Jangan Baca Kalau Tak Mampu Kawal Marah
Gambar hiasan
“Saya tengok hasil Xray dada encik teruk. Betul ke encik tak ada kontak rapat dengan jemaah tabligh atau pesakit positif covid-19?”
Entah dah kali ke berapa agaknya dia ditanya soalan yang sama.
“Betul doktor, berapa kali saya nak jawab. Ta ya alif dal alif. Tiada. Susah sangat ke doktor nak faham jawapan saya?”
Aik? Kita pula yang dipersoal.
“Beginilah encik, saya perlu bincang dengan pakar saya”
Kali ini pakar pula yang tanya,
”Saya mahu encik jujur, betul encik tak ada kontak rapat?”
Rasanya dah lebih 3 kali pakar kecemasan tanya soalan sama. Jawapannya tetap. sama
TIADA.
Akhirnya pakar akur. Beliau dimasukkan di wad biasa untuk jangkitan pneumonia (jangkitan paru-paru).
“Ini Doktor S ke?”
“Ya saya.”
“Doktor kena buat covid test dengan segera. Pesakit yang doktor admit 2 hari lepas, positif covid 19.”
Terduduk. Tercengang. Kelu
Akhirnya barulah beliau mengaku pernah ada kontak rapat dengan jemaah tabligh di satu majlis perkahwinan.
Yang lagi menyedihkan, ketika dalam wad biasa beliau telah menyebabkan pesakit disebelah dijangkiti. Lebih teruk bila pesakit yang dijangkiti itu perlu diintubasi dan masuk ke ICU.
Lebih 10 orang doktor, misi dan staff kesihatan lain turut terdedah dan perlu menjalani test.
Dah terlambat
Ini kisah yang diceritakan oleh salah seorang sahabat yang dikuarantin beberapa hari lepas.
Adakah kebohongan itu dapat menjanjikan nyaman pada perasaan? Kejujuran pesakit sangat berharga bagi kami. Andai dijual, kami sanggup membeli.
Kami barisan frontliner berjanji sepenuh hati yang kami akan terus bekerja dan merawat pesakit lain.
Tidak ada agama yang menggalakkan berbohong dan masalah lebih cepat diselesaikan jika kita jujur dalam tindakan
Dr Ahmad Samhan
-berterus terang itu satu kejujuran-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://naimnikmat.blogspot.com/2020/03/jangan-baca-kalau-tak-mampu-kawal-marah.html