Janganlah Bina Mahligai Atas Tangisan Air Mata Isteri Ebit Lew


The Reporter


Hati isteri mana yang tidak remuk apabila si suami mahu menceraikannya hanya kerana mahu bersama dengan perempuan lain. Lebih-lebih lagi si isteri pula baru hamilkan zuriat suaminya

Bagi lelaki seperti ini, mereka lupa akan amanah yang telah diberi olehNya, sanggup melihat isteri sendiri menangis kesedihan hilang tempat bergantung sementara dia pula sibuk menabur madu di bunga lain.  
Manfaatkan perkongsian dari Ustaz Ebit Lew. Semoga golongan suami hadam dan jangan dikhianati amanah yang telah diberi. 
SEDIH dan pilu menangis sangat bila terbaca kisah sesiapa ceraikan isteri yang sedang mengandung untuk berkahwin lain. Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini. Apa perasaan kita? 
Jika kita dah tua ini rasa begitu, bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham. Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya. 
Saya berdoa Allah selamatkan rumah tangga ini, semua rumah tangga kita semua. Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak. Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dari keluarga yang bercerai berai. 
Buat yang telah diuji, teruskanlah kuat yer. Kita ada Allah, jadikanlah musibah itu buat kita dekat dengan Allah. Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik saja untuk semua. 
Satu saja nak cakap untuk peringatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Allah, untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka, kita jaga. Tak suka, ceraikan. Lainlah beliau ada lelaki lain. 
Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian. Kita sayang kerana Allah walau banyak kekurangan kita tampung dan bina bersama-sama untuk redha Allah. Lihat isteri, kenangkanlah ibu kita, kenangkan anak perempuan kita, kenangkanlah. 
Saya ingat seorang kawan saya baru berkahwin berjumpa dengan ustaz. 
"Ustaz, isteri saya baik, rajin dan solehah, semua kerja rumah dia buat. Senyam jer. Sempurna. best kan ustaz?" 
Ustaz jawab secara berfikir, "Isteri kamu ahli syurga. InsyaAllah. tapi kamu belum lagi. Kamu mungkin masuk neraka."
"Kenapa pula ustaz?" soalnya. 
"Dah semua isteri kamu buat. Kamu buat apa? Dah kahwin terus nak jadi raja. Muda-muda dah malas." katanya

Bahagia itu bila kita yang memberi, bukan tuntut hak dari pasangan. Dalam kata lain, saling bantu membantu dan bertolak ansur. 
Pernah ada seorang suami berjumpa saya, dia nak ceraikan isterinya. Dalam perjalanan nak bercerai, masing-masing tak nampak baik satu sama lain. Allah sayang, dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah, bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tetapi tunaikan apa yang Allah nak. Nikah itu amanah Allah," katanya. 
"Tapi ustaz, isteri saya degil, malas. Tak pernah nak ambil hati saya. Tak layan saya, selalu tolak saya," dia senaraikan buruk isteri dia. 
"Abang kan ketua keluarga. Ada bawa isteri belajar agama? Ada buat Taklim rumah? Ada solat tahajud sama-sama? Ada doakan isteri setiap malam? Ada baca Al-Quran sama-sama? Ada mengorat pujuk dia dekat dengan Allah

"Wah abang, Dulu cantik lawa menawan sexy semualah. Eh tiba-tiba hari ini baru sedar segala kekurangan pasangan. Kurang saya di mana? Dah lama-lama baru cakap tipu saja semua itu? 
"Doa pada Allah dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita. Cubalah tanya?" katanya. 
"Semua tak ada ustaz." 
"Sekurang-kurangnya abang dah buat semua itu, jika masih tak berubah, barulah fikir yang lain-lain. Ini tak pernah bawa berada di jalan Allah pun lagi." 
"Baik ustaz." katanya. 
Dia bawa isteri datang keluargasunnah. Sehari dalam keluargasunnah, selepas itu bawa isteri tiga hari belajar iman. Mula buat taklim rumah, mula makan dalam dulang berjemaah, mula sama-sama dekatkan diri pada Allah, didik isteri anak solat, bagi masa untuk keluarga. 
Dia jumpa saya semula dan kata, "Ustaz, hidup kami dah bahagia. Baru saya rasa kahwin setelah sekian lama. Kalau tahu, dari mula kahwin ajak belajar agama, belajar iman, dekat pada Allah, makan suap-siap kreana sunnah semua ajaib. Ajaibkan ustaz."
Wanita ini boleh menjadi paling lembut, menyejukkan dan membahagiakan. Wanita juga boleh jadi paling keras dan teramat menyakitkan. 
Suami tidak boleh jadi seperti wanita juga nak menangis dan menjerit tak tentu pasal. Mereka melengkapkan kita. Sebab itu kita lelaki. Dalam Al-Quran kata, 'ArRijal' Ar Rijal. Ar Rijal..Allah puji 'lelaki'. 
Tugas kita bertenang dan pimpin isteri kita kerana Allah sampai syurga. Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka. Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga..Dakwah dengan kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu. Malam menangis di depan Allah. Al-Quran puji pengorbanan wanita dan Islam sangat menjaga hak wanita. Setiap lelaki dilahirkan dari perut seorang ibu.

Pohon doakan Oktober nanti saya akan pusing semua negeri buat program keluargasunnah untuk yang bujang dan yang dah lama kahwin. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah

Sumber: Ustaz Ebit Lew

April 22, 2019 at 03:01AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2019/04/janganlah-bina-mahligai-atas-tangisan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Ceraikan Isteri Masa Hamil Suami Jangan Bina Mahligai Atas Air Mata Isteri Anak

Kisah Ceraikan Isteri Masa Hamil Suami Jangan Bina Mahligai Atas Air Mata Isteri Anak

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 1259 hits
Diceraikan semasa hamil sangat meruntun jiwa Ketika isteri sedang mengandungkan zuriat suami isteri ditinggalkan demi membina mahligai bahagia dengan wanita lain Ini amat memilukan Ustaz Ebit Lew berkongsi perasaannya tentang kisah seorang ...
Jangan Bina Rumahtangga Atas Air Mata Isteri

Jangan Bina Rumahtangga Atas Air Mata Isteri

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 293 hits
Tindakan PU Abu menceraikan isteri ketika hamil turut mendapat perhatian Pendakwah terkemuka Ustaz Ebit Lew yang sedih dengan kejadian itu Tulis Ebit The post appeared first on
Ebit Lew Isteri Bukan Kita Suka Kita Jaga Tak Suka Ceraikan

Ebit Lew Isteri Bukan Kita Suka Kita Jaga Tak Suka Ceraikan

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 390 hits
Sedih pilu menangis sangat bila terbaca kisah sesiapa ceraikan isteri sedang mengandung untuk berkahwin lain Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini Apa perasaan kita Jika kita dah tua ini rasa begitu Bagaimana satu hari nanti...
Isteri Ini Amanah Jangan Bila Tak Suka Ceraikan Ebit Lew Kesal Dengan Golongan Suami Curang

Isteri Ini Amanah Jangan Bila Tak Suka Ceraikan Ebit Lew Kesal Dengan Golongan Suami Curang

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 1178 hits
KISAH penceraian antara Pencetus Ummah Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi atau PU Abu dengan Ain Afini terus mejadi perhatian ramai walaupun PU Abu telah tampil membuat permohonan maaf semalam Terbaru menerusi catatan dalam Facebook p...
Rasa Sedih Kecewa Air Mata

Rasa Sedih Kecewa Air Mata

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 579 hits
Rasa sedih kecewa air mata adalah penghapus dosa Allah uji kita sebagai tanda mencuci dosa Walaupon orang itu telah bercakap dengan menyakiti hati kita Tak perlu kita marah orang tu tapi kita perbetulkan diri kita Istighfar sebagai penghapu...
Mengalir Air Mata Reaksi Keluarga Terima Berita Hamil Ibu Ini Buat Netizen Sebak

Mengalir Air Mata Reaksi Keluarga Terima Berita Hamil Ibu Ini Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 371 hits
Tidak dinafikan mengalir air mata menyaksikan kasih sayang keluarga ini menerima berita kehamilan anak perempuan mereka Netizen ramai mengakui memang sebak Perkongsian video berdurasi 1 44 minit Puan di Twitter menjadi tular sehingga ditont...
Bila Anak Tidur Tenunglah Wajah Mereka Waktu Itulah Gugurnya Air Mata Seorang Ibu Kerana Terasa Diri Tidak Sempurna

Bila Anak Tidur Tenunglah Wajah Mereka Waktu Itulah Gugurnya Air Mata Seorang Ibu Kerana Terasa Diri Tidak Sempurna

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 494 hits
Mama baring atas katil sambil tengok awak lena Kamu dah tidur beberapa jam yang lalu itulah yang kita berdua perlukan Hari ni bukanlah hari yang mudah untuk kita Waktu kita makan tadi Mama kira jam untuk sampai waktu tidur Mama berkira kira...
Menitis Air Mata Luahan Adik Mangsa Kemalangan Yang Meragut Nyawa Bayi 10 Bulan Sentuh Hati Netizen

Menitis Air Mata Luahan Adik Mangsa Kemalangan Yang Meragut Nyawa Bayi 10 Bulan Sentuh Hati Netizen

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 423 hits
Kita memang tak sedar tapi sebenarnya setiap hari kita menggadaikan nyawa di atas jalan raya Malang memang tak berbau walaupun kita dah cuba bawa kenderaan dengan selamat ia tak menjamin keselamatan kerana ia boleh berlaku atas kecuaian ora...
Pondok Abuya

How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine