Jangan Panik Ini Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Semasa Selepas Banjir


Jangan Panik, Ini Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum, Semasa & Selepas Banjir
Setiap kali musim hujan, kebimbangan tentang banjir mula menghantui ramai penduduk. Terutamanya yang tinggal di kawasan rendah atau berhampiran sungai.
Walaupun hujan nampak seperti rahmat yang menyegarkan bumi, hakikatnya ia juga boleh membawa bencana jika turun tanpa henti dalam tempoh yang panjang.
Dalam sekelip mata sahaja, air boleh naik dan menenggelamkan kawasan perumahan dan menyebabkan kerosakan harta benda, serta menjejaskan keselamatan orang ramai.
Oleh itu, penting untuk anda tahu apa yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas bencana ini berlaku.
Sehubungan itu, SK akan kongsikan langkah persediaan yang betul untuk menghadapi banjir, menurut Hello Doktor.
Perkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas masalah banjir Sebelum masalah banjir berlaku  Sediakan kit kecemasan yang mengandungi (minimum): Peralatan first aid Lampu suluh bersama bateri tambahan Powerbank Dokumen-dokumen penting Makanan yang tidak cepat rosak Air minuman Lilin dan mancis Ubat-ubatan penting Baju, selimut dan beg tidur Wang kecemasan Kit kebersihan diri Baju hujan Tutup semua utiliti rumah seperti gas, elektrik dan air jika dilanda banjir. Pastikan anda mempunyai pelan evakuasi. Semua ahli keluarga perlu tahu ke mana mereka perlu pergi jika berlakunya banjir. Sebarang keputusan pada minit-minit terakhir hanya akan menyebabkan kekeliruan. Pastikan ahli keluarga atau jiran tahu ke mana arah tuju anda ketika proses evakuasi. Simpan perkakas elektrik seperti pemanas air ketuhar di tempat yang lebih tinggi seperti loteng rumah. Bina penghalang atau penghadang air banjir seperti beam untuk mengelakkan kemasukan air banjir ke dalam rumah. Simpan segala dokumen penting di tempat yang lebih selamat dan jauh daripada aliran air. Ajar anak-anak cara untuk melefon polis dan bomba ketika berlakunya kecemasan. Semasa banjir Dengar pengumuman daripada radio, televisyen, atau mana-mana media sosial berkenaan perkembangan semasa banjir di kawasan anda. Bersedia untuk sebarang kemungkinan banjir kilat yang akan berlaku. Sekiranya terdapat kemungkinan banjir kilat, terus berpindah ke kawasan yang lebih tinggi tanpa perlu menunggu arahan pihak berkuasa berkaitan. Perhatikan tahap ketinggian air di sekeliling rumah anda seperti tasik, aliran sungai, longkang, parit besar dan tali air sebagai langkah bersedia. Tutup semua punca atau bekalan elektrik di rumah anda untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Jika perlu berpindah, lakukannya serta-merta. Lebih mudah untuk berpindah ketika air masih lagi cetek dan mudah untuk dilalui kenderaan penyelamat. Ikuti arahan pihak berkuasa untuk berpindah. Jangan berlengah semasa dalam proses pemindahan. Berpindah ke tempat yang lebih tinggi dan selamat sementara anda masih mempunyai masa untuk bergerak dan berpindah. Jangan sesekali menunggu sehingga air banjir menenggelamkan rumah anda. Gunakan kenderaan yang lebih selamat untuk berpindah seperti kenderaan pacuan empat roda atau bot dan sampan. Jangan memandu di kawasan banjir. Kereta kecil boleh dihanyutkan air yang setinggi 1 kaki. Air yang setinggi 2 kaki pula boleh menghanyutkan hampir semua kenderaan. Jika anda perlu meranduk air, gunakan tongkat untuk mengetahui kedalaman air. Pastikan air tenang dan tidak deras kerana air setinggi 6 inci boleh membuatkan anda jatuh. Jangan mandi air banjir. Anda mungkin terdedah dengan pelbagai penyakit bawaan air. Selepas masalah banjir Elakkan bermain dengan air banjir. Ia mungkin telah tercemar dengan minyak, bahan kimia berbahaya atau limpahan air kumbahan. Hati-hati di kawasan yang telah terkesan dengan air banjir. Struktur jalan raya mungkin telah lemah dan boleh terjadi runtuhan. Jauhkan diri anda daripada sebarang kabel yang terjuntai di dalam air atau terputus. Hubungi syarikat bekalan elektrik untuk tindakan lanjut. Pulang ke kediaman anda hanya setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa. Baiki semula tangki septik rumah anda untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan dan kerosakan berpanjangan. Bersihkan rumah anda dengan menggunakan air bersih dan bahan pencuci. Lumpur yang memasuki kediaman mungkin mengandungi sisa kumbahan dan bahan kimia berbahaya. Jangan sesekali Berjalan merentasi air yang sedang mengalir. Jika anda perlu melintasi sesuatu kawasan, cari kawasan dengan air yang tenang dan tidak bergerak. Gunakan kayu untuk memeriksa keadaan tanah di hadapan. Jangan memandu di kawasan yang mempunyai masalah banjir. Jika air menenggelamkan kenderaan anda, tinggalkan kereta tersebut dan bergerak ke kawasan yang lebih tinggi. Kesimpulan
Masalah banjir kilat merupakan satu bencana alam yang boleh memusnahkan harta benda awam. Jika berlakunya banjir kilat, mangsa banjir pasti memerlukan bantuan yang banyak terutamanya dari segi wang ringgit.
Jika anda terlibat dengan banjir, atau sedang membantu mangsa banjir, panduan ini boleh membantu anda agar lebih bersedia untuk berdepan masalah banjir yang bakal tiba.
Jika kawasan rumah atau kediaman anda dianggarkan sebagai salah satu kawasan yang mungkin terjejas akibat banjir, langkah persediaan dan pencegahan adalah lebih utama sebelum bencana banjir melanda.
Ini bertujuan meminimumkan kerosakan yang berlaku, mengurangkan kos pembaikan, dan yang paling penting adalah keselamatan diri anda sendiri. Ingatlah, sediakan payung sebelum hujan.
BACA: Ketawa Tanpa Sebab? Anda Mungkin Alami Penyakit ‘Joker’!
Sumber: Hello Doktor
The post Jangan Panik, Ini Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum, Semasa & Selepas Banjir appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/24/jangan-panik-ini-perkara-yang-perlu-anda-lakukan-sebelum-semasa-selepas-banjir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Perkara Kecil Tapi Penting Sebelum Naik Motor Jarak Jauh

7 Perkara Kecil Tapi Penting Sebelum Naik Motor Jarak Jauh

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 209 hits
Tips Penting Sebelum Menunggang Motorsikal Jarak JauhMenunggang motosikal jarak jauh memang menyeronokkan angin pemandangan dan kebebasan di jalan raya Tapi tanpa persiapan yang betul perjalanan boleh bertukar menjadi pengalaman yang menyus...
Orang Ramai Di Sekitar Selangor Jangan Panik Nampak Tentera Asing

Orang Ramai Di Sekitar Selangor Jangan Panik Nampak Tentera Asing

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 141 hits
KOSMO PETALING JAYA Orang ramai di sekitar Selangor dinasihatkan agar tidak panik atau cemas sekiranya melihat kehadiran anggota tentera asing pergerakan kenderaan serta konvoi aset ketenteraan bermula hari ini hingga tamat eksesais Markas ...
Jangan Sesekali Tanya Atau Beritahu Chatgpt 5 Perkara Ini

Jangan Sesekali Tanya Atau Beritahu Chatgpt 5 Perkara Ini

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 164 hits
Jangan Sesekali Tanya Atau Beritahu ChatGPT 5 Perkara Ini Tidak dinafikan ChatGPT telah banyak mengubah cara kita bekerja dan menjalani kehidupan seharian Berdasarkan statistik terkini lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia menggunakan pl...
Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Baca Ini

Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Baca Ini

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 201 hits
Checklist Terperinci Pemeriksaan Kereta Terpakai A PEMERIKSAAN EKSTERIORBadan Kereta Cat Periksa keseragaman warna cat keseluruhan kereta Cari garisan cat tidak sekata Periksa karat di bawah pintu bonet dan bumper Semak ruang antara panel b...
Selangor Kemarau Kemenangan Di Acl2 Selepas Tewas 2 0 Kepada Persib Bandung

Selangor Kemarau Kemenangan Di Acl2 Selepas Tewas 2 0 Kepada Persib Bandung

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 142 hits
Selangor Kemarau Kemenangan Di ACL2 Selepas Tewas 2 0 Kepada Persib Bandung KUALA LUMPUR 23 Okt Selangor FC terus kemarau kemenangan dalam kempen Liga Juara Juara Asia 2 2025 26 selepas tewas 0 2 kepada wakil Indonesia Persib Bandung di Sta...
Pemancing Maut Selepas Rokok Elektronik Digunakan Meletup

Pemancing Maut Selepas Rokok Elektronik Digunakan Meletup

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 151 hits
Pemancing Maut Selepas Rokok Elektronik Digunakan Meletup Seorang lelaki di Timur Laut Thailand maut selepas rokok elektronik yang digunakan olehnya meletup dalam kejadian di empangan Ban Kut Chim daerah Mueang wilayah Nong Bua Lamphu pada ...
Moto3 Hakim Danish Layak Automatik Ke Q2 Selepas Catat Masa Ke 11 Terpantas

Moto3 Hakim Danish Layak Automatik Ke Q2 Selepas Catat Masa Ke 11 Terpantas

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 178 hits
MOTO3 Hakim Danish Layak Automatik Ke Q2 Selepas Catat Masa Ke 11 Terpantas SEPANG 24 Okt Pelumba muda berbakat negara Hakim Danish Ramli terus membuktikan keupayaannya apabila layak secara automatik ke sesi Kelayakan 2 selepas mencatatkan ...
Doa Anak Jadi Nyata Ibu Ayah Bersatu Semula Selepas Empat Tahun

Doa Anak Jadi Nyata Ibu Ayah Bersatu Semula Selepas Empat Tahun

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 167 hits
KUALA LUMPUR Kisah keluarga ini pernah menyentuh hati ramai apabila seorang anak kecil pada tahun 2021 menzahirkan satu permintaan luar biasa sempena hari lahirnya bukan mainan atau kek tetapi harapan agar ibu dan ayahnya kembali bersama Em...
Warga Israel Dikejar Di Pattaya Selepas Curi Sampul Derma Tokong Wat Tham Pha Thong

Warga Israel Dikejar Di Pattaya Selepas Curi Sampul Derma Tokong Wat Tham Pha Thong

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 255 hits
Views 1 PATTAYA 17 Oktober 2025 Seorang lelaki warga Israel mencetuskan kekecohan di bandar Pattaya selepas didakwa mencuri beberapa sampul derma yang dipercayai milik Tokong Wat Tham Pha Thong di wilayah Phetchabun Kejadian itu berlaku di ...
Malaysianow Editor Seeks To Void Criminal Defamation Provisions

Armizan Replaces Ewon As Sabah Rep On Ma63 Technical Committee

Produk Amazon Yang Boleh Dihantar Ke Malaysia Top Pilihan

Orang Sabah Nak Undi Bung Lagi Ke

Pemerhati Rasuah Malaysia Adakah Kerajaan Negeri Pusat Luluskan Kutipan Tol Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta

Aktiviti Program Pertemuan Pengerusi Mais Bersama Pibk Di Bawah Mais Ppim 14 11 2025

Singah Mengalas Perut Di Tuk Tuk Tomyam Kota Kinabalu

Klia Bocor Hujan Mencurah Macam Air Terjun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pantyhose Newsbreak 2025 Part One

Pembungkusan Makanan Eco Friendly Gaya Baharu Usahawan Moden

Trump Berkata Dia Akan Menyaman Bbc Sebanyak Sehingga 5 Bilion Kerana Penyuntingan Video

Pesona N Rdlingen Permata Tersembunyi Di Bavaria

Farah Lee Maklum Masih Belum Miliki Rumah Di Usia 36 Tahun Kalau Dah Terlibat Dengan Riba Rugi Dekat Akhirat Nanti

Khairy To Hit Sabah Campaign Trail For Old Friends Despite Uncertain Umno Return