Jangan Sibuk Judge Rumahtangga Orang Lain Tak Kemas Berkilat Itu Rumahtangga Mereka Sop Tak Sama


“Tengok rumah sebelah ni asyik bersepah je, bini dia tak kemas rumah ke??” Oppsss, jika kita ada terdetik sebegitu di dalam hati, elok dibuang jauh-jauh syak wasangka yang buruk. Boleh jadi mereka suami isteri berusaha sehabisnya untuk pastikan rumah mereka bersih, namun dia diuji dengan anak-anak kecil yang sangat bijak dan kuat meneroka. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja, malam sahajalah masa yang ada untuk menguruskan rumah
Saya isteri yang bekerja.  Saya bekerja jauh dari rumah. Sampai rumah dah maghrib. Hari hari begitulah jadual saya
Sampai rumah katakanlah 7.30pm. Dalam jadual saya, pukul 10 adalah waktu anak masuk tidur
Jadi, saya hanya ada masa 2 jam setengah untuk buat semua ni, 1. Mandi 2. Solat 3. Ajar anak mengaji 4. Masak 5. Kemas dapur 6. Basuh pinggan 7. Sapu sampah 8. Basuh kain 9. Sidai kain 10. Angkat kain 11. Lipat kain 12. Gosok kain 13. Susun kain 14. Susun pinggan 15. Tengok homework anak 16. Sembang dengan suami 17. Sembang dengan anak Kalau saya nak pastikan saya mampu buat kesemua 17 perkara tu dalam tempoh 2 jam setengah, sorang-sorang, dengan berkualiti, saya tak sepatutnya duduk di planet bumi. Saya sepatutnya sudahpun menjadi bidadari sorga. Jadi, sebab saya rasa mustahil saya boleh buat semua tu setiap hari dalam tempoh 2 jam setengah, maka saya memilih untuk buat semua itu dengan timeline saya sendiri, dan mengikut cara saya yang saya mampu. Yang penting tetapkan objektif: 1. Anak dan suami dapat perhatian sewajarnya 2. Rumah tidak terlalu bersepah 3. Perut masing-masing kenyang 4. Kami semua dapat habiskan masa yang berkualiti bersama walaupun sekejap 5. Kami semua gembira Apa apa sahaja yang saya buat atau tak buat, saya pastikan kelima-lima objektif tersebut tercapai
Rasa mampu masak, masak. Tak mampu masak, order. Yang penting tak ada yang mengamuk lapar
Rasa larat kemas rumah, kemas. Larat sapu, sapu, larat vacuum, vacuum. Tak larat, kemas meja aje sudahlah. Kemaskan yang superficial je, kemaskan kawasan yang nampak jelas di mata: atas sofa, atas meja, depan tv. Yang lain, esok esok lah buat. Yang penting, rumah tak sehingga ke tahap tongkang pecah
Basuh kain biasanya memang mudah, tekan tekan je. Tapi nak jemur tu kadang dah tak larat. Kalau kami laki bini masih larat, sidai. Tak larat, suami bawa je pergi laundry, keringkan. Kalau suami pun dah tertidur, tak larat nak bangun pergi laundry, aku biarkan aje. Esok aku tekan balik mesin tu, ha basuh lagi sekali. Benda boleh rileks, buat apa stress
Baju? Alah..larat lipat, lipat. Tak larat saya susun je bakul bakul tu dalam bilik baju. Tutup pintu. Settle. Ada masa lapang, hujung minggu, lepak dalam tu sambil pasang lagu, slow slow lipat lah. Bukan jadi serbuk pun baju baju tau kalau lambat lipat. Chill aje udah
Sapu sampah dan vacuum? Larat, buat. Tak larat, kutip sampah yang besar-besar. Lap pakai kain lap kalau ada benda yang tumpah tumpah bawah meja, dah. Nak mop bagai kau tunggu ajelah hujung minggu. Nak berkilat sangat lantai tu setiap masa nak buat apa? Cermin
Iron baju? Kalau larat iron semua hujung minggu, iron. Tak larat iron je sikit sikit. Tak sempat sebelum tidur, esok subuh aku bangun awal sepuluh minit dari biasa, ha iron. Apedehal
Yang penting, ini. Bagi saya, ini yang wajib: 1. Spend time dengan anak. Kita dah tinggalkan dia sepanjang hari. Biarkanlah dia nak bergelumang dengan kita selama 2 jam setengah tu. Itu je masa yang kita ada dengan dia
2. Ajar anak mengaji. Seboleh boleh kami suami isteri cuba untuk tak skip rutin yang ini
3. Spend quality time together. Setengah jam pun jadi. Waktu dinner, wajib duduk semeja. Sembang, gelak, bahan each other. Kalau sempat, kami tengok Netflix sesama. Sekejap pun tak apa. Dapat tengok satu episod naruto pun jadi. 4. Buat breakfast pagi-pagi (cipta menu yang boleh dibuat dan dimakan segera) untuk anak dan suami. Saya suka spend time dengan anak dan suami sebelum masing-masing berpisah ke destinasi masing-masing. Sekejap pun jadi. Sebab nak jumpa semula nuuu maghrib nanti. Keinginan untuk rumah yang berkilat, bersih, dan tersusun macam muzium tu adalah kehendak kita sahaja. Ia bukan keperluan. Kita takkan mati dan menyesal kalau rumah kita bukan rumah yang paling berkilat di daerah kita
Tapi, memberi masa dan perhatian yang secukupnya kepada anak adalah suatu prioriti yang kita tak boleh tolak ansur dah. Yang itu ya, kita akan menyesal apabila suatu hari nanti, dia rupanya-rupanya dah besar dan tak mahu sembang dan spend time dengan kita dah. Masa tu, kita duduk lah dalam rumah yang berkilat macam muzium tu dengan suasana yang sangat sunyi
Rumah yang berkilat dan tersusun macam muzium tak boleh beri kita kebahagiaan pun. Ia hanya beri kita kepuasan yang sementara. Sebabnya esok lusa, bersepah balik
Tapi fokuslah dengan objektif yang lebih utama, kemenjadian anak anak dan memori yang dicipta bersama untuk dikenang sampai bila bila
Tapi betul, saya boleh hidup dengan timeline dan pace macam ni kerana saya dianugerahkan suami yang memahami, rajin membantu, mengambil separuh daripada tugasan rumahtangga bersama dan anak juga sudah boleh membantu banyak benda
Tapi, percayalah, Kesefahaman itu bukan dicipta overnight sahaja. Ia sudah pun melalui proses pertengkaran, kemerajukan, perbincangan, latihan, mesyuarat, persidangan, dan ngauman ngauman serta sedu sedan yang mendayu-dayu. Tapi, selagi Allah ada dalam setiap perbalahan tu, insyaallah kita suami isteri akan baik baik sahaja
Saya teguh dengan modul ‘penat sama sama, rehat sama sama’. Jangan mengalah selagi objektif modul tak tercapai
Tak perlu ada sesiapa yang terkorban pun dalam struggle pengurusan rumahtangga
Selagi kita suami isteri masing-masing cuba lapangkan dada untuk cuba memahami dan bersifat ihsan towards each other, Allah akan bantu kita
Doa banyak banyak pada Allah…ya Allah, kau berilah ilham kepada suamiku agar dia faham isi hati ku ni ya allah….doa begitu selalu
Suami ni, dia bukan macam anak anak, boleh ditengking tengking kalau tak dengar cakap, bukan boleh dipecah perintah kalau nak minta dia buat sesuatu. Tapi, jika kena caranya, insyaallah dia akan buat apa yang kita harapkan dia buat dengan seikhlasnya juga
Yang saya tulis ni, bukan tips. Tapi ini kisah hidup saya yang baru sepuluh tahun berumahtangga. Alhamdulillah, segalanya makin tenang, dan kurang dah tunggang langgang
Bagi yang baru meniti setahun dua tahun tiga tahun empat tahun tu, sabar…sabar..sabar…tenang…banyakkan komunikasi..merajuklah, menangislah, memintalah, bersuaralah…agar akhirnya isi hati kita sampai kepada suami
Orang lelaki ni otak dia slow sikit bab faham isi hati isteri ni. Kita kena luah luah luah luah luah banyak banyak banyak banyak kali sampailah dia register, oh begitu rupanya yang bini aku nak. Hahahaha
Rileks k, jangan stress.. mak mak bawak bertenang. Buat apa yang termampu. Kita semua dah usaha dah sebaiknya. Mak mak memang semua akan berusaha pastikan yang terbaik untuk anak dan rumahtangga nya
Buat saudara mara adik beradik ipar duai jiran tetangga dan sahabat handai, jangan sibuk judge rumahtangga orang lain tu tak kemas lah, tak berkilat lah, tak bersih bersinar lah, bini orang tu malaslah, tak rajin masaklah apa lah yee. Itu rumahtangga dia, suami dia, anak anak dia. Dan boleh sahaja objektif dia dan kita tak sama. So SOP pengurusannya pun tak sama. So kita senyap aje sudah. Tak puas hati, kemam aje diam diam. Tak payah sibuk. Selagi tak ada perkara yang menyusahkan kita, biarkan mereka. Kau sakit mata? Pejam. Kau sakit hati? Ha tu kau punya pasal. Selagi dia tak kacau kau, sudah
Suami, teruskanlah berbuat ihsan kepada isteri. Percayalah, Isteri anda pasti sedang sentiasa mencuba melakukan yang terbaik untuk anda dan anak anak, dengan cara yang dia tahu, dan dengan kudrat yang dia mampu
Kalau ada sesiapa yang hasut fikiran anda agar jangan bantu isteri, biarkan isteri buat sendiri sebab itu tugas isteri, kalau bantu isteri tu tandanya anda takut bini, ha kau pergi hembus auzubillahi minasyaitooonnn nirrrajimmmm kat ubun ubun dia. Kalau nampak tak lut, kau azankan je kat telinga dia bang
Bisikan syaiton sungguh
Isteri happy, anak anak happy, anda sendiri pun akan happy. Bahagia itu kita yang cipta
Ciptalah
(Eh ya Allah, bila aku baca balik, panjangnya! Anda dah baca sampai bottom line ni kira tahniahlah! ) Kredit: Izyan Izdihar Shaarani The post Jangan Sibuk ‘Judge’ Rumahtangga Orang Lain Tak Kemas Berkilat! Itu Rumahtangga Mereka, SOP Tak Sama appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-sibuk-judge-rumahtangga-orang-lain-tak-kemas-berkilat-itu-rumahtangga-mereka-sop-tak-sama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Syok Sendiri Pkpb Pkpp Sama Sahaja Kkm Perlu Nilai Semula Sop Pakar

Jangan Syok Sendiri Pkpb Pkpp Sama Sahaja Kkm Perlu Nilai Semula Sop Pakar

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 287 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan perlu melakukan penilaian semula terhadap prosedur operasi standard yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan PKP Pemulihan Gesaan itu dibuat Pakar Mikrobiologi Klinikal Universiti Sains Islam ...
Jangan Leka Jaga Sop Covid 19

Jangan Leka Jaga Sop Covid 19

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 187 hits
ALOR SETAR Rakyat Kedah diingatkan supaya tidak leka dalam menjaga prosedur operasi standard terutama ketika penganjuran majlis perkahwinan Exco Kesihatan Kedah Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata ketika ini Kedah hanya bebas daripada Perin...
Lain Kali Kalau Cakap Pandai Bertindak Mesti Kena Pandai Jangan Jadi Mangkok Hayun

Lain Kali Kalau Cakap Pandai Bertindak Mesti Kena Pandai Jangan Jadi Mangkok Hayun

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 249 hits
NIZAM AKAPandai pula menteri mangkuk jamban Pas minta jangan sensasikan kes kes jenayah berkait agamawan Semasa geng geng bengap kamu balong YB Mujahid dalam isu sajat dulu lancar dan laju je geng geng bongok kamu salahkan Mujahid padahal p...
Polisi Pastikan Kondisi Rizieq Sehat Dapat Perlakuan Sama Seperti Tahanan Lain

Polisi Pastikan Kondisi Rizieq Sehat Dapat Perlakuan Sama Seperti Tahanan Lain

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 230 hits
Kabid Humas Polda Metro Jaya Kombes Pol Yusri Yunus memastikan kondisi Pimpinan Front Pembela Islam Rizieq Syihab dalam keadaan baik pada Minggu
Jangan Pakaikan Anak Barang Kemas Ke Tadika Antara 22 Peringatan Mesra Dari Cikgu Untuk Ibu Ayah

Jangan Pakaikan Anak Barang Kemas Ke Tadika Antara 22 Peringatan Mesra Dari Cikgu Untuk Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 668 hits
Tahun depan anak anak dah mula masuk ke tadika ataupun sekolah Memang seronok dan teruja nak tengok anak kecil kita mula ke sekolah Terasa dah besar si kecil kita ni pelbagai persiapan sekolah dibuat ibu ayah semua barang terasa nak dibeli ...
Anak Menangis Jangan Abaikan Mak Ayah Kena Tahu Punca Boleh Beri Kesan Pada Perkembangan Mereka

Anak Menangis Jangan Abaikan Mak Ayah Kena Tahu Punca Boleh Beri Kesan Pada Perkembangan Mereka

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 297 hits
Anak menangis disebabkan pelbagai punca Adakah anda pernah mengabaikan tangisan bayi anda Ikuti perkongsian juruterapi ini Sebenarnya tangisan bayi dan kanak kanak sama sekali tidak boleh diabaikan ibu ayah mesti disiasat puncanya Menurut s...
Fpi Jawab Tudingan Polisi Itu Fitnah Anak Anak Tak Ada Yang Punya Senpi Mereka Dibantai

Fpi Jawab Tudingan Polisi Itu Fitnah Anak Anak Tak Ada Yang Punya Senpi Mereka Dibantai

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 331 hits
Sekretaris Umum Front Pembela Islam Munarman menuding polisi membeberkan narasi fitnah atas kasus tewasnya enam laskar FPI di Karawang Jawa Barat Terutama kata Munarman ketika polisi menarasikan laskar FPI menembak penyidik Korps Bhayangkar...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba