Jangan Tindas Penjawat Awam Tolak Vaksin Kata Cuepacs


AGENDA DAILY  Presiden Cuepacs, Adnan Mat.
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) menggesa supaya penjawat awam yang menolak vaksin tidak ditindas, sebaliknya mencadangkan satu garis panduan mengenai isu pengambilan vaksin dikeluarkan.
Presidennya Adnan Mat dalam kenyataan hari ini berkata garis panduan tersebut penting bagi mengelakkan majikan membuat keputusan berdasarkan pandangan mereka sendiri, sedangkan masih tiada undang-undang mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 setakat ini.
Menurut laporan Bernama, Adnan berkata bagi perkhidmatan awam pula, kerajaan perlu mengeluarkan pekeliling khusus yang menyentuh dengan jelas tindakan dan pendekatan yang perlu dilakukan kepada penjawat awam dalam isu pengambilan vaksin Covid-19.
“CUEPACS percaya tidak semua mereka yang menolak vaksin Covid-19 adalah golongan anti vaksin, sebaliknya mereka ini mungkin masih belum yakin dengan keberkesanan vaksin itu dan dalam hal ini kerajaan perlu pergiatkan usaha memberi kesedaran untuk meningkatkan keyakinan rakyat bagi mengambil vaksin Covid-19.
“Tindakan terburu-buru ke atas kumpulan yang masih menolak vaksin hanya akan mendedahkan kerajaan kepada risiko tindakan undang-undang sekiranya garis panduan atau undang-undang jelas mengenai pengambilan vaksin belum dikuatkuasakan,” katanya.
Adnan berkata CUEPACS berpendirian teguh bahawa semua penjawat awam sewajarnya mengambil suntikan vaksin Covid-19 bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam dapat berjalan seperti biasa kerana mereka semua adalah barisan hadapan yang akan menjadi pemudah cara kepada rakyat dan sektor ekonomi.
Katanya suntikan vaksin Covid-19 dapat mengelakkan seseorang yang dijangkiti virus itu menerima kesan lebih buruk selain mampu mengelakkan risiko kematian sekali gus mampu mewujudkan persekitaran tempat kerja selamat dan mengurangkan risiko jangkitan.
Adnan berkata CUEPACS juga menggesa kerajaan membentuk satu jawatankuasa khas bagi menilai dan mengkaji berkenaan undang-undang mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 di Malaysia, dalam usaha memastikan keberkesanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Bagaimanapun beliau berkata jawatankuasa itu perlu meneliti syor dan cadangan daripada pelbagai pihak sebelum satu undang-undang boleh diwujudkan memandangkan masih belum ada negara di dunia yang mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri.
Dalam pada itu, Adnan berkata kerajaan perlu memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap golongan anti vaksin yang menyebarkan propaganda tidak benar menerusi media sosial kerana golongan tersebut boleh menjadi barah dan menggagalkan usaha kerajaan untuk keluar daripada pandemik Covid-19.
Justeru itu, golongan anti vaksin ini perlu dipantau dan diambil tindakan tegas supaya tidak mencetuskan kebimbangan dan menyampaikan maklumat tidak tepat, katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/jangan-tindas-penjawat-awam-tolak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hampir 30 000 Penjawat Awam Masih Belum Divaksinasi Cuepacs

Hampir 30 000 Penjawat Awam Masih Belum Divaksinasi Cuepacs

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 363 hits
Umavathi RamayahAdnan Mat berkata penjawat awam yang belum divaksin tidak tergolong dalam kumpulan anti vaksin Gambar fail BERNAMA KUALA LUMPUR Kira kira 30 000 penjawat awam setakat ini masih belum mendapat suntikan vaksin COVID 19 Bagaima...
Bayaran Ansuran Insurans Kenderaan Bagi Penjawat Awam Kata Saravanan

Bayaran Ansuran Insurans Kenderaan Bagi Penjawat Awam Kata Saravanan

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 226 hits
Menteri Sumber Manusia M Saravanan berkata kemudahan itu mungkin diperluaskan kepada pesara kerajaan selepas perbincangan mengenainya dengan pihak berkepentingan diperhalusi PUTRAJAYA Penjawat awam berpeluang membuat pembayaran ansuran memp...
Penjawat Awam Tak Nak Ambil Suntikan Vaksin Diminta Meletak Jawatan

Penjawat Awam Tak Nak Ambil Suntikan Vaksin Diminta Meletak Jawatan

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 239 hits
Penjawat awam tak nak ambil suntikan vaksin diminta meletak jawatanPenjawat Awam di Zimbabwe yang enggan mengambil suntikan vaksin Covid 19 diminta untuk mengundur diri atau meletak jawatan kata Menteri Kehakiman pada Selasa 7 September 202...
Lebih Sejuta Penjawat Awam Belum Terima Vaksin

Lebih Sejuta Penjawat Awam Belum Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 344 hits
AGENDA DAILY Penerima vaksin yang berusia lebih 80 tahun bergambar sambil memegang placard selepas menerima suntikan vaksin Covid 19 buat kali ke 2 di PPV Axiata Arena Bukit Jalil Gambar Agenda Daily 7 Jun 2021 Terdapat lebih sejuta penjawa...
Jangan Terburu Buru Buka Sekolah Kata Ahmad Zahid

Jangan Terburu Buru Buka Sekolah Kata Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 297 hits
Jangan terburu buru buka sekolah kata Ahmad Zahid Kerajaan digesa tidak terburu buru membuka semula sekolah untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka pada 3 Oktober ini memandangkan kadar jangkitan Covid 19 masih tinggi Pres...
Tmj Selesai Bertemu Guru Guru Tolak Vaksin

Tmj Selesai Bertemu Guru Guru Tolak Vaksin

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 293 hits
396 tolak kerana ragu ragu selebihnya kerana kesihatan tak izinkan JOHOR BAHRU Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap sebilangan guru yang didakwa menolak vaksin di Bangunan Sultan Ibrahim Bukit Timbalan...
Imej Ahli Politik Sudah Buruk Jangan Salahkan Rakyat Kata Zambry

Imej Ahli Politik Sudah Buruk Jangan Salahkan Rakyat Kata Zambry

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 220 hits
August 27 2021 Masyarakat tidak boleh dipersalahkan sekiranya mempunyai tanggapan negatif terhadap golongan ahli politik Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ini kerana rakyat sedang memerhatikan gerak k...
779 Guru Tolak Suntikan Vaksin Menghadap Tmj

779 Guru Tolak Suntikan Vaksin Menghadap Tmj

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 261 hits
Isu penolakkan vaksin oleh seramai 779 guru di Johor menarik perhatian Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail Menerusi komen yang di balas di akaun Twitternya baginda berkenan untuk bertemu dengan Pengarah Pendid...
Ibu Hamil Menyusu Jangan Takut Ambil Vaksin Covid 19 Anak Juga Akan Dapat Antibodi Yang Sama Dari Ibu

Ibu Hamil Menyusu Jangan Takut Ambil Vaksin Covid 19 Anak Juga Akan Dapat Antibodi Yang Sama Dari Ibu

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 349 hits
Kes Covid 19 setiap hari sangat membimbangkan kerana hampir setiap hari kes mencecah 5 angka Apabila kes dalam komuniti meningkat maka risiko kepad ibu hamil ibu menyusu dan kanak kanak juga akan meningkat menjelaskan tentang kebaikan menga...
Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Oppo Reno14 Drops At Ooo Fest With Ai Cam Freebies

Bank Rakyat Defends Ex Ybr Ceo S Termination Says Proper Procedures Followed

What New York S Mamdani Can Teach Malaysia S Madani

Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social

Opening Up Zero Knowledge Proof Technology To Promote Privacy In Age Assurance

Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Mandul Bukan Pilihan

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon