Jangan Tak Tahu Menyidai Baju Pun Ada Seni



By Che Pah - 5 April 2020Menyidai baju pun ada seniMarhaba…. Apa khabar semuanya. Che Pah harap anda semua berada dalam keadaan super tenang dan ceria
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) rupanya telah membawa banyak kebaikan bagi kita. Che Pah misalnya terasa sangat yang rutin kehidupan Che Pah jadi lebih teratur
Lebih mengesankan apabila dalam suasana PKP ini segala urusan hidup kembali seperti zaman kehidupan yang dulu
Che Pah tak boleh lagi membasuh baju di dobi. Dobi depan rumah Che Pah tutup. Mesin basuh pula rosak akibat sudah lama tidak digunakan
Maknanya Che Pah kena basuh tangan baju kotor. Che Pah ambil keputusan untuk membasuh setiap hari. Tak mahu kumpul
Jika dikumpul akibatnya patah pinggang nak membasuh. Jadi lebih bagus jika direndam pada malam hari dan keesokan harinya dibasuh
Jika sebelum PKP  dikuatkuasa, Che Pah akan menghantar baju untuk dibasuh di dobi depan rumah. Murah. Baru RM4 sekali cucian. Siap dengan sabun dan pelembut

Jimat masa. Jimat tenaga elektrik, air dan bahan mencuci dari dibasuh di rumah. Bagi Che Pah ini langkah lebih bijak
Kebiasaannya Che Pah tidak akan mengeringkan terus baju di dobi. Lepas cuci, Che Pah bawa balik ke rumah dan sidai di ampaian
Che Pah kurang senang baju dikering menggunakan pengering. Baju jadi lebih renyuk selain ada baju yang mungkin boleh berubah saiz bila masuk dalam pengering
Pada Che Pah negara kita punya panas yang cukup. Jadi tidak perlu pengering. Selain jimat belanja kita juga boleh jimat tenaga
Tak sampai setengah jam, baju dah kering. Maklum panas sekarang ini kan. Kita pun boleh garing dibuatnya
Sedang ralit menyidai baju di ampaian di tepi Rumah Tanjong, tiba tiba Che Pah terkenang kisah dulu dulu.Kisah Che Pah dengan Emak. Emak adalah panggilan Che Pah pada nenek Che Pah. Nama Emak ialah Sharifah Fatmah Syed Aidrus Al Habshi
Waktu di mana Emak mengajar Che Pah SENI menyidai baju. Jangan ketawa tau. Menyidai baju pun ada seninya
Tidak keterlaluan kalau Che Pah cakap, dari tertib menyidai baju ini secara tidak langsung ia menggambarkan keperibadian sang penyidai
Emak Che Pah seorang yang sangat tertib. Bagi Emak semua harus ikut susunan dan ketertiban. Tak boleh asalkan boleh saja. Itu pantang besar pada Emak
Pernah sekali tu Che Pah menyidai baju tetapi ditegur oleh Emak. Waktu itu umur Che Pah sekitar 10 tahun. Waktu itu ampaian baju di depan rumah
Selesai basuh baju, Che Pah pun terus menyidai. Apalagi, segala jenis pakaian ada dalam satu jalur ampaian
Di situlah ada kain batik, kain pelikat, seluar, baju. Senang cakap jadi rojaklah. Caca marba. Kedai baju second hand pun tak macam itu
Sekejap lagi Emak keluar. Apalagi mengucap panjanglah Emak. Terkejut tengok hasil kerja cucu kesayangan dia yang satu ni
Astagfirullahalazim. Apa kenanya jadi macam ni. Dah macam tongkang karam, bebel Emak
Che Pah senyap menikus. Tak berani nak kata apa. Budak dulu dulu mana berani menjawap cakap orang tua. Tak macam budak sekarang. Sepatah orang tua cakap, macam bertih goreng dia menjawab
Meh sini Emak ajor cara sidai baju. Ni cara salah ni. Awak nak satu kampung ke tengok cara menyidai camni, Emak sambung bebelan
Che Pah akur. Che Pah keluar ke ampaian baju.Tangan Emak Che Pah lihat mula ligat menurunkan balik semua baju yang telah Che Pah sidai tadi
Seperti biasa mulut Emak tak habis lagi Bercakap. Emak terus sambung
Tak kena cara menyidai baju camni. Nak sidai baju pun mesti ada peraturan dan tertibnya, kata Emak
Dari cara kita sidai baju, orang boleh meneka peribadi kita, Emak terus bercakap sambil membuka pengepit baju. Terkelip kelip mata Che Pah memandang Emak
Setiap butir kata Emak masuk ke corong telinga Che Pah lantas terus dihadam ke dalam hati lalu disimpan kemas hingga kini
Emak cakap, bila kita menyidai baju harus ada susunannya. Kain batik harus disidai pada satu ampai. Jangan dicampur dengan kain pelikat
Kain perlu dikebas dulu. Kemudian masukkan kedua tangan dalam kain dan regangkan. Selepas disidai, hujung kain dilurut agar tidak berkelepet. Selepas sidai pastikan sidaian sama labuh. Jangan ada yang labuh dan ada yang singkat. Itu akan buat sidaian tidak molek
Kemudian jika menyidai baju kemeja pastikan pada satu ampaian itu baju kemeja sahaja. Tidak bercampur dengan T shirt
Manakala baju putih disidai pada satu ampaian dan tidak dicampur dengan pakaian berwarna
Emak pesan, jangan sesekali sidai pakaian dalam di luar rumah. Terutama pakaian dalam orang perempuan
Che Pah tanya kenapa, Emak kata itu maruah kita. Kenapa nak tunjuk sekampung. Lagi pun kata Emak jika ada orang nak buat tak elok akan lebih mudah kena jika menggunakan pakaian dalam
Che Pah mengangguk. Betul juga. Sekarangkan banyak yang pemikirannya kurang elok. Habis pakaian dalam orang disapunya. Tau tau dah hilang
Kawan Che Pah pernah kena. Tapi yang kelakarnya seguni pakaian dalam kawan Che Pah dipulangkannya semula. Entah apa dibuatnya Che Pah pun tak tau
Bila Emak dah tunjuk Che Pah teknik menyidai yang betul, Che Pah perhati hasil kerja Emak memang kemas. Sedap mata memandang. Baju pada ampaian nampak lebih teratur
Kini apabila usia sudah menginjak dewasa, bila dikenang tunjuk ajar Emak semua ada betulnya Masa budak budak kita tak nampak. Bila dah tua baru kita akui nasihat nenek kita
Sidaian baju yang kemas sebenarnya menggambarkan sistem hidup seseorang. Andai kemas teratur baju yang disidai maka kita boleh meneka pasti tuan yang menyidai juga kemas dan tertib orangnyaKalau tak percaya tengok kekemasan diri dan rumah mereka. Pasti kemas. Tapi bagi yang menyidai baju ikut suka tu, sendiri mau ingatlah penampilan diri dan kekemasan rumah mereka. Che Pah tak nak cerita. Anda tengok dan nilai sendiri
Namun tunjuk ajar yang sebegini semakin kurang diterap pada anak anak kita baik lelaki mahupun perempuan. Ramai yang ambil mudah. Apatah lagi jika ada pembantu. Satu benda tak ambil tahu
Emak selalu pesan. Kita kena pandai buat kerja rumah. Kena mahir selok belok memasak. Mesti ambil tahu semua urusan rumah dari kecil hingga yang besar
Pertama kata Emak, bila dah duduk sendiri nanti tak canggung buat kerja. Pasti boleh mandiri
Keduanya, andai punya pembantu pasti mereka tak berani kononkan kita. Kerana apa?.. Jawapannya pasal kita tahu semua hal urusan rumahtangga. Pembantu malu dengan kita


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/jangan-tak-tahu-menyidai-baju-pun-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Asal Ini Cara Milih Baju Buat Ootd Outdoor Biar Fotomu Makin Berkelas

Jangan Asal Ini Cara Milih Baju Buat Ootd Outdoor Biar Fotomu Makin Berkelas

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 206 hits
Foto foto iseng dengan baju baju kesukaan memang selalu menyenangkan Terutama kalau tujuannya buat di upload ke Instagram
Jangan Panik Tenang Is Good

Jangan Panik Tenang Is Good

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 202 hits
Isnin lalu berlaku apa yang dipanggil sebagai pembelian panik atau panic buying di pasar pasar raya dan kedai kedai runcit Ada barangan keperluan dilaporkan habis licin di rak Berlaku perebutan dan kesesakan Ada yang puas ada berputih mata ...
Anies Jangan Biarkan Tenaga Medis Bertarung Sendirian Di Garda Terdepan

Anies Jangan Biarkan Tenaga Medis Bertarung Sendirian Di Garda Terdepan

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 304 hits
Senyumperawat com Jagat Facebook cukup dihebohkan dengan gebrakan dari gubernur Anies Baswedan atas apresiasinya terhadap kinerja tenaga medis Menurutnya tenaga medis yang mengurusi pasien covid 19 adalah pejuang yang tugasnya terbesar terb...
Covid 19 Bak Kata Pakar Ekonomi Jangan Kedekut Bantu Rakyat

Covid 19 Bak Kata Pakar Ekonomi Jangan Kedekut Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 344 hits
IBRAHIM MAT ISAPenguatkuasaan perintah kawalan pergerakan ketika ini pastinya menjejaskan sumber pendapatan serta memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada rakyat terutama golongan B40 Rakyat sedang mendepani pelbagai kesulitan dalam...
Jangan Baca Kalau Tak Mampu Kawal Marah

Jangan Baca Kalau Tak Mampu Kawal Marah

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 526 hits
Gambar hiasan Saya tengok hasil Xray dada encik teruk Betul ke encik tak ada kontak rapat dengan jemaah tabligh atau pesakit positif covid 19 Entah dah kali ke berapa agaknya dia ditanya soalan yang sama Betul doktor berapa kali saya nak ja...
Jangan Tertipu Bnm Tak Lantik Pihak Ketiga Urus Bayaran Balik Pinjaman

Jangan Tertipu Bnm Tak Lantik Pihak Ketiga Urus Bayaran Balik Pinjaman

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 219 hits
Jangan Tertipu Maklum mengetahui yang sebelum ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Bank Negara Malaysia telah memutuskan untuk membenarkan penangguhan bayaran balik selama 6 bulan kepada rakyat Malaysia bagi menghadapi Perintah ...
Kid Rock S Net Worth In 2025 A Look At The Insanely Expensive Things He Owns

Technology Trends Why It S Time To Replace Your Outdated Antivirus Software

Why Outdated Antivirus Software Is A Major Threat To Your Technology Systems

Resepi Kek Marjerin

Craig Conover S Net Worth Fortune Of The Southern Charm Alum

Dazzling Decorations And Cultural Delights Await At The Curve S Garden Of Fortune

Wanita Ditahan Kerana Memandu Secara Bahaya Cuba Langgar Polis

Yadim Cakna Bantu Mangsa Banjir Terengganu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


The Bare Minimum Dad When Helping Out Feels Like A Favor

More Bank Officers Nabbed Over Loan Bribery Scandal

Debate Rages Online On Whether T20 Students Are Entitled For Scholarships

Rayuan Tukar Kategori Tawaran Haji Masih Dibuka Kata Th

Unifi Package 2025 Internet Percuma 3 Bulan Dengan Unifi Home Broadband

Polis Terengganu Tahan 3 Lelaki Untuk Bantu Siasatan Kes Pukul Oku