan.
Tiada cara yang pasti 100 % untuk mencegah terjadinya praeklampsia. Tetapi, cara yang terbaik untuk memastikan yang anda atau bayi tidak dalam bahaya ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk temujanji antenatal anda. Ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dijalankan oleh doktor atau jururawat semasa anda hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan tanda-tanda awal pra-eklampsia.

Rawatan Praeklampsia Bagaimana saya dirawat, sekiranya saya mengalami praeklampsia?
Jika tekanan darah naik secara sederhana, anda akan dinasihatkan untuk mendapatkan seberapa banyak rehat yang boleh, dan caranya ialah dengan berbaring di sisi kiri anda sebab ini akan membantu aliran darah ke uri. Anda mungkin diminta pergi ke klinik kesihatan setiap hari untuk memeriksa tekanan darah anda.
Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan diminta masuk ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau dengan rapi. Kadar tumbesaran bayi akan diperiksa. CTG (cardiotocography) akan digunakan untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi anda dan kesihatannya secara umum.
Tujuannya ialah untuk memanjangkan tempoh kehamilan anda seberapa lama yang boleh, untuk memberi peluang kepada bayi supaya tidak dilahirkan secara pramatang. Ubat untuk mengawal tekanan darah juga turut akan diberikan.
Anda juga akan diberikan suntikan ubat magnesium sulfat. Satu kajian penyelidikan yang besar yang diterbitkan pada tahun 2002 mendapati bahawa jika ibu yang mempunyai pra-eklampsia diberikan magnesium sulfat, risikonya mendapat eklampsia dikurangkan hingga separuh.
Anda akan dirawat di wad rawatan rapi untuk ibu mengandung. Doktor juga akan menilai sama anda anda perlu diberikan ubat untuk mematangkan peparu bayi, sekiranya perlu dilahirkan lebih awal.
Sekiranya tekanan darah anda sukar dikawal dengan ubat-ubatan, akan dicadangkan supaya anda supaya menjalani proses induksi (induction of labour) atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.

Praeklampsia Hanya Akan Pulih Lepas Bersalin Pra-eklampsia hanya akan pulih dengan sendirinya setelah anda melahirkan bayi. Tetapi, anda masih lagi berisiko sehingga empat minggu selepas bersalin, terutamanya jika pra-eklampsia anda itu serius atau dikenalpasti apabila kehamilan anda sudah mencapai minggu ke-37 atau lebih. Anda mungkin perlu meneruskan ubat untuk mengawal tekanan darah walaupun sudah bersalin.
Jika bayi dilahirkan kecil dan pramatang, bayi akan dipantau di unit rawatan rapi bayi sehingga bayi benar-benar sihat dan selamat untuk pulang. Tiada masalah untuk meneruskan penyusuan susu ibu
Segera dapatkan rawatan jika ada gejala-gejala pre eclampsia. Jangan tunggu.
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan wanita & kehamilan
The post Sakit kepala, Mata Jadi kabur & Darah Tinggi Tanda Praeklampsia. 4 Kategori Ibu Hamil Mesti Waspada appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/sakit-kepala-mata-jadi-kabur-darah-tinggi-tanda-praeklampsia-4-kategori-ibu-hamil-mesti-waspada/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susah Tidur Hantuk Kepala Rupanya Tanda Anak Stres Ibu Kongsi Pengalaman Dalam Pa Ma Tv

Susah Tidur Hantuk Kepala Rupanya Tanda Anak Stres Ibu Kongsi Pengalaman Dalam Pa Ma Tv

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 404 hits
Si kecil menunjukkan simptom sukar untuk tidur dan menghantuk kepala ke dinding rupanya tanda tanda si kecil sedang stres Pengalaman ini dikongsikan oleh ibu ini dalam rancangan TV Pa Ma Puan Siti Fairuz berkongsi tentang puterinya Nur Zalf...
Jangkitan Kuman Pada Luka Caesarean 4 Kategori Ibu Ini Berisiko Tinggi Jangan Berani Sapu Sembarangan

Jangkitan Kuman Pada Luka Caesarean 4 Kategori Ibu Ini Berisiko Tinggi Jangan Berani Sapu Sembarangan

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 534 hits
Jangkitan kuman pada luka caesarean adalah amat ditakuti ibu ibu yang bersalin Doktor jelaskan 4 kategori wanita ini yang berisiko tinggi alami jangkitan pada luka pembedahan Awas mama hati hati Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita Kehamilan ...
Sorok Sikit Perut Jaga Aurat Pandangan Mata Nakal Ibu Anak Sembilan Nasihatkan Wanita Hamil

Sorok Sikit Perut Jaga Aurat Pandangan Mata Nakal Ibu Anak Sembilan Nasihatkan Wanita Hamil

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 922 hits
Hamil merupakan moment yang terindah bagi setiap ibu Semakin hari perut semakin membesar Bagi wanita muslimah perut merupakan bahagian aurat yang harus ditutup dengan sempurna berkongsi sebuah perkongsian mengenai ibu hamil dan batas aurat ...
Betul Ke Kembar Air Mudah Bersalin Kembar Darah Lebih Sakit Susah Bersalin Doktor Jelaskan

Betul Ke Kembar Air Mudah Bersalin Kembar Darah Lebih Sakit Susah Bersalin Doktor Jelaskan

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 676 hits
Menurut kata orang dulu dulu percaya keadaan air ketuban ketika hendak bersalin iaitu lelehan ketuban air adalah petanda proses kelahiran yang mudah Manakala air ketuban bercampur darah menjadikan proses bersalin lama dan menyakitkan Betul ...
Ini Manfaat Surat Maryam Untuk Ibu Hamil

Ini Manfaat Surat Maryam Untuk Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 406 hits
Al Qur an adalah salah satu mukjizat Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sebagai petunjuk dan bacaan untuk umatnya Membacanya adalah bernilai ibadah dan ketenangan yang didapat Begitu pun dengan ibu hamil kondisi yang kadang kurang s...
Petua Elak Tanda Penuaan Elok Sangat Ibu Turunkan Amalan Ni Pada Seisi Keluarga Rileks Media

Petua Elak Tanda Penuaan Elok Sangat Ibu Turunkan Amalan Ni Pada Seisi Keluarga Rileks Media

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 398 hits
Mengimpikan kelihatan muda daripada usia sebenar tentunya ramai mahukannya Lazimnya kita juga sedar untuk kekal nampak muda dan cantik pastinya ada rutin penjagaan wajah harus diamalkan Selain penjagaan dari luaran amalan pemakanan dan gaya...
Umi Bukaklah Langsir Ara Nak Tengok Abang Hijau Bacalah Perkongsian Seorang Ibu Tentang Tanda Kematian Anaknya

Umi Bukaklah Langsir Ara Nak Tengok Abang Hijau Bacalah Perkongsian Seorang Ibu Tentang Tanda Kematian Anaknya

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 381 hits
Umi Bukaklah Langsir Ara Nak Tengok Abang Hijau Bacalah Perkongsian Seorang Ibu Tentang Tanda Kematian Anaknya
Anak Dah Bagi Tanda 40 Hari Sebelum Pergi Ibu Ini Redha Dan Berserah

Anak Dah Bagi Tanda 40 Hari Sebelum Pergi Ibu Ini Redha Dan Berserah

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 537 hits
Anak Dah Bagi Tanda 40 Hari Sebelum Pergi Ibu Ini Redha Dan Berserah Kecekalan dan kekuatan untuk melawan p3nyakit yang hadir membuatkan seseorang tabah untuk menghadapi kem4tian Kisah perjalanan hidup anak syurga Nur Syifa Zara 5 membuka m...
Kaki Bengkak Masa Hamil Perlu Dipantau Darah Beku Boleh Ke Paru Paru Membawa Maut

Kaki Bengkak Masa Hamil Perlu Dipantau Darah Beku Boleh Ke Paru Paru Membawa Maut

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 558 hits
Bila kaki mula membengkak ibu ibu akan rasa tidak selesa Seolah olah kaki jadi berat dan susah nak bergerak Awas ia perlu dipantau bimbang terbentuknya darah beku yanbg boleh ke paru paru Kaki bengkak sebelah ke dua dua belah Semasa hamil k...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner