Britain Laksana Program Percubaan Kerja Empat Hari Seminggu
Britain laksana program percubaan kerja empat hari seminggu
LONDON – Syarikat-syarikat di Britain mengambil bahagian dalam program percubaan bagi melaksanakan sistem bekerja empat hari seminggu dengan pekerja masih menerima gaji penuh untuk sebulan, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Beberapa negara telah berjaya melakukan percubaan sistem bekerja tersebut dalam tempoh enam tahun lepas dan kini, Britain mahu melaksanakan langkah serupa.
“Lebih 30 syarikat akan mengambil bahagian dalam kempen cara bekerja baharu yang lebih berani ini,” kata beberapa penganalisis.
Kajian baharu menunjukkan bahawa 78 peratus pekerja yang bekerja empat hari seminggu adalah lebih gembira dan kurang tertekan.
Menerusi kempen percubaan selama enam bulan itu, firma-firma terlibat akan menilai sama ada pekerja boleh melaksanakan produktiviti 100 peratus atau 80 peratus.
Program perintis itu diketuai oleh 4 Day Week Global dengan kerjasama firma pemikir Autonomy, kempen 4 Day Week UK dan kumpulan penyelidik dari Universiti Oxford, Kolej Boston serta Universiti Cambridge.
Pengurus Program Perintis 4 Day Week Global, Joe O’Connor berkata, lebih banyak syarikat bertukar kepada strategi yang memberi penekanan terhadap produktiviti bagi membolehkan mereka mengurangkan waktu bekerja tanpa menurunkan gaji.
“Kami teruja melihatkan momentum meningkat dan minat kepada program perintis ini serta sistem bekerja empat hari seminggu secara menyeluruh.
“Sistem ini mencabar model bekerja sedia ada serta membantu syarikat-syarikat bertukar kepada polisi bekerja yang memantau tempoh masa seseorang pekerja berada di pejabat, bagi memberi fokus kepada pengeluaran,” katanya.
Sebelum ini, respons luar biasa telah diterima dalam kempen percubaan sistem bekerja empat hari seminggu di Iceland pada 2015 hingga 2019.
Berdasarkan percubaan tersebut, pekerja didapati kurang tertekan dan mempunyai gaya hidup seimbang, selain majikan mendapati bahawa tiada pengurangan dari segi produktiviti atau penyediaan perkhidmatan. K Online
Britain laksana program percubaan kerja empat hari seminggu
Baca Artikel Menarik :
Jihan Musa didakwa salah guna kuasa
Cop Parkir, Macam Bapak Dia Punya (Video)
Lengkap vaksin kini syarat wajib berkahwin
Susu Badan Ibu Ini Bertukar Hijau Selepas Dijangkiti Covid-19
Naim Daniel Jual Jiwa Kepada Syaitan?
PLUS Koyak! Tutup ruang komen setelah dihujani ribuan kecaman
Shuib akhirnya luah isi hatinya
Nik Abduh beri teguran, pengguguran Khairuddin perlu penjelasan
Dakwaan cabul srikandi parti, ADUN Bersatu kata konspirasi
Dollah Salleh Terlibat Dalam Kemalangan
Bila saya kata tidak akan sentuh wanita – Zul Ariffin
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]
Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya
Amy punca kemelut Search?
The post Britain laksana program percubaan kerja empat hari seminggu appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/19/britain-laksana-program-percubaan-kerja-empat-hari-seminggu/