Menitis Air Mata Luahan Adik Mangsa Kemalangan Yang Meragut Nyawa Bayi 10 Bulan Sentuh Hati Netizen


Kita memang tak sedar tapi sebenarnya, setiap hari kita menggadaikan nyawa di atas jalan raya. Malang memang tak berbau, walaupun kita dah cuba bawa kenderaan dengan selamat, ia tak menjamin keselamatan kerana ia boleh berlaku atas kecuaian orang lain juga.
Seperti kemalangan yang dilaporkan oleh Berita Harian semalam, bila seorang bayi perempuan berusia 10 bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru ini berlaku selepas kereta Perodua Kenari yang dinaiki mangsa dilanggar oleh Mercedes Benz E250 dari arah belakang.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais, mangsa, Nur Auliya Inara Mohamad Nirzaudy Haiqal berusia 10 bulan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital.

“Apabila sampai di tempat kejadian di Jalan Lingkaran Dalam, Kenari berada di lorong kiri dari dua lorong jalan, secara tiba-tiba datang kereta jenis Mercedes E250 dari arah belakang di lorong yang sama melanggarnya.
“Akibat pelanggaran, pemandu Kenari itu hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan terlanggar batu pembahagi jalan seterusnya berpusing sejauh kira-kira 30 meter sebelum terbalik di tengah jalan.
“Bedah siasat dijalankan terhadap bayi perempuan itu pada jam 9.30 pagi ini di Jabatan Forensik, HSA.
“Bapa kandung bayi itu mengalami kecederaan parah di bahagian badan, kepala dan kaki sebelah kiri kanan, manakala ibunya pula cedera parah di bahagian badan, kaki kiri kanan dan muka, selain kedua-duanya masih dirawat di Zon Merah HSA, di sini.
“Bagaimanapun, kakak mangsa yang juga penumpang belakang mengalami luka ringan di bahagian kaki sebelah kiri.”
Tambah Shahurinain, ujian air kencing yang dijalankan terhadap pemandu Mercedes yang berusia 23 tahun ini menunjukkan keputusan negatif semua jenis dadah. Pemandu ini juga tak mengalami sebarang kecederaan dari kemalangan ini.
Awal pagi tadi, adik kandung kepada bapa bayi yang meninggal ini telah menulis luahannya di Facebook, dan luahannya ini menyentuh hati netizen.
Saya sebagai adik kandung kepada keluarga abang saya yg terlibat dalam kemalangan semalam ingin mewakili untuk meminta maaf sekira nya diantara mereka ada membuat salah atau silap kepada anda,dan jikalaw diantara mereka ada hutang yg blum dilunas kan. Boleh memberi tahu kami / sekeluarga. InshaAllah kami akan usaha dan iktiar untuk selesai kan. InshaAllah.
Kerana kami sekeluarga tidak sanggop melihat mohamad Nirzaudy Haiqal (abg saya) bertarung nyawa di zon kritikal dan telah berhenti dugupan jantung nya beberapa saat lalu doc tpaksa mengguna kan mesin penafasan untuk membantu beliau supaya terus bertahan. kini ditukar kan ke wat ICU (KRITICAL) sehingga kini masih koma dan tidak sedar kan diri. Dia Seolah-olah sedang berperang menentukan hidup dan mati.
Begitu jga dengan akak ipar saya Wan Nur izzaty bertarung nyawa di wat ICU koma kerana pendarahan terlalu teruk. Namun kami bersyukur ke hadrat ilahi kerana akak ipar saya sudah sedar kan diri hari ini. Tetapi yg membuatkan kami tidak sanggop melihat apa bila sejurus beliau sedar kan diri . Terus membukak telapak tangan kiri dan cuba menyampai kan sesuatu melalui tangan kiri seperti surat lalu tangan kanan seperti pen untuk menulis ‘Didi’ (sisuami) dimana?. Kemudian ‘Loya’ (anak sulung nya) Dimana? Dan ‘inara’ (anak kedua) dimana?
Kami sekeluarga terus tunduk lalu berdiam kan diri sambil air mata tidak mampu berenti membasahi pipi. YaAllah sungguh berat dugaan yg kaw terima kak.
Loya Al-hamdulillah selamat menjalani pembedahan tengah hari tadi. Akibat kaki nya yg dihempap kereta. Inara!!! Tunggu pak ude dekat syurga ye sayang. . Pak ude tak kan lupa kan senyuman anak syurga. Belum sempat naufal na bermain lari2 dengan awak. Awak dah tinggal kan kami semua. Inara meninggal ditempat kejadian akibat pendarahan dikepala kerana terpelanting dari kereta hingga ke bawah flyover .
Sungguh menyayat hati kami sekeluarga. Kami menyayangi arwah bagai kan menatang minyak yg penuh. Bukan kata jentik. Malah nyamok yg cuba menggigit arwah pun kami cuba mengambil bukan tepuk sepaya arwah tidak terkejut ataw sakit. Apatah lagi melihat arwah terpelanting keluar kereta!!! . Sungguh kejam!!
LIHAT LAH PEMBUNUH INARA. Kerana mengguna kan kenderaan import. Rasa hebat . Rasa gagah. memecut laju tanpa menghirau kan pengguna jalan raya yg lain. Hingga melibat kan KEMATIAN anak kecil yg tidak bersalah dan tidah tahu apa2. SUNGGUH KEJAM. Anda melihat kereta abg saya yg di langga. Abg saya memandu sekitar 80km.
Berapa laju SIPEMBUNUH inie mamandu lalu merempuh kereta abg saya? Sehingga arwah terpelanting dari dalam kereta lalu jatuh ke pembahagi jalan sebelah ( bawah flyover)?.
Hanya Allah yg tahu perasaan kami sekeluarga. Allahu .
Dan dalam masa yg sama. Saya dan keluarga ingin ucapkan ribuan trima kasih kepada hero dan heroin yg telah membantu menganbil arwah inara ditengah jalan lalu hantar ke HSA mengguna kan kenderaan sendiri. Dan yg telah menyelamat kan loya dari tersepit dihempap kereta. Hanya Allah dapat membalas budi dan jasa baik hero dan heroin loya dan arwah inara. Semoga ada sejuta kebaikan untuk kalian amin.
Semoga abg saya cepat sedar dan sihat seperti sedia kala. Begitu juga dengan akak ipar saya. Amin ya robbal alamin. Loya cepat sihat ya. Nanti boleh main gelongsor dengan naufal dekat rumah pak ude. Jom ramai sedekah kan Al-fatihah untuk anak syurga inara.
*SEMOGA PEMBUNUH ARWAH DAPAT HUKUMAN SETIMPAL DENGAN PERBUATAN . SUPAYA TIADA LAGI MANGSA JALAN RAYA LAIN TERBUNUH!!*.
Allahu, semoga ibu bapa Inara cepat sembuh dan kuat untuk menghadapi dugaan ini. Harapnya, pihak polis dapat memberi jawapan tentang punca kemalangan ini secepat mungkin.
sumber
The post “Menitis air mata” – Luahan Adik Mangsa Kemalangan Yang Meragut Nyawa Bayi 10 Bulan Sentuh Hati Netizen appeared first on InfoJe.Com.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://infoje.com/menitis-air-mata-luahan-adik-mangsa-kemalangan-yang-meragut-nyawa-bayi-10-bulan-sentuh-hati-netizen/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Limpa Bengkak Usus Bayi 2 Bulan Dijangkiti Kuman Kerana Asap Rokok

Hati Limpa Bengkak Usus Bayi 2 Bulan Dijangkiti Kuman Kerana Asap Rokok

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 397 hits
Pada usia yang masih kecil pada usia 2 bulan bayi ini diduga jangkitan kuman yang menyebabkan hati dan limpa membengkak akibat asap rokok Perkongsian daripada ibu ini membuka mata tentang bahayanya asap rokok Puanberkongsi tentang keadaan a...
Mama Tak Mampu Pegang Syahmi Hampir 5 Bulan Koma Air Mata Dan Sentuhan Pengubat Rindu

Mama Tak Mampu Pegang Syahmi Hampir 5 Bulan Koma Air Mata Dan Sentuhan Pengubat Rindu

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 285 hits
Kasih ibu membawa ke syurga kasih ayah sepanjang masa Detik pertama kali ibu ini berjumpa anaknya selepas hampir 5 bulan koma melahirkan anak pertama pada 18 November tahun lalu membuatkan ramai yang menitiskan air mata Kisah perjuangan Nur...
Mengalir Air Mata Reaksi Keluarga Terima Berita Hamil Ibu Ini Buat Netizen Sebak

Mengalir Air Mata Reaksi Keluarga Terima Berita Hamil Ibu Ini Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 348 hits
Tidak dinafikan mengalir air mata menyaksikan kasih sayang keluarga ini menerima berita kehamilan anak perempuan mereka Netizen ramai mengakui memang sebak Perkongsian video berdurasi 1 44 minit Puan di Twitter menjadi tular sehingga ditont...
Muntah Darah 2 Kali Hati Amp Limpa Bayi Berusia 2 Bulan Bengkak Kerana Terhidu Asap Rokok

Muntah Darah 2 Kali Hati Amp Limpa Bayi Berusia 2 Bulan Bengkak Kerana Terhidu Asap Rokok

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 371 hits
Seorang bayi perempuan berusia dua bulan mengalami jangkitan kuman di paru paru Menurut doktor kejadian itu berpunca daripada asap rokok dan udara di persekitaran yang tidak bersih nbsp Keadaan itu menyebabkan organ dalamannya terjejas di m...
Hiburan Sudah Terlalu Rindukan Nelydia Ucapan Uqasha Senrose Sentuh Hati Netizen

Hiburan Sudah Terlalu Rindukan Nelydia Ucapan Uqasha Senrose Sentuh Hati Netizen

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 348 hits
Umum mengetahui pelakon Nelydia Senrose sudah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Mohd Hafez Halimi dalam satu majlis akad nikah yang diadakan Sabtu lalu Sangat rapat bersama Uqasha Senrose telah memuat naik satu ucapan khas buat adi...
Berbulan Bulan Dalam Nicu Tak Ada Yang Melawat Kerana Sayang Jururawat Ini Ambil Bayi Sakit Sebagai Anak Angkat

Berbulan Bulan Dalam Nicu Tak Ada Yang Melawat Kerana Sayang Jururawat Ini Ambil Bayi Sakit Sebagai Anak Angkat

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 387 hits
Sudah menjadi tanggung jwab seorang jururawat untuk mengambil berat tentang pesakitnya sepanjang mereka di hospital Berlainan pula dengan kisah jururawat ini dia membuat satu keputusan besar apabila mengambil pesakit di bawah jagaannya seba...
Hiburan Normah Damanhuri Sedih Dengan Komen Netizen Lemparkan Tuduhan Sesuka Hati

Hiburan Normah Damanhuri Sedih Dengan Komen Netizen Lemparkan Tuduhan Sesuka Hati

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 779 hits
Kontroversi lelaki berpakaian wanita seksi dan menari lucah di perkahwinan Ahya Rosli sehingga hari ini masih lagi hangat diperkatakan Ramai yang tidak boleh terima apabila majlis perkahwinan dicemari dengan aksi ghairah yang bertentangan d...
Video Tak Jadi Sedih Moment Bulu Mata Master Chef Indonesia Mencuit Hati Ramai

Video Tak Jadi Sedih Moment Bulu Mata Master Chef Indonesia Mencuit Hati Ramai

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 475 hits
VIDEO Tak Jadi Sedih Moment Bulu Mata Master Chef Indonesia Mencuit Hati Ramai Ramai pastinya sudah tahu rancangan pertandingan memasak popular berjudul MasterChef Menghimpunkan pelbagai peserta daripada latar belakang berbeza semuanya akan...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat