Jangan Skip Ujian Saringan Pendengaran Bayi Baru Lahir Buatlah


Pendengaran merupakan deria yang dianugerahkan Tuhan sejak dari lahir lagi. Ini bermakna, semasa bayi dilahirkan, deria pendengarannya telah pun sedia berfungsi. Pendengaran merupakan deria yang sangat penting memandangkan melalui pendengaranlah bayi mula menyimpan memori bunyi pertuturan mahupun bunyi persekitaran.
Apabila bayi menjangkau umur setahun, memori bunyi ini akan mula ditiru dan dihasilkan, kerana manusia belajar bercakap dengan meniru daripada bunyi pertuturan di sekelilingnya. Dengan kata lain, pembentukan pertuturan mempunyai kaitan yang rapat dengan pendengaran.

Ujian Saringan Pendengaran Bayi
Masalah pendengaran kekal merupakan kecacatan yang tersembunyi yang mana kecacatan ini tidak dapat dilihat secara fizikal. Kebanyakan ibu bapa hanya mula sedar anak bermasalah pendengaran apabila mereka tidak bercakap pada usia yang sepatutnya. Dianggarkan sebanyak 1 hingga 3 bayi daripada 1000 kelahiran disahkan mempunyai masalah pendengaran kekal (Uus & Davis 2000). Prevalens ini dikatakan lebih ketara jika dibandingkan dengan saringan penyakit yang lain seperti kekurangan G6PD dan congenital hypothyroidsm.

Oleh yang demikian, bagi bayi yang dilahirkan dengan masalah pendengaran; pengesanan seawal mungkin perlu dilakukan agar proses intervensi awal dapat dilakukan segera.
Baca artikel:
“Anak Akan Rasa Lebih Tenang Bila Rasa Diri Difahami” Cuba Teknik Ajaib Ini Kalau Anak Mengamuk
Resepi Kuih Bakar ‘Super Simple’, Hanya Bakar Guna Air Fryer Sahaja!
Tak Cukup Nutrisi Punca Ramai Kanak-Kanak Bantut. Ini Sukatan Makanan Yang Betul Untuk Anak
Ujian saringan pendengaran bayi universal bermaksud semua bayi yang dilahirkan di satu-satu hospital akan menjalani ujian saringan pendengaran. Saringan pendengaran wajar dilakukan ke atas semua bayi memandangkan terdapat bukti daripada laporan kajian yang menunjukkan 50% daripada bayi yang dikesan bermasalah pendengaran adalah terdiri daripada bayi yang berisiko rendah untuk mendapat masalah pendengaran (Watkin et.al,1991; Davis, 1997; Mehl, 1998; Kennedy, 2000).
Terdapat dua jenis ujian saringan pendengaran yang boleh dilakukan ke atas bayi bagi mengesan masalah pendengaran iaitu ujian otoacacoutic emission dan ujian auditory brainstem response.
Matlamat ujian saringan pendengaran universal adalah untuk mengenal pasti masalah pendengaran pada bayi selewat-lewatnya usia bayi 3 bulan dan langkah pemulihan dapat dilakukan selewat-lewatnya usia bayi 6 bulan (Joint Committee of Infant Hearing 1994).
Sehubungan dengan itu, ujian saringan pendengaran perlu dilakukan seawal kelahiran bagi mengenal pasti sama ada pendengaran bayi adalah normal atau bermasalah agar langkah intervensi dapat dilakukan secepat mungkin.
Apakah kesan sekiranya masalah pendengaran tidak dikenal pasti awal?
Pendengaran yang normal dapat membantu perkembangan pertuturan yang normal. Tempoh kritikal bagi perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak adalah dari sejak lahir sehingga 4 tahun yang pertama (Yoshinago-Itano;2000). Sekiranya kanak-kanak mempunyai masalah pendengaran, perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak tersebut boleh terjejas atau terbantut sama sekali. Akibat daripada masalah ini, kanak-kanak tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan akan menjurus kepada masalah tingkahlaku kerana tidak dapat menyampaikan hasrat atau membuat permintaan. Ini disebabkan komunikasi yang dihasilkan tidak dapat difahami oleh ibu bapa, ahli keluarga dan orang sekeliling.
Di samping itu, kelewatan perkembangan pertuturan ini akan menimbulkan masalah pada kanak-kanak tersebut apabila memasuki alam persekolahan kelak. Peluang mendapatkan pendidikan terhad seterusnya prospek kerja yang rendah akan menjadikan kanak-kanak tersebut menjadi individu yang perlu bergantung kepada orang lain. Tambahan daripada itu, perkembangan sosial dan psikologi kanak-kanak juga turut terjejas.
Namun begitu, jika kanak-kanak yang bermasalah pendengaran ini diberi rawatan intervensi secara optimum sebelum berusia empat tahun, kanak-kanak ini masih lagi berpeluang untuk melalui proses pembelajaran bahasa dan belajar bertutur dan memasuki aliran normal (mainstream). Sehubungan dengan itu, masalah pendengaran yang dikenal pasti secara awal dapat mempercepat proses pemulihan sekaligus dapat mengelakkan komplikasi masalah pendengaran.
Apa perlu saya buat sekiranya bayi saya gagal ujian saringan pendengaran?
Keputusan gagal yang diperoleh semasa ujian saringan tidak bermaksud bayi anda sememangnya bermasalah pendengaran. Bayi yang berpendengaran normal boleh juga gagal semasa ujian saringan yang mungkin disebabkan \;
cecair ketuban atau sumbatan di dalam salur telinga luar. cecair/ di dalam telinga tengah. bayi menangis atau banyak bergerak semasa ujian. Sekiranya dimaklumkan bahawa bayi anda gagal di dalam ujian saringan pendengaran, SANGAT PENTING untuk membawa bayi anda ke temu janji susulan sama ada bagi mengulangi ujian saringan ataupun menjalani ujian pendengaran diagnostik bagi mengesahkan masalah pendengaran. Apabila masalah pendengaran kekal telah disahkan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan Pendengaran (audiologis), anak anda juga perlu menjalani pemeriksaan lengkap oleh doktor Otorinolaringologi untuk memastikan punca serta masaalah klinikal atau sindrom yang berkaitan serta rawatan khusus yang perlu.
Bayi anda juga perlu menjalani penilaian oleh Pegawai Pemulihan Pertuturan supaya perancangan rehabilitasi boleh dilakukan. Bayi anda akan disarankan menggunakan alat bantu dengar. Implan koklea akan dicadangkan sekiranya alat bantu dengar tidak dapat membantu masalah pendengaran secara optimum bagi kes-kes yang bersesuaian mengikut kriteria sedia ada. Bayi yang telah memakai alat bantu dengar atau implan koklea ini juga perlu komited menjalani sesi terapi pertuturan yang berkala oleh Pegawai Pemulihan Pendengaran Pertuturan untuk pemulihan pembelajaran bahasa dan pertuturan.
Apakah bayi saya mungkin mendapat masalah pendengaran walaupun lulus ujian saringan pendengaran?
Ya. Bayi atau kanak-kanak yang dilahirkan dengan pendengaran normal boleh mendapat masalah pendengaran pada waktu lain. Masalah pendengaran ini mungkin berlaku disebabkan penyakit atau penggunaan ubat tertentu, mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat kemalangan serta berisiko mendapat masalah pendengaran pada masa yang lambat (delayed onset hearing loss). Sentiasa perhatikan tingkahlaku mendengar dan perkembangan pertuturan anak dan bawa anak anda ke klinik untuk rujukan sekiranya sangsi dengan respon mendengar atau perkembangan pertuturan mereka. Sila rujuk carta SENARAI SEMAK PERKEMBANGAN PENDENGARAN NORMAL KANAK-KANAK untuk membandingkan perkembangan anak anda dari semasa ke semasa.
Melalui ujian saringan pendengaran universal, masalah pendengaran pada bayi dapat dikesan dengan lebih awal seterusnya mempercepat langkah intervensi bagi memastikan bayi tersebut dapat berfungsi sebagai individu normal di dalam masyarakat.
Perlu difahami bahawa keberkesanan rawatan masalah pendengaran serta proses pemulihan ini sangat bergantung pada pematuhan pemakaian alat bantu dengar oleh kanak-kanak tersebut serta iltizam yang sepenuhnya oleh ibu bapa dan ahli keluarga semasa proses rehabilitasi pertuturan.
Kredit: MyHealth Portal

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 
The post Jangan ‘Skip’ Ujian Saringan Pendengaran Bayi Baru Lahir. Buatlah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/jangan-skip-ujian-saringan-pendengaran-bayi-baru-lahir-buatlah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Bayi Baru Lahir Bantuan Kewangan Sehingga Rm1 000 Mengikut Negeri Semak Permohonan Mengikut Negeri Anda

Bantuan Bayi Baru Lahir Bantuan Kewangan Sehingga Rm1 000 Mengikut Negeri Semak Permohonan Mengikut Negeri Anda

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 360 hits
Bantuan Bayi Baru Lahir Bantuan Kewangan Sehingga RM1 000 Mengikut Negeri Semak Permohonan Mengikut Negeri Anda Untuk pengetahuan anda bagi setiap negeri di seluruh negara ada memperkenalkan bantuan bayi baru lahir yang mana batuan tersebut...
Jangan Buat Selamba Kalau Demam Trimester Pertama Boleh Jejas Pembentukan Organ Bayi

Jangan Buat Selamba Kalau Demam Trimester Pertama Boleh Jejas Pembentukan Organ Bayi

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 177 hits
Bahaya atau tidak demam yang dialami semasa hamil adalah bergantung kepada jenis jangkitan kuman Tambahan lagi pada masa kini terlalu banyak jangkitan baru Oleh itu paras bahaya atau tidak demam itu kepada anda yang sedang hamil adalah berg...
Mama Rindu Aisyah Baru Sehari Hantar Rumah Pengasuh Bayi 3 Bulan Dijemput Ilahi

Mama Rindu Aisyah Baru Sehari Hantar Rumah Pengasuh Bayi 3 Bulan Dijemput Ilahi

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 304 hits
Luluh hati ibu apabila menerima panggilan menyatakan anak tak sedarkan diri ketika dalam jagaan pengasuh Bukan tak terima takdir tapi masih terkejut kerana anak baru hari pertama dihantar ke rumah pengasuh Baru hari pertama di rumah pengasu...
Jangan Cium Bayi Orang Anak Sendiri Boleh Neelofa Minta Hormat Pendirian Setiap Ibu

Jangan Cium Bayi Orang Anak Sendiri Boleh Neelofa Minta Hormat Pendirian Setiap Ibu

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 192 hits
Selebriti dan usahawan popular Neelofa menasihatkan orang ramai agar tidak mencium anak individu lain sesuka hati bagi mengelak dijangkiti sebarang penyakit Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor 33 menegaskan perkara sebegitu ...
Rafizi Jangan Jadi Pondan Baru Kena Sikit Sudah Ugut Sprm

Rafizi Jangan Jadi Pondan Baru Kena Sikit Sudah Ugut Sprm

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 201 hits
Rafizi sangat marah apabila disiasat Surhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Konon pejabat nya diserbu dan kakitangan nya di soal berjam jam oleh SPRM Rafizi Ramli perlu jawap sepatut nya SPRM kena buat macam mana jika hendak siasat SPRM harus ...
5 Perkara Jangan Skip Perlu Ada Untuk Cari Kerja Di Linkedin

5 Perkara Jangan Skip Perlu Ada Untuk Cari Kerja Di Linkedin

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 175 hits
5 tips apply jobs di LinkedInNak cari kerja thru LinkedIn tapi tak reti Senang je sebenarnya Tengok tip ni untuk tahu apa yang korang kena buat apabila mencari kerja menggunakan saluran LinkedIn 1 PROFILENampak remeh tapi penting Letak gamb...
Jam 10 Pagi Tidur 4 Petang Baru Tengok Ibu Terkilan Bayi 6 Bulan Meninggal Di Taska

Jam 10 Pagi Tidur 4 Petang Baru Tengok Ibu Terkilan Bayi 6 Bulan Meninggal Di Taska

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 180 hits
Setiap kali dengar anak orang lain yang berada dalam jagaan pergi menghadap ilahi ketika dalam jagaan pengasuh pasti hati kita sebagai ibu bapa turut risau Terlintas di kepala nasib anak anak sendiri Ini kerana semasa hantar dalam keadaan s...
Menang Dulu Baru Bincang Kerjasama Politik Dengan Gps Kata Anwar

Menang Dulu Baru Bincang Kerjasama Politik Dengan Gps Kata Anwar

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 234 hits
November 12 2022 Selain urus tadbir yang baik kata Anwar Ibrahim PH menawarkan kepada rakyat Sarawak untuk mengekalkan agenda keadilan kepelbagaian kaum dan agama PETALING JAYA Pengerusi Pakatan harapan Anwar Ibrahim berkata sebarang perbin...
Afgan Soroti Peraturan Baru Konser Musik Di Jakarta Ingatkan Promotor Dan Penonton Agar Patuh

Afgan Soroti Peraturan Baru Konser Musik Di Jakarta Ingatkan Promotor Dan Penonton Agar Patuh

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 228 hits
Bagi Afgan promotor dan penonton konser harus saling bekerja sama agar persoalan over capacity yang sempat terjadi nggak terulang lagi dan konser berjalan dengan aman
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii