Moto3 Hakim Danish Layak Automatik Ke Q2 Selepas Catat Masa Ke 11 Terpantas


MOTO3: Hakim Danish Layak Automatik Ke Q2 Selepas Catat Masa Ke-11 Terpantas
SEPANG, 24 Okt (Bernama) — Pelumba muda berbakat negara, Hakim Danish Ramli terus membuktikan keupayaannya apabila layak secara automatik ke sesi Kelayakan 2 (Q2) selepas mencatatkan masa ke-11 terpantas dalam sesi latihan kelas Moto3 pada Kejuaraan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.
Pelumba wildcard negara bersama pasukan AEON Credit SIC Racing MSI itu merakamkan 2 minit 11.820 saat (s), hanya 0.668s di belakang pelumba Red Bull KTM Ajo, Jose Antonio Rueda yang muncul pelumba terpantas dengan catatan 2:11.152s.
Rakan sepasukan Rueda, Alvaro Carpe melakukan catatan kedua terpantas manakala juara Red Bull Rookies Cup musim ini yang juga pesaing Hakim Danish, Brian Uriarte muncul ketiga terpantas.
Dengan keputusan itu, pelumba kelahiran Terengganu berusia 18 tahun itu muncul antara 14 pelumba terbaik daripada 27 peserta yang layak beraksi di Q2 esok.
Terdahulu pada sesi latihan pertama sebelah pagi, Hakim Danish menunjukkan prestasi cemerlang apabila merakamkan masa kelapan terpantas dengan catatan 2:11.317s, dalam saingan yang diungguli pelumba Frinsa-MT Helmets-MSI, Angel Piqueras dengan masa 2:10.979s.
Bercakap selepas sesi latihan, Hakim Danish melahirkan rasa gembira dengan pencapaiannya dan bertekad memperbaiki catatan masa pada sesi kelayakan bagi membolehkannya bermula di kelompok hadapan pada perlumbaan sebenar Ahad ini.
“Untuk hari pertama ini, saya tidak menjangka mampu mencapai keputusan seperti ini. Setiap pusingan saya kekal fokus dan terus menekan untuk berada dalam kelompok terbaik.
“Bagi sesi kelayakan esok, saya perlu memperbaiki catatan masa supaya lebih mudah berada di kedudukan terbaik ketika perlumbaan sebenar nanti,” katanya.
Mengulas lanjut, pelumba muda itu enggan mendedahkan sasaran khusus pada sesi kelayakan namun menegaskan akan berusaha memberi tentangan sengit kepada barisan pelumba handalan Moto3.
Sumber: Bernama
The post MOTO3: Hakim Danish Layak Automatik Ke Q2 Selepas Catat Masa Ke-11 Terpantas appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/24/moto3-hakim-danish-layak-automatik-ke-q2-selepas-catat-masa-ke-11-terpantas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muka Getah Scrap Ni Nak Hentam Orang Masa Ada Kuasa Kepalterbang Israel Lalu Pun Hangpa Bagi

Muka Getah Scrap Ni Nak Hentam Orang Masa Ada Kuasa Kepalterbang Israel Lalu Pun Hangpa Bagi

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 152 hits
Che Ibrahim Dia gini jah Kalau buat sambutan ala kadar sembrono nampak nah muka Trump tak puashati mereka akan kata sambutan dingin ke atas Trump memalukan negara PMX tak layak untuk duduk setaraf semeja dengan pemimpin negara lain
Rahsia Dapur Mak Mak Stok Bahan Kisar Homemade Tahan 3 Bulan Jimat Masa Wangi Macam Baru Kisar

Rahsia Dapur Mak Mak Stok Bahan Kisar Homemade Tahan 3 Bulan Jimat Masa Wangi Macam Baru Kisar

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 260 hits
Kalau ada satu perkara yang mak mak paling suka dalam hidup selain tengok anak cukup makan mestilah bila dapur sentiasa teratur dan masak pun jadi cepat Tapi kita pun tahu bukan setiap hari sempat nak kupas bawang potong cili atau tumbuk ha...
Strategi Dan Impak Keputusan Masa Penuh

Strategi Dan Impak Keputusan Masa Penuh

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 162 hits
Keputusan Penuh Perlawanan Perlawanan Antarabangsa Tier 1 diadakan pada hari Sabtu 25 Oktober 2025 HONG KONG 5 0 MALAYSIA Gol Leung Hong Kiu Anke 2 33 47 Chan Yee Hing 59 Kwan Wing Yu 85 FAM HarimauMalaya MalayanTigress
Hadi Pun Tak Boleh Gitu Masa Jadi Duta Timur Tengah

Hadi Pun Tak Boleh Gitu Masa Jadi Duta Timur Tengah

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 186 hits
Ustaz Al Asri Pmx dasyatkan dapat himpunkan pemimpin Dunia kat MalaysiaYa betul tu memang dasyat dan jarang berlaku bila ramai pemimpin dunia berkumpul di Malaysia dalam satu masa Kalau merujuk pada PMX beliau memang aktif gunakan diplomasi...
Masa Berjaya Jangan Sibuk Dengan Kereta Mewah

Masa Berjaya Jangan Sibuk Dengan Kereta Mewah

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 296 hits
Saya dapati cikgu yg buat MLM ni jadi kucar kacir apabila terbawa bawa trend beli kereta mewah semasa bisnes TGH Naik Ada dua org yg begitu saya dah pesan dulu belilah kebun Masa bisnes tengah naik tulah dia resign cikgu Aduh akhirnya skrg ...
Program Pemerkasaan Usahawan Wira Ltat Catat Peningkatan Pendapatan 216 Dalam Kalangan Veteren Atm

Program Pemerkasaan Usahawan Wira Ltat Catat Peningkatan Pendapatan 216 Dalam Kalangan Veteren Atm

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 278 hits
Program Pemerkasaan Usahawan Wira LTAT Catat Peningkatan Pendapatan 216 Dalam Kalangan Veteren ATM BUTERWORTH PULAU PINANG 17 OKTOBER 2025 Lembaga Tabung Angkatan Tentera hari ini mencatat satu lagi pencapaian penting dengan kejayaan penutu...
Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Lazada S Christmas Promotion

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged

How Virtual Tours Shape The Future Of Architecture In The Metaverse

Cross Country Contenders 5 Custom Bmws We D Ride Coast To Coast

Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hari Konsultasi Fasa 2 Di Smk

Aktiviti Konvensyen Melayu 153 Ppim 13 12 2025

Lirik Lagu Ayuh Pulang Aina Abdul Amir Jahari

Pulang Bukan Bererti Kalah Tapi Menyelamatkan Diri

Bahaya Pinjaman Ah Long Dan Skim Pinjaman Tidak Berlesen

Kpai Ambon Kebijakan Kontribusi Dalam Melindungi Anak Di Kota Ambon Dan Maluku