Jangan Peralat Isu Sensitif Untuk Kepentingan Sendiri Titah Agong


KUALA LUMPUR, 9 Sept — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah mengingatkan seluruh rakyat Malaysia supaya tidak memperalatkan isu-isu sensitif bagi kepentingan mana-mana pihak.
Titah Seri Paduka setiap rakyat dijanjikan hak serta kebebasan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, namun kebebasan tersebut mestilah tidak melangkaui nilai-nilai yang menjadi asas perpaduan negara.
“Begitu juga dalam agenda politik, mesti ada noktah dan batasan yang tidak harus kita langgar. Jika polemik politik dibiarkan berlarutan, lambat-laun rakyat juga yang akan mendapat padahnya.
“Percayalah, perpaduan dan keamanan yang telah terbina selama 62 tahun ini jika hilang, akan sukar untuk dikembalikan. Nasihat Beta, buanglah yang keruh, dan ambillah yang jernih, mana-mana yang tercalar, rawatilah segera agar yang retak akan kembali bertaut,” titah Al-Sultan Abdullah.
Seri Paduka bertitah demikian pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung di Istana Negara, hari ini.
Al-Sultan Abdullah bertitah baginda menyambut baik usaha-usaha kerajaan, dalam menghadapi suasana ekonomi dan geopolitik yang semakin mencabar, serta mengalu-alukan pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi dan kewangan negara, di samping menangani kos sara hidup dan membasmi kemiskinan.
“Dalam hal ini, kerajaan Beta perlu sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat.
“Beta berharap golongan yang memerlukan seperti rakyat yang miskin, kurang upaya dan kumpulan B-40, hendaklah diberikan perhatian dan bantuan agar mereka tidak tercicir daripada arus pembangunan,” titah Seri Paduka.
Selain itu, pembentukan nilai-nilai mulia dalam amalan kehidupan masyarakat hari ini adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, titah Yang di-Pertuan Agong.
Dalam usaha membentuk sebuah masyarakat yang berintegriti, Al-Sultan Abdullah bertitah, generasi muda perlu dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan dan nilai jati diri yang tinggi.
Justeru, Seri Paduka menyarankan agar program-program yang boleh menyemai nilai-nilai mulia, jati diri dan semangat patriotisme, hendaklah dianjurkan di setiap pelosok negara.
“Melalui pendekatan ini, Beta berkeyakinan kita akan dapat membentuk sebuah masyarakat yang berintegriti dan akan turut berupaya membentuk sebuah negara yang mempunyai nilai-nilai jati diri dan patriotisme yang tinggi,” titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah pada istiadat berkenaan turut mengambil kesempatan menjunjung kasih kepada Raja-Raja Melayu di atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Seri Paduka turut merakamkan terima kasih kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, anggota pentadbiran, penjawat awam dan anggota pasukan keselamatan yang sentiasa taat setia dalam melaksanakan tugas selain warga Istana Negara yang banyak membantu Seri Paduka dalam menggalas amanah sebagai Ketua Utama Negara. — Bernama
The post Jangan peralat isu sensitif untuk kepentingan sendiri, titah Agong appeared first on Media Serius.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediaserius.my/jangan-peralat-isu-sensitif-untuk-kepentingan-sendiri-titah-agong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guan Eng Jangan Buka Mulut Isu Sensitif Kaum Cassa

Guan Eng Jangan Buka Mulut Isu Sensitif Kaum Cassa

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 300 hits
Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam merayu kepada Lim Guan Eng agar tidak membuka mulut dalam isu yang boleh menyentuh sensitiviti kaum di negara ini Presidennya Datuk Dr Jacob George berkata rayuan itu dibuat demi menjernihkan kekecoha...
Isu Perkauman Tadbir Sendiri Di Papua Sekatan Ke Atas Pelancong Bermula

Isu Perkauman Tadbir Sendiri Di Papua Sekatan Ke Atas Pelancong Bermula

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 241 hits
JAKARTA Indonesia melaksanakan sekatan ke atas pelancong asing ke wilayah Papua Ia susulan empat warga Australia yang diusir berhubung dakwaan mereka menyertai bantahan menuntut kemerdekaan Selama dua minggu Papua berhadapan dengan protes b...
Sedih Bila Tunang Keluarga Sendiri Minta Bukti Dr Amalina Tak Sangka Ada Lagi Yang Cetek Akal Isu Seiaput Dara

Sedih Bila Tunang Keluarga Sendiri Minta Bukti Dr Amalina Tak Sangka Ada Lagi Yang Cetek Akal Isu Seiaput Dara

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 709 hits
Doktor beddah popular Dr Amalina Bakri meluahkan rasa kesal terhadap tindakan seorang lelaki dan yang bertanyakan tentang selaput darra tunangnya Sedih Bila Tunang Keluarga Sendiri Minta Bukti Dr Amalina tak sangka ada lagi yang cetek akal ...
Lepaskan Tengkuk Sendiri Jangan Diikat Kaki Orang

Lepaskan Tengkuk Sendiri Jangan Diikat Kaki Orang

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 584 hits
Assalammualaikum wbtLEPASKAN TENGKUK SENDIRI JANGAN DIIKAT KAKI ORANG Dunia ini tidak ubah seperti gelanggang Tidak ubah juga seperti luasnya padang Boleh digunakan mengikut suka dan kesesuaiannya Namun begitu ada garisan yang tidak boleh s...
Jangan Batalkan Pendaftaran Umno Biarlah Ia Musnah Dengan Sendiri

Jangan Batalkan Pendaftaran Umno Biarlah Ia Musnah Dengan Sendiri

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 303 hits
Pada 4 September 2019Saya bersetuju dengan Ahli Parlimen DAP Kepong Lim Lip Eng yang mana kerajaan tidak sepatutnya membatalkan pendaftaran UMNO kerana kesalahan para pemimpinnya Namun begitu politik kotor parti tersebut haruslah dibendung ...
Hendropriyono Jangan Kasih Panggung Orang Asing Di Isu Papua

Hendropriyono Jangan Kasih Panggung Orang Asing Di Isu Papua

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 250 hits
Hendropriyono menyinggung nama Benny Wenda Benny kata dia merupakan orang asing dan bukan bagian bangsa Indonesia Dia juga menyebut ada orang asing yang terlibat mengibarkan bendera bintang kejora
10 Lagu Patah Hati Yang Kalau Dinyanyiin Malah Bikin Makin Depresi Jangan Bersenandung Sendiri

10 Lagu Patah Hati Yang Kalau Dinyanyiin Malah Bikin Makin Depresi Jangan Bersenandung Sendiri

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 364 hits
Sobat patah hati mesti pilih pilih lagu yang tepat biar nggak terjadi hal hal yang nggak diinginkan p
Umno Jangan Hukum Mati Biaq Dia Mampuih Sendiri

Umno Jangan Hukum Mati Biaq Dia Mampuih Sendiri

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 565 hits
Saya bersetuju dengan Ahli Parlimen DAP Kepong Lim Lip Eng yang mana kerajaan tidak sepatutnya membatalkan pendaftaran UMNO kerana kesalahan para pemimpinnya Namun begitu politik kotor parti tersebut haruslah dibendung Saya percaya bahawa k...
Dap Sesat Jangan Tersumbang Hapuskan Islam Di Negara Sendiri

Dap Sesat Jangan Tersumbang Hapuskan Islam Di Negara Sendiri

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 376 hits
HPU914 Malaysian Malaysia ideologi salahKL Teori Malaysian Malaysia yang dicanang canang untuk menghapuskan hak bangsa Melayu Bumiputera dan kedudukan agama Islam jelas merupakan satu ideologi yang salah dan melanggar sempadan konsep kenega...
Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Tarikh 16 Mei Yang Diingati

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bisnes A Bisnes B

Y Gen Dining By Architects Eat A Multi Sensory Culinary Sanctuary In Melbourne

Vin Populi Next Door Rezen Studio S Intimate Italian Inspired Wine Bar In Fremantle

Yb Wong Chen Says Opposition Parties Now In Govt Embraced Money Politics

Awas Polis Tiada Kaitan Dengan Iklan Dapatkan Semula Wang

Akmal Slams Anwar On Obsession With Najib Netizens Clap Back On Rule Of Law