Cuti Kuarantin Pengalaman Anak Kena Penyakit Hfmd A K A Sakit Tangan Kaki Mulut
Hi u ols, entri ni CA nak share pengalaman anak CA kena penyakit HFMD. Alkisahnya dalam tiga orang anak CA,yang si Aira ni satu2nya mencipta sejarah kena penyakit ni. 2 bulan gais CA tak bawak anak-anak pi mall,pasar,taman or tempat yang ramai orang sebab risau terjangkit dengan penyakit berjangkit seperti influenza dengan corona tu tapi bila Allah berkehendak, korang duduk lah rumah macam mana pun sakit lain yang dia bagi. Eh,eh tiber kena HFMD pula, pening kepala mikir macam mana boleh kena..kemain jaga helok anak tapi kena jugak. Huhu
Rutin harian Aira ni hanyalah pergi rumah pengasuh dari Isnin-Jumaat je, Sabtu Ahad memang duduk rumah. Bagi main dekat depan rumah je pun..bila minggu lepas tiba-tiba Aira kena demam tapi waktu malam sahaja taw, siangnya dia okay je badan tak panas or dedar tapi bila masuk jam 5 petang ke atas dia start panas. 3 malam dia demam dan meragam waktu tidur,mak dia pun dah mata panda pi kerja dok layan ragam anak demam. CA fikir dia demam nak tumbuh gigi sebab dia taknak makan dan suka gigit-gigit. Sampai lah hari ketiga dia demam malam tu air liur dia meleleh dan asik tunjuk lidah dia je,sakit. CA bagi ubat demam dan minum air masak banyak tapi tetap sakit
Esok petang nya naik bintik-bintik dekat tangan dan kaki pulak. Pengasuh Aira cakap dekat montot dia pun banyak bintik naik. Apa lagi,kita google la tanda-tanda HFMD,nape tah tergerak hati nak Google sakit tu. Sekali tepat tandanya. Terus bergegas suh suami hantar pi hospital sebab klinik dah tutup kan. Jumpa je doktor, dan doktor belek tapak tangan dan tapak kaki je sah HFMD sebab ada naik bintik. Tambahan dalam mulut pun ada bintik. Apa lagi doktor suruh cuti kuarantin ye u ols.
So disebabkan CA penjawat awam maka kenalah isi borang cuti kuarantin dan lampirkan dengan perakuan kuarantin dari doktor. Alhamdulillah CA ambil cuti tu 2 hari (Khamis & jumaat) je sebab lagi 2 hari tu Sabtu Ahad cutikan. So dalam masa 4 hari Aira sembuh.
So CA share tanda-tanda Aira sakit ye1) Demam waktu malam sahaja 3 malam berturut-turut2) Hari kedua demam tak lalu makan3) Hari ketiga demam air liur mula meleleh dia tak dapat kawal,keluar sendiri so kena sedia kain sentiasa lap mulut. Ada bintik pada lidah4) Hari keempat keluar bintik-bintik yang jelas di kaki,tangan,montot5) Hari kelima dah tak demam,lidah masih sakit. Banyakkan minum air masak6) Hari keenam selera makan dah mula ada,tak boleh makan pedas. Makan sup2 dan berkuah aje sepanjang dia demam7) Hari ketujuh dah start selera makan,makan tak berhenti. Lidah dah okay,bintik dah tak naik
Jadi tindakan CA bila dapat tahu anak sakit lepas jumpa doktor terus maklumkan kepada bos untuk mohon cuti kuarantin. Sentiasa bagi air masak untuk Aira minum dan tak bagi anak-anak berkongsi cawan dan makanan dengan Aira takutt berjangkit pulak. Pakai hand sanitizer sentiasa
Oh lupa doktor cakap walaupun kita tidak pergi tempat yang ramai orang tapi HFMD boleh berjangkit melalui persekitaran dan melalui haiwan peliharaan seperti kucing. Dekat kawasan rumah CA memang banyak kucing, kucing liar pun banyak. So mungkin masa Aira dok usap-usap tu yang terjangkit. CA bersyukur Allah permudahkan jaga Aira waktu dia sakit ni dan Alhamdulillah atas pengalaman ni.
Ni perakuan dari doktor ye untuk dapatkan cuti kuarantin. Mommies bekerja wajib dapatkan perakuan ni kalau nak ambil cuti kuarantin sebab kena lampirkan dengan borang cuti nanti
Okay ini borang cuti kuarantin, boleh google dan download je. Ada dalam pekeliling u ols. So hantar borang ni ye barulah cuti u ols diperakui bos
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://atiqahhanumharun.blogspot.com/2020/02/cuti-kuarantin-pengalaman-anak-kena.html