Jangan Terlalu Drastik Laksana Rfid Kekalkan Smart Tag Dan Touch N Go


Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB ARAU: Pelaksanaan transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) tidak sepatutnya tergesa-gesa sebaliknya memerlukan kajian lebih mendalam agar tidak menyusahkan rakyat selain menyebabkan kesesakan di laluan-laluan berkenaan.
Dalam masa sama, Pengarah Kajian Institut Indonesia, Thailand dan Singapura Universiti Utara Malaysia (UUM-ITS), Dr. Kamarul Azman Khamis turut berharap agar sistem sedia ada seperti Smart Tag dan Touch ‘n Go yang sudah sebati dengan pengguna jalan raya tidak dimansuhkan.
Katanya, transaksi tol menggunakan RFID itu boleh dilaksanakan namun biarlah secara beransur-ansur bukan terlalu drastik yang lebih mengundang masalah kepada pengguna jalan raya selain dilihat masih kurang efisyen kerana terdapat pelbagai masalah berbangkit.
Ads by KioskedKAMARUL AZMAN KHAMIS“Laksana secara perlahan-perlahan (RFID) dan dalam masa sama, Smart Tag dan Touch ‘n Go tidak dimansuhkan terus. Smart Tag dan Touch ‘n Go dilihat memudahkan pengguna selain boleh digunakan lebih daripada satu kenderaan berbanding RFID.
“Penduduk luar bandar khususnya yang melakukan perjalanan lebih selesa menggunakan Smart Tag dan Touch ‘n Go berbanding RFID yang bagi mereka (pengguna) agak terlalu baru dan masih belum biasa,” katanya di sini hari ini.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, pergerakan ribuan kenderaan di beberapa plaza tol Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) terjejas sehingga menimbulkan kesesakan di kedua-dua hala apabila sistem RFID dipercayai tidak berfungsi dengan baik.
Malah, di media-media sosial juga ramai yang membantah pelaksanaan sistem berkenaan yang disifatkan terlalu drastik sekali gus menyusahkan pengguna jalan raya.
Transaksi tol menggunakan teknologi RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di PLUS bermula 15 Januari lalu.
Susulan itu, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu PLUS dan Touch ‘n Go Group supaya menyelesaikan semua isu yang timbul berkaitan teknologi RFID dengan segera.
Sementara itu, kata Kamarul Azman, sistem tol yang lebih berkesan adalah pengguna tidak perlu memperlahankan kenderaan ketika melaluinya bukan terpaksa berbaris panjang sehingga berdepan kesesakan ekoran masalah pengesanan di lorong RFID.
“Sebab itu, kajian menyeluruh perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum pelaksanaannya agar tidak mengundang masalah yang akhirnya akan memberi kesan kepada rakyat sendiri.
“Sebab itu, ia perlu dilaksanakan secara perlahan-lahan bukan terlampau drastik dengan memastikan terlebih dahulu sistem berkenaan benar-benar efisyen dan tidak menyusahkan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/jangan-terlalu-drastik-laksana-rfid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diy Pasang Tag Rfid

Diy Pasang Tag Rfid

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 339 hits
Lately banyak cerita tak sempat cover Busy dan penat jadi faktor utama So hari ni bila dah ada masa sikit aku cuba ambik masa untuk kembali cergas menaip Cerita terbaru aku dah pasang kat kereta tag RFID baru DIY je Actually kalau ikutkan k...
Mindef Laksana Blueprint Perumahan 3 0 Untuk Warga Atm

Mindef Laksana Blueprint Perumahan 3 0 Untuk Warga Atm

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 89 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 12 000 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera bakal dibina di bawah Blueprint Perumahan 3 0 Kementerian Pertahanan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pembinaan itu akan dilaksan...
Rfid Mendayung Sampan Ketika Air Cetek

Rfid Mendayung Sampan Ketika Air Cetek

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 214 hits
MARKAH untuk Malaysia idea bijak A pelaksanaan F Ini sangat benar untuk teknologi Identifikasi Frekuensi Radio di lebuh raya baru baru ini Kekecohan pelaksanaan RFID memaksa banyak pihak terpaksa campur tangan Kementerian Kerja Raya Suruhan...
Britain Laksana Program Percubaan Kerja Empat Hari Seminggu

Britain Laksana Program Percubaan Kerja Empat Hari Seminggu

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 167 hits
Britain laksana program percubaan kerja empat hari seminggu LONDON Syarikat syarikat di Britain mengambil bahagian dalam program percubaan bagi melaksanakan sistem bekerja empat hari seminggu dengan pekerja masih menerima gaji penuh untuk s...
Pkr Laksana Pemilihan Parti Sebelum Bulan Mei

Pkr Laksana Pemilihan Parti Sebelum Bulan Mei

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 175 hits
Parti Keadilan Rakyat akan mengadakan pemilihan parti bagi menentukan penyandang jawatan untuk penggal 2022 hingga 2025 bermula pada 22 April ini Menurut Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pemilihan tersebut dila...
Bosan Menunggu Terlalu Lama Jalan Raya Yang Rosak Belum Dibaiki Penduduk Protes Tanam Padi Pokok Pisang Atas Jalan

Bosan Menunggu Terlalu Lama Jalan Raya Yang Rosak Belum Dibaiki Penduduk Protes Tanam Padi Pokok Pisang Atas Jalan

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 174 hits
Gara gara sudah terlalu lama menunggu jalan raya yang rosak teruk yang masih belum dibaiki penduduk di Dusun Sumberejo Desa Glundengan daerah Wuluhan Indonesia telah bertindak menanam padi pada jalan tersebut sebagai tanda protes ke atas pi...
Selaras Caj Tadika Elak Terlalu Mahal Letak Bawah Kpm

Selaras Caj Tadika Elak Terlalu Mahal Letak Bawah Kpm

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 209 hits
Oleh KOSMO Gambar hiasan PETALING JAYA Kerajaan diminta menyelaraskan caj tadika berdasarkan kos prasarana kecekapan dan keupayaan sesebuah tadika bagi memastikan pendidikan adalah adil untuk semua kanak kanak Presiden Majlis Permuafakatan ...
Explain Rm35 Price Of Rfid Tags Says Minister

Explain Rm35 Price Of Rfid Tags Says Minister

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 196 hits
The introduction of RFID lanes for highway toll payments on Jan 15 led to congestion at certain toll plazas and widespread public criticism PETALING JAYA The government is awaiting a detailed report from highway operator PLUS and payments c...
After Rfid Kerfuffle Plus Says Sorry And Promises To Reinstate Smarttag Lanes At Toll Plazas

After Rfid Kerfuffle Plus Says Sorry And Promises To Reinstate Smarttag Lanes At Toll Plazas

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 179 hits
Cars head to the Sungai Besi toll plaza with the Radio Frequency Identification technology system Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR Jan 20 Highway operator PLUS Malaysia Berhad has today issued a formal apology for the malfunction of it...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak