Jangan Tamak Kedekut Kerusi


KUALA LUMPUR – Tidak boleh ada pihak yang bersifat tamak atau kedekut dalam pembahagian kerusi Muafakat Nasional menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan ia adalah formula utama untuk menjamin kemenangan.
Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, asas utama ialah tolak ansur dan toleransi dalam perbincangan untuk menentukan pembahagian kerusi atau masalah tersebut tidak akan dapat diselesaikan dengan baik.
“Pas dan UMNO telah menubuhkan jawatankuasa perundingan pembahagian kerusi yang dianggotai lima orang bagi setiap parti untuk duduk berbincang mengenainya.
“Jadi saya tengok sebenarnya pengagihan kerusi pilihan raya boleh diselesaikan. Cuma saya sentiasa ingatkan apabila kita berunding, yang minta jangan tamak, yang ada (kerusi lebih) jangan kedekut.
“Kita kena guna formula sebegitu. Kita jangan kedekut sangat hendak bagi (kerusi) pada kawan dan kawan seorang lagi kalau minta jangan tamak sangat.
“Jadi kena ada tolak ansur di situ. Asas pembahagian kerusi adalah tolak ansur. Kalau tiada tolak ansur dan perbincangan tidak kena kehendak salah satu pihak, isu itu tidak akan selesai.
“Jadi toleransi mesti ada. Jawatankuasa yang ditubuhkan itu akan berbincang dahulu dan kita ambil kaedah pergi kepada kerusi mudah dirunding untuk diselesaikan,” katanya.Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Ahad yang dikendalikan oleh Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Ahad, Junhairi Alyasa dan wartawan, Khairil Anwar Mohd Amin di Parlimen baru-baru ini.
Berdasarkan PRU15 yang lalu, Pas mempunyai seramai 18 orang ahli Parlimen sementara UMNO pula seramai 39 ahli Parlimen.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang merupakan Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, perkara kedua yang perlu diselesaikan oleh jawatankuasa tersebut ialah pembahagian kerusi di kawasan yang bertindih.
“Yang ketiga, mungkin perlu ‘swap’ kerusi, maka buatlah pertukaran kerusi, tetapi akhirnya tidak banyak kerusi yang memerlukan parti membuat ketegasan (untuk memilih calon). Dalam Pas, bab-bab ini kami tiada masalah sangat,” katanya.
Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian yang berusia 60 tahun itu, walaupun Pas ingin mendapatkan lebih banyak kerusi untuk bertanding pada pilihan raya yang akan datang namun parti itu masih boleh berkompromi.
“Kita bertanding banyak, cuma yang kita menang (kerusi Parlimen) 18. Jadi Pas pastinya mahu lebih banyak kerusi. Jarang parti bertanding hendak dikurangkan jumlah kerusi bertanding. Cuma kita kompromi,” ujarnya.
Ketika ditanya mengenai dakwaan Pas mahu menguasai kerusi di Pantai Timur, Tuan Ibrahim berkata, perkara itu tidak benar kerana masih belum ada perbincangan mengenai pembahagian kerusi di sana.
“Berkenaan maklumat tular di media sosial berkenaan dakwaan Bersatu minta 50 kerusi untuk bertanding pilihan raya dan Pas mahu menguasai kerusi Pantai Timur, itu tidak betul. Bahkan untuk maklumat, ketiga-tiga parti belum duduk bermesyuarat bersama pun lagi.
“Kenyataan Menteri Besar Terengganu sebelum ini pun hanya pandangan di peringkat negeri, bukan di peringkat jawatankuasa Pusat. Sebenarnya apa yang diberitahu beliau adalah perkara asas,” jelas beliau.
Mengenai persediaan Pas untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah, beliau menjelaskan perkara itu akan dibincangkan dengan Muafakat Nasional terlebih dahulu.
“Pas Sabah akan bertanding dan kita akan bincang di peringkat Muafakat Nasional. Dahulu Pas ada bertanding sebanyak 17 kerusi DUN, tetapi kali ini mungkin tidak sebanyak itu.
“Perbincangan di peringkat Muafakat Nasional penting sebab UMNO berada di Sabah, Pas pun ada, Bersatu pun ada. Jadi kita akan runding dahulu, selepas itu baru dibincangkan dengan Bersatu,” katanya.
SH
The post ‘Jangan tamak, kedekut kerusi’ appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/09/jangan-tamak-kedekut-kerusi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sabah Bersatu Umum Tanding 45 Kerusi Umno Kata Jangan Mimpi

Prn Sabah Bersatu Umum Tanding 45 Kerusi Umno Kata Jangan Mimpi

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 466 hits
Hari ini Ketua PPBM Sabah berkata akan bertanding 45 kerusi dari 73 DUN yang bakal dipertandingkan pada Pilihanraya Negeri Sabah kelak Dua perkataan Jangan Mimpi Cadangan kepada PPBM Sabah Kalau nak bersahabat dengan UMNO buat cara bersahab...
Ppbm Jangan Gelojoh Umum Jumlah Kerusi Mahu Ditandingi Kata Umno Sabah

Ppbm Jangan Gelojoh Umum Jumlah Kerusi Mahu Ditandingi Kata Umno Sabah

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 311 hits
KOTA KINABALU Pengarah komunikasi Umno Sabah Ghazalie Ansing berkata parti itu tetap dengan pendirian untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi dan pernah ditandingi sebelum ini Selain itu katanya Umno Sabah juga...
Nasihat Imam Muda Hassan Nak Jadi Jutawan Jangan Kedekut Dengan Mak Isteri Anak

Nasihat Imam Muda Hassan Nak Jadi Jutawan Jangan Kedekut Dengan Mak Isteri Anak

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 508 hits
Mak isteri dan anak anak adalah rezeki Allah pada kita Mereka ni lah orang yang dekat dengan kita Ramai tak sedar selama ni Allah bagi rezeki kerana doa mereka tiap hari pada kita Isteri selalu doa pada suaminya tapi dia tak cakap pada suam...
Penyokong Pas Jangan Walak Buta Kepada Pemimpin Badrul Amin

Penyokong Pas Jangan Walak Buta Kepada Pemimpin Badrul Amin

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 900 hits
Penyokong Pas tegar atau walaon diistilahkan sebagai kelompok yang setia kepada pemimpin dan perjuangan Namun sejak kebelakangan ini ketika Pas bersama dalam kerajaan tebuk atap dan cenderung tidak mengotakan janji mereka terutama dalam hal...
Zahid Hamidi Jangan Sekadar Berani Acah Acah Saja

Zahid Hamidi Jangan Sekadar Berani Acah Acah Saja

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 177 hits
Semalam sebaik Najib Razak diputuskan bersalah oleh mahkamah Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan membuat suatu keputusan politik yang besar berikutan hukuman tersebut Antara lain beliau berkata ini bukan penghujung dunia...
Kes Mahkamah Najib Sabar Dan Jangan Gelojoh

Kes Mahkamah Najib Sabar Dan Jangan Gelojoh

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 361 hits
Bermacam macam cerita yang kita dengar selepas Nazlan Mohd Ghazali Hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman Terdapat beberapa kenyataan Hakim yang telah dipersoalkan Apa pun mereka yang menentang DS Najib Razak akan t...
Rumah Saya Dalam Parlimen Pekan Najib Masih Wakil Rakyatnya Jangan Gopoh Memuji Jangan Gopoh Bermimpi

Rumah Saya Dalam Parlimen Pekan Najib Masih Wakil Rakyatnya Jangan Gopoh Memuji Jangan Gopoh Bermimpi

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 236 hits
Mahkamah Tinggi telah menjatuh hukum tetapi Najib Razak belum tumbang masih ada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan Jadi jangan mimpi dahulu tentang Pilihanraya Parlimen Pekan Kelakarnya ada rakan rakan lama yang kini mendokong Perikat...
Ahli Politik Ini Nasihat Jangan Langgar Sop Covid 19 Kerana Beliau

Ahli Politik Ini Nasihat Jangan Langgar Sop Covid 19 Kerana Beliau

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 328 hits
Foto TTKMUcapan beliau Kalian tidak perlu berhimpun untuk saya kerana nyawa kalian sangat berharga Saya tidak sanggup melihat kalian dijangkiti virus maut Covid 19 semata mata kerana saya Cukuplah doa kalian untuk saya dalam menghadapi musi...
Cara Memeriksa Habis Haid Dan Jangan Lewatkan Mandi Wajib

Cara Memeriksa Habis Haid Dan Jangan Lewatkan Mandi Wajib

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 1499 hits
CARA MEMERIKSA HABIS HAID DAN JANGAN LEWATKAN MANDI WAJIB Ramai wanita tidak tahu terutama yang baru baligh ini cara nak semak periksa haid sudah habis atau belum dan disini ada jawapan jangan lewatkan mandi wajib Sila baca dan faham CARA M...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah

Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj