Jangan Sesekali Tanya Atau Beritahu Chatgpt 5 Perkara Ini


Jangan Sesekali Tanya Atau Beritahu ChatGPT 5 Perkara Ini
Tidak dinafikan, ChatGPT telah banyak mengubah cara kita bekerja dan menjalani kehidupan seharian.
Berdasarkan statistik terkini, lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia menggunakan platform ini setiap hari, dengan lebih satu bilion pertanyaan diproses oleh sistemnya, lapor Forbes.
Namun di sebalik popularitinya, ChatGPT turut digelar sebagai ‘lubang hitam privasi’ berikutan kebimbangan terhadap cara data pengguna dikendalikan. Malah, platform ini pernah diharamkan sementara di Itali susulan isu berkenaan.
Menurut Forbes, pihak pembangunnya, OpenAI sendiri juga tidak menyembunyikan hakikat bahawa data yang dimasukkan ke dalam sistem mungkin tidak selamat.
Data ini bukan sahaja boleh digunakan untuk melatih model AI, tetapi juga disemak oleh manusia bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan penggunaan.
Tambahan pula, sebarang data yang dihantar ke perkhidmatan berasaskan awan (cloud service) tidak semestinya benar-benar selamat. Ini kerana keselamatannya bergantung pada tahap perlindungan yang disediakan pihak pengendali perkhidmatan tersebut.
Oleh itu, jelas Forbes, apa-apa maklumat yang dimasukkan ke dalam sistem seperti ChatGPT sepatutnya dianggap sebagai maklumat awam.
Maka, berikut ialah lima perkara penting yang sama sekali tidak wajar didedahkan kepada mana-mana chatbot awam berasaskan awan seperti ChatGPT.
1. Permintaan menyalahi undang-undang atau tidak beretika Kebanyakan chatbot AI mempunyai sistem kawalan yang direka untuk menghalang pengguna membuat permintaan yang tidak bermoral atau menyalahi undang-undang.
Jika anda bertanya tentang perkara seperti jenayah, penipuan atau cara memanipulasi orang lain, anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Sebagai contoh, undang-undang AI di China melarang penggunaan AI untuk menggugat kestabilan negara. Di Kesatuan Eropah pula, Akta AI (EU AI Act) mewajibkan semua imej atau video “deepfake” dilabelkan dengan jelas.
Di United Kingdom, Akta Keselamatan Dalam Talian (Online Safety Act) menjadikan penyebaran imej berunsur ‘eksplisit’ yang dijana AI tanpa kebenaran sebagai satu kesalahan jenayah.
Oleh itu, elakkan daripada menggunakan ChatGPT untuk meminta maklumat atau bantuan dalam perkara yang melanggar undang-undang atau boleh membahayakan orang lain.
2. Maklumat log masuk & kata laluan Kemunculan AI berautonomi (agentic AI) kini membolehkan chatbot mengakses perkhidmatan luar atau pihak ketiga.
Namun, memberikan maklumat log masuk seperti nama pengguna dan kata laluan kepada sistem awam sangat berisiko.
Ada kes di mana data peribadi pengguna bocor dan muncul dalam jawapan yang diberikan kepada orang lain. Situasi ini boleh menjejaskan privasi serta keselamatan pengguna.
Oleh itu, elakkan daripada berkongsi sebarang maklumat akaun atau log masuk dengan AI, kecuali anda benar-benar yakin sistem tersebut selamat dan terkawal.
3. Maklumat kewangan Sama seperti maklumat log masuk, maklumat kewangan seperti nombor akaun bank, kad kredit atau butiran transaksi juga tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam chatbot.
Ini kerana sistem seperti ChatGPT tidak mempunyai ciri keselamatan khas seperti penyulitan data (encryption) atau penghapusan automatik selepas data diproses. Perlu diingat, ia berbeza dengan laman e-dagang atau perbankan dalam talian yang lebih selamat.
Jika anda berkongsi maklumat kewangan di chatbot, anda berisiko menjadi mangsa penipuan kewangan, kecurian identiti, serangan phishing atau serangan perisian tebusan (ransomware).
4. Maklumat sulit & rahsia syarikat Setiap individu bertanggungjawab menjaga kerahsiaan maklumat sulit, sama ada berkaitan pekerjaan, perniagaan atau pelanggan. Ini termasuk fail dalaman, minit mesyuarat serta rekod transaksi.
Kes Samsung pada tahun 2023, misalnya, menjadi contoh apabila pekerjanya didapati berkongsi maklumat dalaman syarikat dengan ChatGPT, lapor Forbes. Tindakan ini berpotensi melanggar perjanjian kerahsiaan (NDA).
Walaupun ChatGPT boleh membantu menganalisis data, memuat naik dokumen sulit tanpa kawalan keselamatan boleh menyebabkan kebocoran maklumat atau pelanggaran undang-undang perniagaan.
5. Maklumat perubatan & kesihatan Ramai pengguna tergoda untuk bertanya kepada ChatGPT tentang penyakit atau rawatan kesihatan, namun ini perlu dilakukan dengan berhati-hati.
Versi terkini ChatGPT boleh ‘mengingati’ maklumat perbualan lepas dan menghubungkannya dengan sesi baharu untuk memahami konteks pengguna. Walau bagaimanapun, tiada jaminan bahawa maklumat ini akan kekal peribadi.
Oleh itu, sebarang data kesihatan atau rekod pesakit tidak wajar dikongsi. Ini terutama bagi institusi kesihatan yang boleh dikenakan denda besar sekiranya maklumat pesakit terdedah kepada umum.
BACA: Elak Ucap “Tolong” & “Terima Kasih” Kepada ChatGPT, Ini Sebabnya
Sumber: Forbes
The post Jangan Sesekali Tanya Atau Beritahu ChatGPT 5 Perkara Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/28/jangan-sesekali-tanya-atau-beritahu-chatgpt-5-perkara-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Panik Ini Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Semasa Selepas Banjir

Jangan Panik Ini Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Semasa Selepas Banjir

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 186 hits
Jangan Panik Ini Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Semasa Selepas Banjir Setiap kali musim hujan kebimbangan tentang banjir mula menghantui ramai penduduk Terutamanya yang tinggal di kawasan rendah atau berhampiran sungai Walaupun huj...
Hiburan Perkara Itu Sepatutnya Tidak Berlaku Ustaz Wan Halim Jelaskan Isu Tarikh Pernikahan Yang Jadi Tanda Tanya

Hiburan Perkara Itu Sepatutnya Tidak Berlaku Ustaz Wan Halim Jelaskan Isu Tarikh Pernikahan Yang Jadi Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 176 hits
Pendakwah bebas tampil menjelaskan isu mengenai kesahihan perkahwinan yang menjadi bualan hangat di media sosial baru baru ini susulan kontroversi membabitkan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli Menerusi temu bual bersama ERA beliau menje...
Pkr Jangka Umum Calon Prn Sabah 9 Atau 10 Nov

Pkr Jangka Umum Calon Prn Sabah 9 Atau 10 Nov

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 169 hits
Pengumuman rasmi akan dibuat Presiden PKR Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu Ketua PKR Sabah Mustapha Sakmud berkata di Parlimen Sandakan parti akan meletakkan calon di DUN Gum Gum dan Karamunting SANDAKAN Senarai calon PKR bagi PRN Sabah ke 17...
Negeri Kita Orang Nak Ambik Dah Exco Kerajaan Pas Kedah Menipu Atau Majlis Perbandaran Alor Setar Menipu

Negeri Kita Orang Nak Ambik Dah Exco Kerajaan Pas Kedah Menipu Atau Majlis Perbandaran Alor Setar Menipu

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 155 hits
Exco Kerajaan PAS Kedah menipu atau Majlis Perbandaran Alor Setar MENIPU 1 Kelmarin 30 Okt 2025 Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri Kedah Mejar Mansor Zakaria Beliau m...
Bukit Uhud Atau Jabal Uhud Tempat Berlakunya Perang Uhud

Bukit Uhud Atau Jabal Uhud Tempat Berlakunya Perang Uhud

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 246 hits
Assalammualaikum Dunia Sedar tak sedar sudah penghujung October dan sebelum penyakit malas datang balik jom kita sambung ziarah luaran Madinah cikbunga Inilah perkuburan singa Allah Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib Jom hiking bukit Uhud Bol...
Kalau Fadli Saari Atau Pun Mat Jargon Runding

Kalau Fadli Saari Atau Pun Mat Jargon Runding

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 136 hits
Alif JamilMasa otw nak balik keja tadi abam bukak pesbuk kejap sementara panaskan enjin motor Tup ternampak posting kak LM nih Abam baca sampailah part ayat last God Bless America la jawabnya tu Abam ni pulak gi baca dgn nada berdengung dia...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Security Alert Unusual Login Notification

Perkuburan Baqi Hanya Jemaah Lelaki Yang Boleh Ziarah

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Baru Tahu Pisang Hanya Berbuah Sekali Ini Ceritanya

Makan Tengah Hari Di Richiamo Pajam Nilai

Tauhu Wrap Daging Resipi Sihat Mudah Yang Paling Padu

Brasil Satu Satunya Negara Yang Sentiasa Lolos Statistik Penampilan Piala Dunia

Back In The Game A Grigio Silverstone Moto Guzzi V35 From New Zealand

Cara Hitung Diskon Potongan Harga Saat Musim Sale Tanpa Pusing